Friday, August 29, 2014

Pedagogi Berterusan PLKN


Sejak diperkenalkan pada 16 Februari 2004, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah menerima kemasukan seramai 752,643 pelatih yang terdiri daripada para belia lepasan Sijil Penilaian Malaysia (SPM). 

Pengerusi MLKN, Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid menjangkakan angka ini akan terus meningkat. Dengan itu, beberapa penambahbaikan perlu direalisasikan segera bagi memastikan modul pembelajaran dan infrastruktur program seiringan dengan keperluan semasa.

Wednesday, August 27, 2014

Agensi ANGKASA Perjelas Fenomena Bulan Berkembar 27 Ogos!


Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan ini menafikan mesej-mesej di laman sosial dan juga pesanan ringkas yang mula tersebar berkenaan dengan kemunculan Bulan Berkembar dan juga Planet Marikh akan membesar seperti Bulan pada 27 Ogos 2014 (Hari ini).

Ia merupakan mesej lama yang telah tersebar sejak 2003 lagi. Adalah dimaklumkan bahawa jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan adalah 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti dikhabarkan.

Tuesday, August 26, 2014

Perletakan Jawatan MB Selangor Ditangguh!



Ramai menjangkakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berlaku hari ni. Maka berduyun-duyunlah wartawan dan cameraman berkampung di bilik sidang media pejabat kerajaan negeri, bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Kelibat Khalid Ibrahim mula kelihatan jam 2.30 petang tiba di perkarangan Istana Kayangan, Shah Alam untuk mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ramai ternanti-nanti hasil perbincangan antara MB dan Sultan.

Ptuii! Khalid Samad Mandi Ludah Di Jalan Duta


Khalid Samad yang baru didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jalan Duta telah diludah oleh orang yang tidak dikenali. Ahli Parlimen Shah Alam itu dalam perjalanan keluar dari kompleks Mahkamah jam 1 petang tiba-tiba diludah.

Bukan seorang tetapi beberapa individu lain turut mengekori Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu sehingga ke tempat letak kereta dan terus meludah Khalid.

Sunday, August 24, 2014

Astro Terbakar Jap Tadi!!?


Memang terbakar dibuatnya bila on astro banyak channel jadi hitam/blank. Tekan satu-satu jumpa lah beberapa kerat channel yang leh view. Itu aduan yang diterima dari salah seorang pengguna stesen televisyen satelit Astro.

Tambah lagi, bila buat pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui punca masalah ini nombor khidmat pelanggannya langsung tak berjawab. Hampeh sungguh!

Thursday, August 21, 2014

MH17: Senarai Lokasi Persemadian Jenazah


Sejumlah 20 jenazah dijangka tiba esok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA. Majlis dan Istiadat akan diadakan di Kompleks Bunga Raya di lapangan terbang tersebut.

Dari jumlah tadi, 9 adalah jenazah anak kapal dan 11 pula merupakan penumpang MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk, Ukrain. Yakni wilayah yang dikuasai oleh pihak pemisah yang pro Rusia. Berikut adalah senarai jenazah serta lokasi persemadian:

MH17: Solat Jenazah Bagi Mangsa Beragama Islam 22 Ogos Esok!


Kenyataan Akhbar Dari Jabatan Perdana Menteri:
Adalah dimaklumkan bahawa pasukan pengurus jenazah Muslim bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan KAGAT telah selamat memandikan dan mengkafankan serta menyembahyangkan (solat jenazah) seramai 11 orang jenazah Muslim di Amsterdam. 

 Sehubungan yang sama, setibanya jenazah di Malaysia yang diberikan penghormatan negara, kita akan mengadakan solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat, 22 Ogos 2014. 

Peraturan Hari Berkabung Negara 22 Ogos Esok!


Hari Berkabung Negara ini dibuat bagi menerima ketibaan 20 jenazah yang dijadualkan tiba esok jam 10 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Jenazah mangsa MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai ini, terdiri daripada 9 anak kapal dan 11 penumpang.

Majlis dan istiadat akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya, KLIA dan pada rakyat semua di minta bertafakur walaupun di mana mereka berada. Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas adalah antara jam 10.45 hingga 11.15 pagi.


Dua Bulan Kelihatan 27 Ogos ini??


Itu lah yang sedang hangat diperkatakan dalam laman social dan forum beberapa hari ini yang menyebut kita akan mampu melihat dua bulan pada 27 Ogos ini. Dari mana munculnya bulan yang kedua tu? Adakah ini benar berlaku? 

Dari dakwaan yang tersebar sejak 2003, fenomena ini berlaku kerana planet Marikh akan berada di kedudukan jarak 56 juta kilometer atau 35 juta batu iaitu jarak paling hampir dengan bumi berbanding sepanjang lebih 10ribu tahun ini.

