Sunday, April 28, 2013

BIADAP!! Husam Hina Kastam?!


Husam sekali lagi buat lawak dalam cubaan menonjolkan diri dikalangan pengundi di Putrajaya. Nak berkempen tak salah, tapi kenalah beringat akan batas-batas dan susila orang tempatan. Patutlah ramai recommend beliau masuk Maharajalawak.

Belum pun reda isu fitnah sebelum ini, beliau tampil sekali lagi dengan mempolitikkan kematian TKP Kastam, allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Husam dengan tidak semena-mena telah pusing cerita mengatakan bahawa kematian TKP tersebut adalah salah kerajaan korup! 

Apa punya dol mamat ni! Kempen apa yang beliau cuba lakukan? Adakah Husam cuba mengaitkan allahyarham TKP adalah korup? Adakah Husam cuba kaitkan seluruh organiasi Kastam adalah korup? Kerana mereka ini semua sebahagian daripada kerajaan juga.


Ternyata ucapan Husam yang biadap, telah mengguris hati dan membangkitkan kemarahan para kakitangan kerajaan. Sampai hal kematian pun hendak dijadikan modal politik murahan untuk meraih undi. 


Memang tak bermaruah calon PAS ni! Baru beberapa hari berkempen, Husam dah berjaya tampil dengan kempen FITNAH BERGANDA! Mungkin beliau ingat jadi calon PAS ni dah confirm jadi calon syurga. Sebab itu beliau tetap fitnah..fitnah..fitnah..fitnah dan fitnah lagi!

Ya lah kalau Nik Ajis sendiri cakap undi PAS masuk syurga, yang ni dah jadi calon PAS, tentulah tinggi darjatnya. Itu kalau ikut kitab PAS-lah! Mana ada dalam Al-Quran dan Hadis tulis macam tu.


No comments:

Post a Comment