Tuesday, November 30, 2010

BAPAK terima aduan ANAK


KUALA LUMPUR, 29 Nov – “Baru lapan hari kita sudah terima 638 aduan.  Dari jumlah tersebut 570 berkaitan Felda dan hampir separuh daripadanya adalah berkenaan permohonan pinjaman untuk membesarkan rumah.

“Kita sudah belanja lebih kurang RM600 juta untuk pinjaman tanpa riba ini.  Nampaknya mereka begitu berminat untuk mendapatkan permohonan ini”.

Demikian menurut kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan kepada UMNO-Online.

Untuk keterangan lanjut, sila baca di http://umno-online.com/?p=26272

Friday, November 19, 2010

Kenyataan Balas Felda Terhadap Tuduhan Mazlan Aliman

Nampaknya si Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang gila publisiti itu tak serik-serik melemparkan tohmahan demi tohmahan terhadap Felda. Selama ini Felda senyap saja. Kini, nampaknya perbuatan Mazlan semakin menjadi-jadi menyebabkan Felda mengeluarkan satu kenyataan akhbar. Berikut adalah kenyataan akhbar yang dihantar kepada media dan beberapa blogger hari ini.

PERNYATAAN AKHBAR MENGENAI  PENYATA KEWANGAN FELDA

FELDA menafikan sekeras-kerasnya laporan yang disiarkan oleh akhbar HARAKAH bertarikh 5 – 7 Zulhijah 1431/12 -  14 November 2010 yang mendakwa FELDA tidak pernah membentangkan Penyata Kewangan di Parlimen. Laporan yang disiarkan juga turut menyebut FELDA menyembunyikan kedudukan kewangan kepada umum dan mendakwa kewangan FELDA dikuasai oleh individu tertentu.

Dakwaan ini dibuat oleh Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri dalam akhbar berkenaan yang menyebut ‘FELDA seperti juga Petronas tidak pernah membentangkan penyata kewangannya di Parlimen, sebaliknya kewangan FELDA dikuasai oleh individu yang sama……’ 

Adalah ditegaskan sejak ditubuhkan pada tahun 1956, FELDA tidak pernah gagal untuk mengemukakan dan membentangkan Penyata Kewangannya di Parlimen.  Setiap tahun Penyata Kewangan FELDA  diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan telah memperolehi Sijil dari Ketua Audit Negara. Pengauditan Penyata Kewangan FELDA telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berpandukan piawaian pengauditan yang telah diluluskan. Pengurusan Kewangan FELDA diurus secara teratur dan Penyata Kewangannya mematuhi Piawaian Pelaporan Kewangan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia. Selain itu  juga Penyata Kewangan FELDA mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh Kerajaan yang mewajibkan FELDA mengemukakan dan membentangkan Penyata Kewangan di Parlimen sebelum 31 Disember setiap tahun. Penyata Kewangan FELDA bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 telah dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.

Sehubungan itu, pihak yang berkenaan diingatkan supaya memberi pernyataan yang beretika dan menghentikan sebarang bentuk tomahan terhadap FELDA.  Fitnah yang tidak putus-putus dilemparkan terhadap FELDA adalah untuk kepentingan tertentu dan justeru itu, warga peneroka dinasihatkan tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan terhadap FELDA. 

Dikeluarkan oleh:

Ketua Unit Perhubungan Awam & Hal Ehwal Korporat FELDA
19 November 2010

Tuesday, November 16, 2010

Rahsia Kejayaan pengasas Sendayu Tinggi - Anak Felda pt 2

Rahsia Kejayaan Pengasas Sendayu Tinggi - Anak Felda - pt 1

Pengarah Besar Felda jawab tohmahan Felda bankrap, seleweng

Pengarah Besar Felda umum KFC dan Tesco ajak kerjasama

KFC dan Tesco offer peneroka joint-venture

Berita baik buat peneroka! Baru-baru ini saya sempat sertai beberapa rakan usahawan peneroka Felda ke majlis Dinner Talk Usahawan Felda. Pelik, namanya dinner talk tapi ada sesi petang dan malam. Sepatutnya lebih sesuai dinamakan Sehari Bersama Usahawan Felda.

Saya sempatlah dengar ucaptama daripada Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab. Dalam ucaptama itu Datuk Dzul ada umumkan bahawa Tesco dan KFC tawarkan peneroka jadi pembekal sayur, buah dan makanan. Malah sesiapa nak buat franchise dengan Tesco untuk buka kedai serbaneka 24 jam di Felda pun boleh.

Dalam sesi itu juga saya berpeluang mendengar kisah kejayaan pemilik Sendayu Tinggi, Puan Rozita. Bergenang juga air mata tengok video di mana dia menceritakan kisah derita yang dilaluinya, termasuk tak ada duit nak pergi hospital untuk beranak1 Sedih giler! Terkejut badak juga bila dapat tahu anak peneroka ini belanja Rm9 juta tahun lepas hanya untuk pengiklanan! Jadi bayangkan betapa kayanya dia! Puan Rozita hari itu turut bagi tips macam mana nak berjaya macam dia.

Sayangnya tak ada video ceramah Puan Rozita yang sekarang dah bertudung lingkup. Tapi tetap bergaya dan menawan! Sudah jadi nenek, tapi body masih solid!

Dalam ucapannya Datuk Dzul juga ada menjawab tuduhan fitnah terhadap Felda. Saya tak ingatlah sepenuhnya apa dia kata, tapi dia adalah cakap, kalau betul Felda bankrap dan menyeleweng, tak kan syarikat besar macam Tesco dan KFC nak usahasama dengan Felda. Ya tak ya juga.

Saya terjumpa video ucapan Datuk Dzul dalam feldanewsfotopages.com dan di sini ingin berkongsi dengan pembaca dan peneroka Felda yang berminat jadi usahawan. Jangan layan dengan fitnah-fitnah tak masuk akal tu. Baik kita sambar offer Tesco dan KFC ni!