Monday, March 25, 2013

Lesen Teksi Individu: BN Ciplak Buku Jingga?


Puak-puak pembangkang awal-awal dah dok perlekehkan usaha PM, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pemberian lesen individu ni. Kata mereka pemberian lesen ni adalah idea mereka. Konon-konon nak riuh sekampung yang kerajaan ciplak manifesto 'jinggay' mereka. 

Nak tergelak tengok latah mereka. Sebelum puak-puak ni mendabik dada menuduh yang bukan-bukan. Pihak kerajaan TAK INGINLAH mengikut intipati buku jingga yang amat lemah analisis sehingga boleh menganiaya/menzalimi golongan tertentu dan merosakkan ekonomi negara. 

Kajian Pembangkang Vs Kerajaan
Salah satu isi manifesto karut jingga adalah menghapuskan lesen teksi milik syarikat dan terus berikan kepada individu pemandu teksi. 

Kekecohan mengenai lesen individu ini dimainkan pembangkang yang melakukan kaji selidik dalam himpunan raksasa dan gerakan Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) yang dihadiri oleh 100-200 pemandu teksi. 




Megah dengan angka "besar" itu, mereka bertindak memasukkan manifesto 'lesen teksi individu' ke dalam buku jingga. "Wow hebatnya kaji selidik mereka".

Sedangkan SPAD yang di Pengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid telah menjalankan kaji selidik melalui beberapa siri perbincangan bersama pengusaha-pengusaha teksi syarikat dan individu serta persatuan-persatuan teksi yang terdiri daripada lebih 30 ribu pemandu teksi seluruh Malaysia. Err..mana agaknya kaji selidik lebih tepat.



Adoi..cerita auta pusing macam suara majoriti hakikatnya mereka TIBAI jer main isu ni dengan suara minoriti. 

Untuk makluman, seramai 200 pemandu teksi pertama sudah menerima lesen individu semalam. Secara total pada peringkat awal ini, seramai 1,000 pemandu teksi bakal menerima lesen individu. Angka ini akan bertambah secara berperingkat setelah mengenal pasti pemohon yang memenuhi syarat untuk memiliki lesen teksi individu. 

Penyerahan lesen individu semalam telah disempurnakan oleh Najib dengan disaksikan oleh 6,000 pemandu teksi yang datang dari serata Malaysia. 



Ia merupakan janji yang Najib ucapkan depan 10,000 pemandu teksi di dalam majlis TR1Ma pada Jun 2012. Dalam majlis yang berlansung di Bukit Jalil tersebut, beliau telah menyarankan supaya SPAD mengKAJI satu sistem baru bagi mengantikan sistem pajak teksi yang beliau nilai sebagai "penghambaan moden". Sekarang terbukti Najib MENEPATI JANJI tersebut. Walk the talk beb.

Kerajaan Tak Ciplak Buku Jinggay
Perisik ingin tegaskan bahawa puak pembangkang ternyata tersilap mengatakan kerajaan ciplak idea mereka. Kerana jika mengikut idea 'zuhud' mereka, banyak syarikat teksi bakal terduduk gulung tikar akibat lesen teksi syarikat mereka dihapuskan. Adakah ini adil?

Syed Hamid memberitahu media "kalau kita ikut cadangan pembangkang mereka nak hapuskan syarikat. Bagaimana mereka nak lakukan? Ini kerana property under our economic system - you cannot nasionalise property. The companies have got the right to take actions against them kalau mereka simply hapuskan"

Oleh itu, siapalah yang mengong nak ikut idea buku Jinggay mereka yang lemah analisis dan terburu-buru diumumkan semata-mata nak dijadikan gula-gula beracun PRU13. 

Manakala kajian kerajaan melalui SPAD merupakan satu analisis menyeluruh dengan mengenal pasti saiz pasaran industri teksi seperti bekalan dan permintaan. Ini penting untuk mengawal lambakan teksi bagi mengelak sehingga pemandu sendiri tak boleh cari makan.

Dengan sistem baru ini ia adalah keputusan menang-menang. Ia memastikan kita tidak dengan sewenang-wenangnya membunuh pemilik lesen teksi syarikat serta tidak juga menyekat pendapatan pemandu teksi individu.





No comments:

Post a Comment