Mat Sabu mungkin terminum air Sabun terlalu banyak hingga terlupa untuk menyentuh perihal penyelewengan paling hina dilakukan oleh PAS!!! Kita sedia maklum penyelewengan datang dalam pelbagai rupa, ada kes seleweng duit, ada kes seleweng kuasa dan paling hina seleweng akidah!
Mari kita sentuh sebahagiannya!
Penyelewengan Duit!
Jangan buat-buat lupa tentang penyelewengan TABUNG MEMALI oleh PAS! Bekas ahli paling hardcore PAS, CN Afghani telah mendedahkan penyelewengan tabung ini yang kononnya ditubuhkan PAS bagi membantu balu dan anak yatim selepas insiden Memali.
Duit dikumpulkan berjuta-juta tetapi hilang ntah ke mana! Nasib balu dan anak yatim langsung tidak dibela. Lebih mengejutkan ada diantara balu ini mati dalam keadaan menghibakan. Bagaimana pimpinan PAS boleh menutup mata dan sanggup bersubahat makan harta anak yatim!? Mereka ini layak dipanggil PENYEMBELIH ANAK YATIM!!
Belum lagi kita sentuh soal Skandal Kelantan Gold Trade & Skandal Kohilal.
Di sini penyelewengan kuasa ketara berlaku di dalam PAS. Bukan sekali, tetapi banyak kali. Pertama keengganan pimpinan PAS melakukan siasatan status TABUNG MEMALI.
Mereka begitu megah menagih simpati rakyat untuk mengumpul tabung ini. Tapi ke mana hilangnya hasil kutipan berjuta itu!
Perisik difahamkan mereka yang terlibat dalam penyembelihan anak yatim ini terdiri daripada barisan pimpinan tertinggi PAS negeri dan pusat. PAS rupanya BERGEGAR selepas C.N Afghani mendedahkan kegiatan haram dalam parti.
Bermulalah babak tunding menunding dan pertikaman berlaku di antara mereka bagi menyelamatkan punggung masing-masing. Akhirnya mereka mengambil sikap berdiam dengan "kau dan aku tahu sudah lah"!
Ada kalangan ahli PAS mengesahkan pendedahan C.N Afghani adalah benar-benar berlaka. Mereka akui, tetapi enggan mendedahkan diri kerana ingin menjaga nama parti.
Apa yang lebih membimbangkan mereka adalah kesan DOMINOnya amat dahsyat sekali sehingga mampu melumpuhkan parti PAS itu sendiri. Satu jatuh semua akan jatuh sekali! Memang sah hampir semua pimpinan tertinggi PAS terlibat!
Adakah ini pemikiran cara Islam? Mereka yang menjadi saksi ini lebih sanggup bersubahat menjadi sebahagian penyembelih anak yatim. Mereka lebih rela menjadi rakan subahat memakan harta anak yatim.
Penyelewengan Akidah!
"Makin teruk berlaku dalam Pakatan Pembangkang". Ini kata bekas orang kuat PAS sendiri. Mereka melihat sendiri berapa banyak fatwa dan tindakan dalam sesuatu isu oleh pemimpin mereka dari dulu hingga sekarang.
Isu Kalimah Allah - Sehingga ke hari ini tiada kesepakatan atau ultimate decision di umumkan oleh barisan pemimpin pembangkang. DAP-PKR secara terang-terangan melacurkan kalimah suci ini. Tetapi PAS bersikap tunduk dengan alasan Tahaluf Siyasi? Betul ke ini cara tahaluf siyasi?
Isu Fatwa dan Amalan Songsang - Banyak berlaku dalam pakatan terutamanya PAS. Peliknya mereka yang mengeluarkan fatwa songsang ini diangkat sebagai pemimpin tertinggi dalam parti. Siapa lagi kalau bukan Presiden PAS, Hadi Awang dan MursyidulAm PAS, Nik Aziz.
Sudah terang bercanggah dengan Islam, mereka ini disayang dan dilindung? Rakyat tak kan lupa dengan fatwa Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO. Kesannya amat teruk sehingga terjadinya solat dua imam, sembelihan orang UMNO haram, nikah kadi penyokong UMNO tak sah dan banyak lagi.
Kemuncaknya adalah kepada tercetusnya insiden Memali selepas fatwa Hadi ini. Penduduk Memali terpedaya dengan fatwa Hadi yang kemudian nasib mereka dijadikan alat untuk PAS menjana pendapatan.
Dari makluman yang perisik terima sehingga ke hari ini, lebih 10 buah masjid masih melakukan solat dua imam di Kelantan! Adakah Hadi akan menanggung dosa ini? Adakah ahli-ahli PAS juga akan menanggung dosa bersubahat dengan Hadi?
Bagaimana pula dengan fatwa Nik Aziz yang mengatakan solat orang UMNO tak dapat pahala? Nik ajis cuba menjadi tuhan menentukan pahala solat umat Islam.
Jangan kita lupa dengan kenyataan beliau yang becanggah dengan Islam:
- "Allah pun mencarut"
- "Muhammad adalah budak kampung yang dipilih Allah secara rambang untuk diangkat sebagai nabi dan rasul"
- "Allah bersila lendik di Arsy"
- "Kalau syaitan nak bantu kita terima"
- "Undi PAS masuk syurga" dll.
Lagi cerita pelik bila PAS mendoakan berbunyi "K.O-k.o-K.O UMNO" selepas solat hajat di Kelantan. Apabila di tegur mereka pusing mengatakan UMNO gelabah dengan doa tersebut! Tergelak baca kenyataan PAS tu! Mungkin PAS terlalu riak untuk menerima sebarang teguran dalam bab Islam ni. Ya lah MursyidulAm sendiri dah boleh lagak tuhan tentu dosa pahala!
Harta anak yatim dirembat! Kalimah Allah dilacur! Pesalah laku seks diangkat sebagai pemimpin dan di lindungi! "SUCI" sangatlah dorang ni!
Perisik: Orang PAS cakap slogan "Inikalilah" untuk ahli-ahli mereka. Sebab inikali dorang akan undi BN!
No comments:
Post a Comment