Saturday, November 29, 2014

Isu Bakar Al-Quran! Umat Islam Yang Bersalah?!


Janggal rasanya apabila seorang muslim membuat laporan polis dan menyaman seorang Islam yang berjuang mempertahankan Islam. Adakah tindakan ini dibawah minda sedar atau publisiti murahan parti semata-mata?

Dalam perbahasan Dato Dr Mashitah baru-baru ini ada menyebut tentang insiden bakar Al-Quran di Kedah. Susulan daripada itu ahli DAP, Dyana Sofya telah membuat laporan polis dan kemungkinan akan menyaman beliau.

Friday, November 28, 2014

Ustazah Jadian?? Kenapa Ada Yang Meroyan!!


Isu akidah yang dibahaskan oleh Dato Dr Mashitah Ibrahim di Perhimpunan Agong UMNO 2014 pada Rabu, 25 November lalu telah mendapat perhatian semua media perdana dan baru termasuklah media auta Meloyakini dan Haramkah.

Perkara yang dibangkitkan menyentuh banyak insiden yang menghina dan mengancam umat Islam kebelakangan ini. Antaranya seperti mempertikaikan Majlis Agama Islam & Mahkamah Syariah, sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum hakam & fatwa serta kekeliruan yang dibawa oleh individu atau kumpulan yang kononnya berdakwah serta berjihad dengan bertopengkan Islam.

Meremajakan UMNO! Bukan Pada Usia Semata-mata!


Ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang meremajakan parti telah disalahtafsir sesetengah pihak. Istilah meremaja yang disampaikan bukan pada usia sahaja. Tetapi kepada tindakan, gerakan, pendekatan dan urus tadbir yang dilihat lebih mesra pengundi generasi muda.

Tidak dinafikan peri pentingnya kemasukan generasi muda dalam menjadi penyumbang kelangsungan parti. 'Generasi muda, generasi pelapis pemimpin negara' adalah kata-kata yang sering kita dengar. Akan tetapi kelahiran generasi muda dalam kepimpinan sama ada parti mahupun negara perlulah kena pada tempat dan masanya.

Thursday, November 27, 2014

VIDEO: Perbahasan Dato Dr Mashitah Ibrahim PAU 2014!

Saksikan perbahasan yang mendapat tepukan gemuruh para perwakilan. Terima Kasih kepada UMNO khususnya gerakan Wanita kerana berjaya mengetengahkan Intelektual Agamawan di pentas Perhimpunan Agong UMNO kali ni.

Perbahasan Dato Dr Mashitah Ibrahim yang membangkitkan tentang isu akidah dan pencabulan kedaulatan Islam yang semakin meruncing di negara kita. Sudah tiba masanya seluruh umat Islam mengenepikan fahaman politik berpuak-puak demi memastikan keharmonian Islam terpelihara.

Ledakan Dr. Mashitah Cetus Semangat Perwakilan PAU 2014!!


Laungan Takbir dan Standing Ovation! Itu respon yang diberikan oleh para perwakilan selepas Dato Dr Mashitah Ibrahim selesai perbahasan. Segala puji bagi Allah! Bagi Mashitah, sama ada beliau disukai atau tidak oleh orang adalah ketentuan Allah swt.

Peluang yang diberikan bagi mewakili negeri kedah dimanfaat sepenuhnya untuk melontarkan pandangan dan buah fikiran kepada para perwakilan yang hadir. Kerana perhimpunan ini bukan medan beretorik, berkumpul dan berbual kosong. Tapi menjadi tempat mencari satu resolusi untuk menjadikan parti yang lebih baik memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Wednesday, November 26, 2014

Perkhidmatan Bas Hentian Putra Berpindah Ke TBS


Untuk makluman pembaca, tiada lagi perkhidmatan bas ekspress akan beroperasi di Hentian Putra bermula 1hb Disember ini. Harap berita perpindahan ini dipanjangkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang biasa menaiki bas untuk ke pantai timur di sana.

Semua operasi perkhidmatan bas ekspres akan berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang kebiasaannya menjadi lokasi bas untuk ke Selatan. Keputusan perpindahan ini dibuat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selepas menerima laporan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kepupusan Nilai Islam!! Peringatan Dr. Mashitah Di PAU2014 Hari Ini!!


