Saturday, April 27, 2013

Gila Berkempen Husam Sanggup Fitnah Pengundi Putrajaya


Ni lah jadinya bila kita biarkan orang luar berkempen! Penduduk tempatan sanggup difitnahnya. Tuduhan Husam mengatakan AJK Surau Presint 11 telah dipecat setelah beliau memberi ceramah tanpa tauliah oleh pihak JAWI.

Tidak cukup dengan itu ditambah pula fitnah dengan mengatakan tiada azan subuh di surau terbabit selepas isu kunjungan beliau.

Jabatan Agama Islam Wilayah telah memberitahu media bahawa tiada pemecatan berlaku seperti yang didakwa Husam dol ni. Jabatan juga mengesahkan bahawa operasi surau terbabit berjalan seperti biasa. Tidak timbul, tiada azan subuh! 

Pihak JAWI tak menjangkakan PAS sanggup mencipta fitnah sampai ke tahap begini, sanggup mempolitikkan institusi surau/masjid terutama di sekitar wilayah. 

Sedangkan surat pekeliling 2011 jelas menerangkan larangan menjadikan surau/masjid wilayah sebagai medan politik mana-mana parti atas titah YDP Agong. Malah beberapa negeri seperti Selangor juga menetapkan garis panduan yang sama.

Tindakan Husam ini menggambarkan kebiadapan beliau terhadap Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam bagi Wilayah Persekutuan. 

Ekoran daripada fitnah ini, JAWI membuat laporan polis dan tindakan undang-undang atau saman akan dikenakan ke atas beliau.

Kata orang tua, masuk tempat orang kenalah ikut cara orang tempatan di situ. Kalau ikut kepala sendiri. Jadilah macam calon PAS Parlimen Putrajayalah. Kemaruk nak ke Putrajaya dilanggar semua peraturan dan undang-undang yang telah termaktub sekian lama.

No comments:

Post a Comment