Baru Tiga Tahun! SPAD Dah Kesan 17,348 Kes Salah Laku


Tu dia! Bukan kecik anak angka kes yang berjaya dikumpul oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Jumlah 17,348 kes ini adalah nilai terkumpul dari Jun 2011 (2,004), 2012 (3,097), 2013 (6,769) dan sehingga Julai 2014 (4,668).

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Chec Hasni Che Ahmad menyatakan bahawa sebanyak 1,413 kes melibatkan teksi, lori dan trak yang melakukan pelbagai kesalahan terutamanya melebihi muatan (1,131 kes), ulat tiket (44 kes) dan teksi sapu (36 kes).

Wednesday, August 20, 2014

SPAD: Wajib Lapor Kemalangan Dalam Tempoh 2 Jam


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan para pengendali berlesen kenderaan perkhidmatan awam kelas bas dan pemegang lesen kenderaan pelancongan bas perlu melaporkan kepada suruhanjaya dalam masa dua jam jika terbabit kemalangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal perkara ini telah pun dikuatkuasakan sejak 30 Jun 2014. Namun masih ada pengendali yang mengambil sikap acuh tidak acuh dalam hal ini.

Tuesday, August 19, 2014

Insiden MRT: Laporan Awal Dalam 7 Hari!


Begitulah tegas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dalam memberi maklum balas ketika sidang ringkas bersama media. Pihak MRT Corp diberi tempoh seminggu untuk menyediakan laporan awal siasatan punca kejadian ini.

Lebih kurang pukul 8.30 malam 18 Ogos, pihak MRT telah memaklumkan kepada umum tentang insiden tersebut dan hari ini dalam pukul 2.30 petang pihak SPAD yang diketuai oleh Syed Hamid telah melakukan lawatan mengejut.

Sunday, August 17, 2014

30,000 Serbu Muafakat Raya Kota Tinggi!

Majlis Muafakat Raya yang berlangsung secara sederhana pada 16 Ogos semalam telah berjaya mencapai objektifnya bagi mengeratkan silaturrahim sesama rakyat khususnya penduduk Kota Tinggi. Disamping itu Majlis Dakapan MH370,MH17 dan Gaza turut diadakan bagi memperingati mangsa yang hilang dan terkorban dalam trio tragedi tersebut.

Jumlah pengunjung yang tiba pula melangkaui jangkaan iaitu melebih 30ribu pengunjung. Orang ramai rupanya telah pun mula berpusu-pusu ke majlis terbabit seawal jam 12 tengahari. Lokasi majlis menjadi semakin padat menjelang jam 4 petang iaitu waktu ketibaan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Friday, August 15, 2014

Pegawai SPAD Diugut Samseng Kereta Sapu


Dalam operasi khas bagi membanteras kegiatan teksi tidak bermeter di Rawang baru-baru ini. Pihak penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah berjaya menahan dua kereta sapu, lapan kes teksi tidak guna meter dan satu kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Operasi ini diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa SPAD, Mejar (B) Jeneral Datuk Che Hasni Che Ahmad melibatkan 60 pegawai penguatkuasa yang menyamar di beberapa lokasi strategik terutamanya di sekitar Stesen Komuter Rawang.

ADUN Pas Sanggup Dilaknat?


Umum tahu ahli Pas atau wakil rakyat Pas akan ikrar baiah untuk taat setia kepada parti. Kalau tengok dari lafaz baiah tersebut dengan tindakan dua ADUN yang ingkar keputusan pimpinan Pas pusat.  Memang menunjukkan yang mereka ni tak takut dilaknat. 

Itu pun kalau betullah dorang melafaznya. Orang Pas kata ramai ahli takat gerak-gerak bibir jer tak keluar pun bunyinyer. Mungkin tahu akan berlaku perkara macam ni. Jadi tak takut lah langgar arahan dan amanah parti.

Macam-macam hal dorang ni.

ADUN Pas Persetan Keputusan Majlis Syura


Baru beberapa hari lepas PAS memberi jaminan bahawa kesemua 15 ADUNnya menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar. Ia selari dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura dalam menilai kemelut yang sedang melanda politik Selangor. Ekoran daripada itu, buat pertama kalinya Negeri Selangor dipimpin oleh Menteri Besar bebas.

Sebelum ini, Khalid kelihatan terumbang-ambing mengekal kedudukannya. Masakan tidak, apabila barisan pemimpin tertinggi PKR mendesak supaya melepaskan jawatan secara rela. Keengganan beliau disambut ugutan oleh puak tertinggi PKR dengan mendedahankan dalil-dalil mengapa Khalid tidak layak jadi MB. 

