Setelah lama berteka-teki dengan rakyat tentang kedudukannya dalam PRU13. Hari ini, Tan Sri Syed Hamid mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kota Tinggi yang disandangnya selama lima penggal.
Hasrat Syed Hamid ini sudah pun sampai kepada Perisik oleh beliau sendiri, tak silap lebih setahun dulu tetapi biarlah tuan punya badan yang mengumumkannya secara RASMI.
Perisik lihat keputusan beberapa pemimpin tertinggi dalam BN melepaskan kerusi masing-masing bagai satu kitaran. Dimana ketika Mahathir mula-mula dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4, turut berlaku perubahan besar dalam barisan kepimpinan BN. Di mana majoriti muka baru diketengahkan dan orang-orang lama dalam politik mula melepaskan jawatan mereka.
Perisik jangka kitaran perubahan berulang kembali di era Najib Tun Razak, sebab tu Najib awal-awal dah bagi Hint beberapa hari lepas. Ini bermakna kita bakal menyaksikan muka baru berentap di pentas utama politik selepas ini. Manakala yang lama mungkin ramai sudah dapat menjangka kedudukan mereka PRU13 ini, namun tidak bererti tanggungjawab orang lama ini sudah berakhir.
Kerana hanya maut menjadi titik noktah kita untuk berjuang mempertahankan kesinambungan kemakmuran Agama, Bangsa dan Negara.
No comments:
Post a Comment