Thursday, March 27, 2014

RBA Dalang Sebar Fitnah MH370 Ke China


Patutlah ahli keluarga mangsa MH370 dari China tidak semena-mena mengamuk terhadap kerajaan Malaysia. Rupanya sudah termakan dengan sebaran fitnah di alam maya yang didalangi oleh RBA.

Kebiadapan melampau RBA ini tidak patut dipandang ringan oleh pihak berkuasa. Kerana tindakan mereka ini jelas  mempolitik serta memburuk-burukkan imej kerajaan Malaysia dan jentera SAR yang bertungkus-lumus berusaha mencari kehilangan MH370. 

Wednesday, March 26, 2014

Perkhidmatan Awam Semakin Berulat!


Senario perkhidmatan awam di Malaysia ini tidak dapat lari dari menjadi platfom untuk sesetengah pihak mengaut keuntungan senang. Lihat sahaja kebajiran ulat tiket di perhentian bas ekspres dan ulat teksi di lapangan terbang.

Kebanjiran ini seolah lambakan berengga yang memamah kualiti perkhidmatan awam negara dari dalam. Oleh yang demikian pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mahu aktiviti ulat ini terus bermaharajalela sehingga membusukkan nama negara di mata dunia.

Sunday, March 23, 2014

Di Sekitar Pusat Mengundi SMK Convent Kajang



Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun meninjau di sekitar pusat mengundi SMK Convent Kajang #PRKKajang #ComeyFun. 

Selamat Mengundi Warga N25 Kajang



Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun ingin mengucapkan selamat mengundi kepada semua warga N25 Kajang. Hari ini 23 Mac 2014 lebih kurang 38,900 orang pengundi akan keluar menjalankan tanggungjawab memiih wakil mereka di DUN Kajang ini.

Umum tahu bahawa berlakunya PRK ini adalah di luar kebiasaan yang jarang sekali berlaku. Ia bermula apabila calon PKR, Lee Chin Cheh yang telah meletakkan jawatan tanpa sebab yang kukuh membuatkan rakyat tertanya-tanya. Tiada alasan munasabah yang mampu dijelaskan oleh beliau. kKepimpinan tertinggi pembangkang pula yang terhegeh-hegeh untuk memberikan penjelasan. Memandangkan Chin Cheh terkantoi bila berkata-kata.

Amanat Najib Buat Pengundi Kajang!


1. Esok pengundi N25 Kajang akan menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru. Pilihan raya kecil ini atau "Kajang Move" dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat bagi kepentingan politik parti tersebut.

2. Saya harap pengundi Kajang akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional. Kemenangan untuk BN akan menyemarakkan lagi usaha kita memperkukuhkan semangat kerjasama antara kaum dan pembangunan negara.

Mei Fun Sedia Berkhidmat 24 Jam!


Begitulah komitednya calon BN N25 Kajang, Chew Mei Fun yang bersedia memberikan khidmat kepada masyarakat 24 jam sehari. Perkara ini bukanlah cakap kosong, memandangkan beliau sendiri telah pun melakukanya ketika berkhidmat di Petaling Jaya. 

Berbekalkan pengalaman ini, pengurusan tugasan dengan bantuan jentera yang mantap memungkinkan Mei Fun untuk memberikan khidmat terbaik buat rakyat.Beliau sendiri memberikan jaminan, jika rakyat ingin mencari beliau, mereka dapat menghubunginya secara terus. 

Kehebatan Mei Fun! Merencatkan Anwar!


Sehingga ke hari terakhir kempen pukul 12malam tadi. Pihak pembangkang masih gagal mendepankan sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah tempatan. Malahan Anwar dalam ceramah akhir sekadar tampil dengan isu lapok yang tidak memberi sebarang manfaat buat warga Kajang.

Apa yang warga kajang dapat? Hanyalah sebuah pementasan yang penuh seloka sekadar dapat membuatkan hadirin ketawa. Adakah pementasan jenaka begini mampu menyelesaikan masalah setempat? 

