Monday, April 29, 2013

SMS Berantai Paling Bangang Puak Pakatan Haram!!


Hari ni puak-puak pakatan haram dok riuh menghantar sms berantai kepada ahli-ahli mereka. Antara bunyi mesej tersebut:

"...bermula dari hari ini (isnin) semua kakitangan kerajaan tidak boleh bekerja lebih masa dan hanya orang tertentu sahaja dibenarkan memasuki Jabatan Perdana Menteri...". Dakwa mereka, arahan baru ini adalah selepas rakyat melihat sendiri ceramah besar-besaran pakatan di Putrajaya.

Orang pembangkang sendiri tergelak dengan hebahan sms lawak berantai kepada ahli-ahli pakatan ini. Kerana ia sebenarnya satu cubaan menutup pekung pakatan PKR-PAS-DAP yang semakin membusuk. 

Masakan tidak, sejak terbubarnya parlimen hingga hari ini sudah beratus-ratus bilik jentera pilihanraya mereka lumpuh setelah ribuan ahli akar umbi umum keluar parti dan secara terbuka menyokong calon Barisan Nasional.


483 Ahli PKR Kelana Jaya Umum Keluar Parti
Tindakan keluar parti ini adalah berikutan kesedaran diri setelah membuat PERBANDINGAN di antara parti yang mereka junjung selama lebih empat tahun dengan transformasi yang telah dilakukan kerajaan Barisan Nasional.


20130428-160554.jpg
1,000 Ahli PKR Pematang Pauh Umum Keluar Parti
Ternyata ahli-ahli parti dapat menilai betapa GAGALnya pimpinan pakatan dalam membela nasib rakyat di negeri yang dikuasai mereka. Pemimpin pakatan haram tidak kira sama ada ahli parlimen atau DUN hanya sibuk berceramah ke pelusuk negara sepanjang empat tahun memerintah. 


250 Ahli PKR Gombak Umum Keluar Parti
Berceramah tak salah. Masalahnya adalah jelajah ceramah itu telah menyebabkan mereka tidak menjalankan tugas sebagai ahli parlimen dan DUN dengan sempurna. Sehinggakan rakyat yang mengundi dan memberi MANDAT kepada mereka TERABAI dan TERSEKSA. 

Lawaknya, puak pimpinan pembangkang sedar akan kesilapan ini. Tetapi apa tindakan mereka? Adakah mereka insaf? 

Jawabnya tidak sama sekali! Apa yang dibuat adalah dengan menyalahkan kerajaan BN. Hipokrit!!


6,000 Ahli PAS Umum Keluar Parti di Kelantan
Mereka yang PEMALAS! Mereka yang mengkhianati mandat rakyat! Mereka yang menyeksa rakyat! Mereka yang menipu rakyat! Lepas tu disalahkan Kerajaan BN!

Belum lagi kita menyentuh kepincangan dan pertindihan calon-calon pembangkang di beberapa kawasan. Tidak lupa juga kalangan ahli mereka yang bertindak menjadi calon bebas kerana tidak berpuas hati dengan pilihan pucuk pimpinan. 


Ahli DAP Pantai Remis pun keluar
Di sini jelaslah, pembangkang sebenarnya bergegar setelah satu persatu masalah melanda mereka dalam kempen PRU ini. Situasi ini membuatkan ahli mereka lesu dan luntur semangat kerana merasakan tiada harapan lagi buat mereka. 

Maka salah satu cara digunakan adalah dengan menghantar sms berantai bagang macam diterangkan awal-awal tadi. Woww!!! Terus berkobar-kobar ahli mereka nak berjuang selepas membaca sms?!?? Betul ke?? 

TIDAK! TIDAK! TIDAK! Kerana benda ini langsung tidak memberi sebarang kesan buat mereka. Kita bakal melihat lebih ramai umum keluar parti pembangkang!!

2 comments:

  1. Xde org komen ke bro??sian ko..artikel pnya byk..aku bg 1 komen la..BN utk sumeeeee..

    ReplyDelete
  2. Hahaha..komen berlambak bro..tapi gua suka approve komen sinis mcm puak-puak lu jer bro..BN mmg utk semua! sok jgn lupa lupa undi BN yer!

    ReplyDelete