Monday, April 8, 2013

SPAD: Pembangkang Telepas Teksi..Tertinggal Bas Pula


Malang buat puak pembangkang! Inilah akibatnya terlalu seronok menfitnah kerajaan sehingga tidak sedar bilamasa senjata fitnah yang mereka gunakan sudah teracu ke kepala sendiri. Saat ini, mereka hanya mampu kaku menanti Perisik menarik picunya. 

Bulan lepas beriya-iya puak ini menyerang kerajaan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berikutan pemberian Lesen Teksi Individu oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka berkokok mengatakan bahawa idea mereka diciplak, syarat permohonan lesen merapu dan dituduh pula BN ugut pemandu teksi.

Itu kata mereka lah...macam harammm!

Kata-kata auta mereka ini, adalah tujuan untuk memberikan gambaran kepada rakyat bahawa kerajaan tidak ikhlas membantu rakyat khususnya pemandu teksi. 

Namun pakatan terpaksa melupakan hasrat untuk terus mainkan isu teksi ni setelah segala fitnah telah disangkal DISINI & SINI

Seperti kehilangan arah, puak pembangkang cuba pula menyerang SPAD mengenai isu BAS. Tiba-tiba Ahli Parlimen Selayang, William Jee Keen tampil penuh confident menghentam kerajaan dan SPAD.

William mengatakan bahawa polisi SPAD banyak merugikan pengusaha bas henti-henti swasta dan setiap tahun ada syarikat muflis. Perkara ini menyebabkan 6,000 orang diancam kehilangan pekerjaan.

Beliau mendakwa lagi, kerajaan mengabaikan pengusaha bas dimana pihak Persatuan Operator Bas Se-Malaysia (PMBOA) telah adakan dialog dan menghantar surat tapi tiada tindakan diambil oleh SPAD. 

Cubaan beliau ini hanyalah untuk mengelirukan rakyat serta menyorok bukti usaha-usaha yang telah digerakkan SPAD dalam membantu serta memajukan industri perkhidmatan bas henti-henti di negara ini. 

Itulah pembangkang, perkara yang sudah jelas pun sengaja diKABURkan.

Nasib Pengusaha Bas Terbela
Sebenarnya, masalah yang dihadapi syarikat bas henti-henti swasta tidak pernah dipandang sepi pihak SPAD. Dari awal penubuhan, SPAD telah merangka beberapa inisiatif bagi melindungi kepentingan pengusaha bas dan penumpang.

Keprihatian SPAD terbukti apabila sudah mengadakan 13 kali sesi perjumpaan bersama pengendali bas swasta ini. Dalam setiap siri pertemuan beberapa masalah dibangkitkan dan disusuli dengan beberapa cadangan penyelesaian:
Masalah Dibangkit
  • Masalah ketepatan masa dan perjalanan bas
  • Kesesakan di dalam bas
  • Pertindihan laluan yang membawa kepada perbutan penumpang
  • Kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan bas bagi laluan tertentu
  • Kos bahan api
  • Kos senggara bas
Strategi Penyelesaian
  • Menambah bilangan bas henti-henti
  • Menambah liputan kawasan laluan bas
  • Menambahkan rangkaian laluan dan kekerapan perjalanan bas
  • Menambahkan dan memanjangkan waktu operasi bas terutama pada waktu dan hari puncak.
  • Pemberian subsidi 
Ekoran daripada itu, pengusaha bas akhirnya dapat menarik nafas lega, setelah Najib meluluskan dana berjumlah RM400 juta bagi membantu syarikat bas ini memperbaiki dan meneruskan operasi mereka. 

Dana yang diuruskan oleh SPAD ini telah berjaya memberi manfaat kepada 116 pengendali bas di seluruh negara. Setakat ini sejumlah RM84.8 juta telah dagihkan dan RM17.5 juta atau 20 peratus daripadanya adalah penerima dari syarikat bas di Selangor.

Selain daripada itu, perisik difahamkan sebanyak sembilan buah syarikat bas henti-henti telah menerima dana sokongan sementara berjumlah hampir RM4.5 juta daripada SPAD sejak Mac lalu. Syarikat yang telah mendapat dana bantuan itu ialah:
  • Selangor - Syarikat Kenderaan Klang Banting Berhad, Wawasan Sutera, De'alfa City dan Seranas.
  • Negeri Sembilan  - KR Travel and Tours Sdn Bhd dan Syarikat Rembau Tampin Sdn Bhd.
  • Kedah - Jalan Langgar Transport Company Berhad dan Kuala Kedah Transport Company Sdn Bhd.
  • Kelantan - Syarikat Kenderaan Melayu.
Maka tuduhan pembangkang mengatakan kerajaan meminggirkan syarikat bas swasta dan hanya fokus kepada syarikat bas GLC adalah tidak berasas sama sekali. Jika benar dipinggir, bagaimana pula syarikat bas ini boleh terima pelbagai insentif dan pelbagai bentuk bantuan dari pihak kerajaan. 

Rekod Perkhidmatan Bas Henti-Henti
Puak pembangkang sengaja membutakan mata dari melihat rekod lampau sebab terwujudnya syarikat bas GLC ini. Jika diselidiki sejarah perkembangan perkhidmatan bas 15 tahun lepas. Kita akan dapati bahawa isu perkhidmatan bas henti-henti awam milik swasta ini bukanlah masalah baru. 

Ia semakin kritikal di penghujung 90an dan awal 2000an dimana ketika itu, pihak kerajaan di bawah kementerian pengangkutan tidak putus-putus menerima beratus-ratus aduan sehari. 

Antara aduan pengguna yang diterima dalam rekod awal 2000an:
  • Bas mengambil lebih penumpang sehingga terlalu sesak
  • Kondisi bas tidak bersih
  • Bas sering rosak sama ada kerosakan penghawa dingin atau enjin
  • Pemandu bas kurang sopan
  • Bas tidak mengikuti laluan yang ditetapkan
  • Bas tidak menepati jadual perjalanan
  • Tambang tidak sebanding dengan mutu perkhidmatan
Ini belum lagi kita sentuh bab jenayah melibatkan perkhidmatan bas awam.

Bukan hendak menunding, tapi pembangkang dilihat cuba membisu tentang hal ini. RAKYAT ketika itu telah bertindak mendesak kerajaan supaya campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini.

Ekoran daripada itu, pihak kerajaan telah menegur dan meletakkan garis panduan supaya pengusaha bas swasta meningkatkan mutu perkhidmatan dan disiplin mereka, malangnya tiada perubahan drastik diambil. 

Sebagai pemilik syarikat swasta, secara logiknya adalah menjadi tanggungjawab pengendali bas untuk memastikan kualiti perkhidmatan mereka terjamin. Tapi apa sudah jadi ketika itu?

Prestasi buruk perkhidmatan bas ketika itu telah mengakibatkan pengguna dikalangan rakyat dan pelancong asing semakin hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan bas awam Malaysia. Kesannya rakyat mula mengurangkan kebergantungan atau berhenti menggunakan bas awam. Siapa yang rugi di sini?!

Bagi memulihkan imej perkhidmatan bas yang semakin parah, kerajaan telah mewujudkan syarikat bas GLC. 

Jelas kehadiran GLC, bukanlah untuk menutup periuk nasi pengusaha bas swasta.  Tapi untuk memperbaiki beberapa kelemahan serta mengembalikan keyakinan pengguna dan pelancong di negara ini untuk terus menggunakan perkhidmatan bas henti-henti awam.

Kewujudan syarikat bas GLC ini, tidak menjadi isu utama pengendali bas swasta ketika itu. Isu utama yang ditekankan oleh mereka adalah peningkatan kos operasi, seperti kos bahan api dan alat ganti. Namun masalah itu mendapat bantuan yang sewajarnya dari kerajaan seperti pemberian subsidi per kilometer dan pengurangan cukai.

Semua ini menunjukkan bahawa pembangkang jauh ketinggalan dalam cubaan menyerang isu bas ini. Usaha pakatan menggunakan William untuk menyerang kerajaan dan SPAD merupakan langkah sia-sia dan memalukan diri sendiri. 
Pembangkang...Dah Terlepas Teksi..Tertinggal Bas-lah Pula

Perisik: BoOoMMM!...~picu ditarik~



1 comment:

  1. Lihat BUKTI jelas kenapa kami BERSARA awal dari UMNO...

    BUKTI 1
    BUKTI 2
    BUKTI 3
    BUKTI 4

    Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

    Adik2 semua jgn bersangka buruk kpd kawan2 yg berada di kem Barisan Nasional.... Mereka mungkin terpaksa menurut desakan mak ayah atau sapa2... Tapi takpa.. Jangan risau, mereka tetap akan undi Pakatan Rakyat ( Pesan awal2 kat mereka. Kita tiada pilihan )... Undi adalah rahsia.. Kita tentukan..

    Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di Facebook


    Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah.... Ok. TKasih :-)
    http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
    http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
    http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
    http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
    http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6

    ReplyDelete