16 Jenazah MH17 Tiba KLIA 22 Ogos!!


Taklimat terperinci telah pun dibentangkan oleh Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Warganegara Malaysia Tragedi MH17 yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishamuddin.

Istiadat penghormatan ini akan diadakan pada 22 Ogos bertempat di Kompleks Bunga Raya, KLIA. Pada hari tersebut turut diumumkan sebagai Hari Berkabung Negara. Antara yang hadir nanti adalah DYMM Agong, Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri serta ahli keluarga mangsa tragedi MH17.

Thursday, August 14, 2014

TPM & MB Johor Turun Kota Tinggi 16 Ogos!


Seluruh warga Johor terutamanya penduduk Kota Tinggi dan sekitarnya janganlah melepaskan peluang untuk menghadiri program Muafakat Raya bertempat di Padang Bukit Kerajaan pada pukul 3 petang 16 Ogos ini. Tak lama 2 hari jer lagi ni!

Jadi warga Kota Tinggi yang bekerja di luar, bolehlah merancang masa untuk menjadi sebahagian daripada tetamu hari Sabtu nanti. Antara pemimpin rakyat yang hadir adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tuesday, August 12, 2014

Khalid Kekal MB! Sultan Tak Berkenan Jumpa Jijah!


Kemelut politik Selangor bagai retak menanti belah. Kemelut ini tiada kena mengena dengan campur tangan BN. BN pun ada banyak benda lain hendak diuruskan dengan MH370 yang masih berjalan, datang pula insiden MH17. Dah tu sekarang ni fenomena Il Nino pulak menlanda negara. 

Jadi takyah dok kalot nak tunding BN. Sultan Selangor pun dah dengar penjelasan dari Tan Sri Khalid. Plan Anwar nak hantar bini Jijah gi mengadap Sultan pun ditolak. Gigit jari lah bang non sekarang ni. Adakah Anwar akan berdiam atau berhenti setakat disini? Sudah tentu tidak. Sama-sama lah kita tengok wayang apa bang non nak main esok.

Thursday, August 7, 2014

Bas Kilang Seronok Dapat Bayar Saman!


Ekoran kejadian ooerator bas kilang mogok di Kompleks Kastam, Imegresen dan Kuarantin di Tambak Johor ini telah menyusahkan kehidupan harian warga Johor yang berulang alik kerja di Singapura. Disebabkan mogok tersebut, mereka terperangkap selama 5 jam dalam kesesakan luar biasa di laluan terbabit.

Operator bas mogok kerana tidak berpuas hati dengan kadar tol kelas 5 meningkat kepada RM13.40 sehari. Walhal kadar tersebut tidak harus dikira sebagai faktor membebankan jika dibanding dengan kadar permit VEP yang dikenakan oleh Singapura iaitu RM90 hingga RM102 sehari!

Wednesday, August 6, 2014

Ramainyer Menteri Di Kementerian Pertahanan Esok!


Jemaah Menteri teah membincangkan secara lanjut mengenai persediaan rapi bagi menyamut dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah-jenazah warganegara Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17. 

Jemaah Menteri juga telah bersetuju dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Koordinasi bagi upacara menerima jenazah-jenazah ini yang akan diterbangkan dari Belanda.

Yayasan Mesra Menzahirkan Insan Holistik


Kita sedia maklum dengan kehadiran pelbagai institusi yayasan di negara ini. Umumnya institusi-institusi yayasan ini hadir sebagai pengimbang sistem kemasyarakatan dengan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan sumbangan untuk meringankan beban kepada yang kurang bernasib baik.

Namun ada kelainan pada Yayasan Mesra yang dipengerusikan oleh Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid. Bukan sekadar menghulurkan bantuan, bukan sekadar memberi sumbangan. Portfolio Yayasan Mesra ini tidak terhenti di situ. Kerana setiap aktiviti amal yang direncanakan oleh Yayasan Mesra akan turut diterapkan nilai keilmuan dan kerohanian.

Monday, August 4, 2014

Bas Kilang Buat Pasal Di CIQ Tambak Johor


Terlalu ikutkan marah, sekumpulan operator bas kilang bertindak bangang menghalang laluan trafik Tambak Johor ke Singapura. Tindakan mengong operator-operator ini adalah kerana tidak puas hati dengan kadar tol baharu untuk keluar dan masuk di Kompleks Kastam, Imegresen dan Kuarintin (CIQ)

Kesempatan ini direbut puak pembangkang dengan memutar belit fakta yang kononnya kerajaan menyusahkan rakyat dan ingin mengaut keuntungan semata-mata. Berapa puluh ringgit kenaikan kadar tol baharu yang terpaksa di tanggung pengguna sebenarnya? RM50? RM100? Nak cerita lebih pun tak guna. Lihat sendiri kadar tol baharunya: