Friday, November 28, 2014

Ustazah Jadian?? Kenapa Ada Yang Meroyan!!


Isu akidah yang dibahaskan oleh Dato Dr Mashitah Ibrahim di Perhimpunan Agong UMNO 2014 pada Rabu, 25 November lalu telah mendapat perhatian semua media perdana dan baru termasuklah media auta Meloyakini dan Haramkah.

Perkara yang dibangkitkan menyentuh banyak insiden yang menghina dan mengancam umat Islam kebelakangan ini. Antaranya seperti mempertikaikan Majlis Agama Islam & Mahkamah Syariah, sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum hakam & fatwa serta kekeliruan yang dibawa oleh individu atau kumpulan yang kononnya berdakwah serta berjihad dengan bertopengkan Islam.

Semua point-point di atas kebetulan pula kena pada puak pembangkang. Tak payah sebut nama pun, dah ada yang meroyan. Siapa makan cili dia lah yang terasa pedas? Tidak semena-mena artis senja Abby dan Aishah bersuara tak puas hati dengan isi ucapan Mashitah yang dikatakan mengguris hati.

Nak lebih sedih dan simpati kepada mereka, ditokok tambah pula mengatakan Mashitah seolah-olah tak setuju mereka pakai tudung dan berkopiah serta tak setuju mereka menyampaikan tazkirah dan ceramah dalam program orang ramai.

PERSOALANNYA! Bila pula Mashitah menyebut semua tu?!!

Lihatlah bertapa jahatnya pembangkang yang tergamak mengada-adakan cerita atas kepentingan politik jijik. Sekali lagi sanggup mempergunakan Agama dengan memfitnah tanpa usul periksa dan memahami keseluruhan ucapan Mashitah. Nama pun pembangkang, mereka baca tajuk sahaja dah tahu luar dalamnya.


Teks ucapan Mashitah bukan persoal hal bertudung, berhijab, berpurdah, berkopian atau beserban. Bukan mempersoalkan mana-mana tazkirah, program-program agama, forum dan ceramah.  Sama sekali tidak mempertikaikan penghijrahan mana-mana individu atau kumpulan ke jalan Allah.


Ia mengenai ancaman dan kepincangan yang sedang melanda umat Islam di negara ini. Ia tentang gerakan licik musuh Islam yang giat memporak perandakan ajaran Islam. Musuh kini tidak mengajak kita keluar dari Islam. Tapi apa yang dilakukan adalah mereka membawa kita keluar dari nilai-nilai Islam. BACA SINI:

Apa yang diutarakan oleh Mashitah dalam perbahasan tidak memberi sebarang indikasi menghalang mana-mana orang atau artis yang ingin berhijrah. Mereka boleh berkongsi tentang pengalaman dan harapan mereka dengan masyarakat. Tetapi mereka tidak boleh mengeluarkan hukum, kerana mereka tidak layak atau arif tentang Islam.

Penghijrahan yang berlaku pada individu dan artis sememangnya harus dipuji. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah tindakan susulan selepas berhijrah. Sebab artis ni walaupun dah senja punya tarikan sendiri, setiap perbuatan dan percakapannya adakala menjadi ikutan dan rujukan terutamanya generasi muda. Kalau betul cakapnya, betul lah ikutnya. Kalau salah? Parah bagi kita umat Islam! Ini yang nak kita elak!

Lihat sahaja PAS pada PRU lepas. Lihat bagaimana eksploitasi artis yang dikatakan berhijrah di bawa ke pentas politik berkempen. Perlukah kita sebut siapa artis yang suka hati menjatuhkan hukum terbatal dua kalimah syahadah? BACA SINI. Siapakah artis kempen fitnah pasal lubang di bilik tidur? BACA SINI! Siapa pulak artis yang bermain gitar elektrik dan menyanyi di khalayak ramai di dalam MASJID?!!

Definisi hijrah yang bagaimana cuba disampaikan oleh artis melalui pembangkang ni!!!? Jelas split personaliti di kalangan puak pembangkang. Depan cerita lain, belakang buat lain.

Tapi media pembangkang Haramkah hanya ingin mengajak umat Islam fokus kepada satu bahagian sahaja dari ucapan Mashitah. Bahagian yang dilihat menjejaskan kedudukan mereka. Mereka lebih pentingkan kedudukan diri, dari kedudukan Islam yang sedang diserang. Adakah kedudukan Abby dan Aishah lebih tinggi dari Islam sehingga perlu diutamakan?

Elok hentikan sahaja usaha untuk kelirukan rakyat dengan pemahaman separuh-separuh tentang ucapan Mashitah. Kesudahannya rakyat hanya nampak kebodohan pembangkang sendiri.

2 comments:

  1. Tampaknya di akhir zaman ini Rosmah kelihatan lebih ustazah berbanding dengan seorang digelar ustazah seperti Mashitah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelihatan ya atau tidak dari luaran. Itu sahaja kemampuan kita. Selebihnya Allah Maha Mengetahui.

      Delete