Friday, April 19, 2013

Ghani Bakal 'Disembelih' DAP!?

Setelah senarai calon diumumkan, beberapa pertembungan menarik dapat kita lihat antaranya Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP) yang akan berentap merebut kerusi Parlimen Gelang Patah!

Sebelum nama calon dikeluarkan, perisik sudah dapat mengagak wayang DAP yang berpura-pura gelabah dan takut. Lepas saja nama Ghani Othman disebut, terus gempita menunjuk belang sebenar dengan riak mengatakan bahawa Ghani dihantar ke Gelang Patah - seumpama dihantar ke rumah sembelih. 

Ghani yang sedia maklum akan permainan dan wayang DAP ini tidak sedikit pun terkejut malah mampu tersenyum apabila didedahkan kenyataan riak parti roket tersebut! 

DAP sebenarnya terlepas pandang banyak perkara dalam membuat persediaan menggempur kubu kuat BN, Johor. Strategi membawa politik perkauman dan campurtangan asing hanya akan memakan diri mereka sendiri. 

Sekarang pun, sudah banyak bukti memaparkan hubungan akrab DAP dengan parti PAP di Singapura. Selain itu, Isreal juga dilihat turut memainkan peranan membantu DAP dalam menghadapi PRU-13. 

Rakyat Johor tidak terkejut dengan langkah yang diambil DAP bersengkokol dengan Singapura -Israel. Kerana strategi ini telah dibongkarkan oleh ahli-ahli DAP sendiri yang tidak sanggup menjadi dalang membawa campurtangan asing ke negara ini. Ahli DAP tak mahu menyokong cubaan melacurkan kedaulatan negara.

Ada juga memberitahu bahawa kenyataan riak DAP itu hanya untuk memberi keyakinan kepada ahli-ahli akar umbinya. Walhal DAP rupanya sedang menggelabah kerana tidak menjangkakan Ghani diletak sebagai lawan Kit Siang. 

Majoriti rakyat Johor bangkit menentang Kit Siang yang terbukti rasis. Rakyat Johor tetap berdiri teguh disamping Ghani yang telah mentadbir negeri Johor sejak 1995. Pengalaman lebih 15 tahun mentadbir negeri ini memberi kelebihan buat Ghani serta jenteranya untuk menghalang kemasukan anasir subversif yang boleh merosakkan kehidupan rakyat Johor.



Perisik: Adakah rakyat Johor sanggup membiarkan manusia durjana ini bertapak di Gelang Patah?


Kita lihat siapa yang bakal 'disembelih' di Gelang Patah!

1 comment: