Tak sePOPULAR?! Begitulah mereka, mengeluarkan manifesto atas dasar nak popular! Mampu atau tidak negara melakukannya adalah soal kedua. Apa yang penting adalah popular dan dapat menarik rakyat untuk mengundi mereka.
Tergelak rakyat melihat usaha terdesak mereka, ya lah manifesto PRU12 pun terbengkalai, boleh pula berangan dan perasan hebat dengan manifesto PRU13 ni? Adakah rakyat sanggup menerima kerajaan dengan track record buruk dalam pelaksanaan manifesto mereka? Sudah tentu tidak!
Rakyat mampu menilai, kerana banyak manifesto pembangkang bersifat UMUM tanpa mengetengahkan maklumat terperinci bagaimana idea manifesto ini mampu dilaksanakan.
Idea-idea yang mereka megahkan adalah turun harga kereta, seragam harga barang dan skim sewa dan milik untuk perumahan, teksi individu, pengurangan tol secara berperingkat. Semua idea tersebut dakwa mereka diciplak BN?!
Tapi bila dilihat dengan teliti, majoriti manifesto yang dicadangkan oleh pakatan sudah pun dilakukan oleh kerajaan terlebih dulu. Tapi perlaksanaan pakatan mengunjurkan jumlah perbelanjaan yang luar biasa besar. Ciplak?!
Jika dihitung sebahagian manifesto sahaja seperti mansuhkan Tol, Felda dan PTPTN, turunkan harga minyak dan kereta, 20% royalti minyak kepada Sabah & Sarawak dan gaji minima RM1100. Semua itu sahaja akan menelan belanja lebih RM200bilion.
Ini belum lagi termasuk pemberian insentif lain seperti skim rumah, bantuan kebajikan, wifi percuma, hapus konsesi air, caruman wanita, penjagaan anak dll. Perbelanjaan yang besar memansuhkan segala bagai dan memberi percuma itu ini bakal memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.
Bila idea manifesto mereka disangkal atas kelemahan analisis dan boleh mufliskan negara. Terus sahaja mencari helah mengatakan mereka mampu, kerana dapat melakukan penjimatan lebih RM49 billion! Penjimatan ini akan digunakan untuk merealisasikan manifesto mereka.
Cara berhujah macam pakar ekonomi, tetapi bila kita nilai empat negeri diperintah mereka dengan apa yang diperkatakan jauh langit dengan bumi.
Mendakwa hebat melakukan penjimatan tetapi mengapa GAGAL menggerakkan lebih 70 projek untuk rakyat di Kelantan. Kalau betul hebat dalam perbelanjaan bagaimana boleh gagal mengurus hutang UNISEL di Selangor. Jika hebat dalam ekonomi, kenapa tiada pelaburan baru berskala besar masuk ke Pulau Pinang dan Kedah.
Kalau projek di peringkat negeri pun tak terlaksana, kalau hutang UNISEL pun tidak mampu diuruskan, kalau perlaburan untuk negeri pun tak pandai nak bawa masuk dan paling jijik Tabung Anak Yatim Memali pun sanggup mereka rembat! Bagaimana rakyat hendak percaya kemampuan mereka menunaikan manifesto?
Adakah rakyat sanggup memperjudikan masa depan anak cucu di tangan mereka yang sudah terbukti gagal bukan sahaja menguruskan negeri malah sebuah Universiti? Adakah kita mahu kerajaan yang begini? Menguruskan entiti kecil seperti universiti pun boleh gagal, bagaimanalah agaknya mereka menguruskan NEGARA!?
Confirm Tak Boleh!
No comments:
Post a Comment