Fitnah Bangang Pembangkang Terhadap Mei Fun


Melihat kepada trend pengundi N25 Kajang yang sudah muak dengan politik janji kosong pembangkang sedikit sebanyak memberi kelebihan buat calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun. 

Malah program-program yang disertai oleh Mei Fun di semua pusat daerah mengundi menampakkan kemeriahan di kalangan pengundi yang berbilang bangsa datang menyertai serta memberi sokongan kepada beliau.

Friday, March 21, 2014

Warga Subang Bakal Merasa Naik Bas Elektrik


Perkara ini bakal menjadi kenyatan apabila perkhidmatan BRT Sunway Line siap pada Jun 2015. Perkhidmatan ini merupakan satu tambah nilai yang strategik buat 500 ribu penduduk di sekitar Sunway dan USJ Subang.

Perkhidmatan ini akan dibina bagi menghubungkan stesen komuter KTM Sri Setia dan stesen LRT laluan Kelana Jaya di USJ Subang Jaya. Pelan pembangunan ini dilihat akan berlaku di kawasan-kawasan utama Sunway dan Subang Jaya di 7 stesen sekali gus membentuk jaringan perkhidmatan yang luas.

Tuesday, March 18, 2014

10 Pemandu Teksi Digantung Perkhidmatan!


Akibat terus berdegil dan melanggar peraturan pengangkutan awam, seramai 10 pemandu teksi telah digantung perkhidmatan selama tiga bulan bermula 1 April. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tiada pilihan melainkan mengenakan tindakan lebih tegas begini bagi memebanteras pemandu teksi yang culas menggunakan meter.

SPAD juga tidak akan teragak-agak mengambil tidakan lebih keras seperti membatalkan lesen pengusaha-pengusaha teksi jika para pemandu mereka ditangkap atas kesalahan sama berulang kali.

Jijah Kempen Untuk Rakyat atau "Laki"?



Sebelum pertukaran calon lagi, pembangkang melalui pak non tidak memzahirkan sebarang usaha untuk menjaga kepentingan Rakyat. 

Tapi beliau menggerakkan jenteranya untuk mendesak rakyat turun ke jalan berhimpun. Bila keputusan rayuan memutuskan yang beliau bersalah. Lagi galak pembangkang meracun orang ramai itu ini serba tak kena dalam perundangan negara.

Sunday, March 16, 2014

Pulanglah MH370!!


Sehingga ke hari ini seluruh dunia tertanya-tanya kemana menghilangnya kapal terbang MAS MH370. Jika terhempas dimana serpihan atau sisanya. Jika dirampas sehingga ke hari ini tiada sebarang tuntutan dilakukan oleh orang yang bertanggungjawab.

Dalam kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Sepang pada 15/3/2014 sedikit sebanyak memberi gambaran tentang kehilangan MH370. Walaupun ianya masih samar-samar tapi sudah cukup membina pelbagai andaian apabila semakin banyak maklumat dihimpunkan.

Ikrar Chew Mei Fun Sebuah Janji Ditepati


Kekalutan berkempen pakatan pembangkang semakin teserlah apabila tidak semena-mena membentangkan manifesto? Jika kak jijah umumkan manifesto, jadi secara tidak langsung beliau tidak mengiktiraf manifesto yang dibentuk oleh pembangkang pada PRU13. 

Sekaligus membuktikan bahawa orang dalam pembangkang terutama kak jijah tidak percaya kepada manifesto mereka sendiri. Kalau manifesto yang dulu pun dah dianggap sampah, apa bezanya dengan manifesto yang dicanang kak jijah baru-baru ini.

Kejujuran Pemandu Teksi Diiktiraf SPAD



Bukan sahaja ilmu diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam program latihan khas buat pemandu Teksi 1Malaysia (TEKS1M) baru-baru ini. Malah turut memberi penghargaan kepada dua orang pesertanya diatas kejujuran mereka dalam menjalankan tugas sebagai pemandu teksi

Dua pemandu teksi ini telah menerima sijil penghargaan kerana menunjukkan sifat terpuji semasa menjalankan tugas. Mereka ini adalah See Meng Koe dan Muhamad Muhaimin yang kisah dua insan ini sepatutnya dijadikan contoh terbaik kepada pemandu teksi yang lain. 

Papan Iklan Calon BN N25 Disabotaj!


Nampak bebenor puak-puak pembangkang semakin terdesak dalam menggerakkan kempen meraih undi di PRK N25 Kajang. Tengahari papan iklan calon BN dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Semua tahu pilihanraya kecil ini berlaku atas alasan bangang calon PKR yang meletak jawatan tidak semena-mena. Dari hebahan rakan media, plan game yang cuba dimainkan puak pembangkang adalah bagi membuka laluan kepada pak non yang terlepas nak jadi Perdana Menteri yang tertiba terhegeh-hegeh nakkan kerusi Menteri Besar Selangor.

Friday, March 14, 2014

SPAD: Kearah Melahirkan Pemandu Teksi Berkualiti


Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) elah menganjurkan program laitahan dua hari kepada pemandu Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di Negara ini. 

Tujuan sesi latihan ini adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pemandu TEKS1M dalam setiap aspek serta mengasah kemahiran berkomunikasi antara mereka 
dengan penumpang. 

Mesra Mei Fun Warnai Kajang


Perisik sempat mengikuti beberapa sesi turun padang bersama calon N25 Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun. Ternyata warga Kajang menyambut baik kehadiran beliau dengan mesra dan ada juga ambil peluang bergambar bersamanya.

Gelaran nama yang diberikan oleh penduduk Kajang "Comel & Mesra" atau Comey Fun memang kena pada orangnya apabila melihat beliau tidak lekang dengan senyuman dan ramah bila bersua tua muda dengan berbilang bangsa.

Wednesday, March 5, 2014

Mei Fun Baru Pantun Kor Ming Dah Mengelupur


Kor Ming tidak semena-mena menggelupur di dalam twitternya setelah membaca rangkapan kata-kata puitis Mei Fun dalam bahasa cina mengucapkan Selamat Hari Wanita. Kata-kata yang diucapkan adalah bagi menghargai pengorbanan dan jasa-jasa para wanita.

Dalam alih bahasa rangkapan yang diucapkan oleh Mei Fun berbunyi seperti berikut:
"Renyuk kain menjadi kemas bukan kerana jenama seterika yang digunakan, tetapi kasih sayang yang mengalir dari tangan wanita yang menggunakan seterika itu. Terima kasih Wanita."

BRT Manfaat Kepada 500 ribu Penduduk Sunway-USJ



Dengan kekerapan setiap 5 minit, perkhidmatan Bas Aliran Deras (BRT) dijangka mampu membawa 30 ribu penumpang sehari. Semua ini akandirealisasikan apabila projek BRT ini siap dan beroperasi pada Jun 2015. 

Projek ini melibatkan laluan yang menghubungkan Bandar Sunway dan Subang Jaya. Siap kelak ia mampu memberi manfaat kepada 500 ribu penduduk sekitarnya. 

Saturday, March 1, 2014

Sudut Ringkas Chew Mei Fun Calon N25 Kajang


Nama Chew Mei Fun (CMF) tidak asing dalam arena politik, mungkin dikalangan rakan media dan blogger sudah mendengar nama ini dulu tapi kemudian hilang dari ingatan. Bukan dilupai akan tetapi tuan punya badan menyepi sementara kerana berpegang teguh pada prinsip. Apa kisahnya?

Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan orang kuat MCA yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Wanita parti. Lebih lanjut, CMF pernah dilantik sebagai Senator Dewan Negara dan kemudian diangkat sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga oleh Datuk Seri Najib pada 9 April 2009.