Setelah sekian lama menanti, akhirnya Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Dato Dr Mashitah Ibrahim diberi kepercayaan dan ruang untuk membentangkan perbahasan di pentas utama Perhimpunan Agong UMNO 2014.

Peluang ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh beliau bagi membahaskan isu akidah yang sedang berlaku di kalangan warga Islam Malaysia kebelakangan ini. Antara yang akan dibangkitkan adalah sikap ambil mudah umat Islam terhadap beberapa isu seperti acara menyentuh anjing.

Tuesday, November 25, 2014

YPPM Martabat Ilmuwan Pondok


Sekolah pondok sering kali digambarkan sebagai institusi yang mundur, daif dan ketinggalan zaman. Namun apa yang dinilai pada luaran, tidaklah sama dengan apa yang tersirat di dalamnya. Kerana luar berlumpurnya cengkerang, tersingkap mutiara menanti untuk dituai.

Begitulah hakikatnya institusi pondok ini, dalam serba kekurangan masih mampu melahirkan ramai ilmuwan dan agamawan yang sedia mencurahkan bakti. Walaupun terasing dari Pelan Pendidikan Nasional, entiti ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara dan perkembangan intelektual bangsa.

Monday, November 24, 2014

Ali Maju Setiawangsa Jawab Mengenai Isu Mop!


Bila nak buat kerja ekspres ni lah hasilnya. Mop lantai yang digunakan oleh salah seorang pekerja di restoran terbabit mengambil jalan mudah membersihkan tempat tebar roti seperti yang dihebohkan di dalam media sosial.

Difahamkan pemilik restoran terbabit tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini. Insiden terbabit sememangnya berlaku, tapi bukan digunakan pada tempat menebar roti. Meja yang dibersihkan itu adalah meja membungkus Tom Yam. Pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pekerja terbabit.

Sunday, November 23, 2014

Macai Pembangkang Bengong Kira Harga Minyak!


Mungkin ramai yang menerima hebahan fitnah yang tertera dalam gambar di sebelah kiri. Puak pembangkang cuba untuk mencetuskan kekeliruan rakyat dengan menghebahkan maklumat salah. Kerana kiraan yang dicanangkan oleh puak sasau ini berdasarkan harga minyak mentah dunia. 

Bangang pembangkang bertingkek-tingkek kerana kerajaan tidak meletakkan subsidi kepada minyak mentah tetapi minyak yang telah diproses menjadi petrol sebagai contoh RON95. Gambar di atas sebelah kanan contoh kiraan bagaimana harga RON95 sekarang diperolehi.

Friday, November 21, 2014

Kebangkitan Institusi Pondok Bersama YPPM



Kerancakan institusi pengajian pondok ini dikesan bermula pada abad ke 18 dan telah berjaya melahirkan banyak tokoh-tokoh ilmuwan dan ulama tersohor tanah air. Golongan inilah yang menjadi tempat rujukan para pemimpin, raja dan sultan dalam urusan pentadbiran.

Akan tetapi, penjajahan British telah merubah pola kependidikan negara ini dengan penerapan sistem moden. Kemasukan sistem pendidikan penjajah ini sedikit sebanyak telah memperlahankan kemajuan institusi pondok.

Tuesday, November 18, 2014

FGV Terokai Pasaran Vitamin E


Pasaran vitamin global diramalkan mencecah USD3.2 billion atau hampir RM10 billion menjelang 2017 nanti. Peningkatan ini dipacu oleh kerancakan pengeluaran produk kosmetik dan farmaseutikal yang mendapat permintaan tinggi pengguna.

Sebelum ini, dominasi pengeluaran vitamin ini dikuasai oleh syarikat-syarikat dari barat. Kini kuantiti besar vitamin mula direkodkan datang dari negara tembok besar China dan juga India. Permintaan tertinggi vitamin ini terdiri daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat, manakala di Asia Pasific juga menunjukkan unjuran positif.

ERL dan Sani Express Pertahan Anugerah Pengendali Terbaik


Tahniah diucapkan!!! Sekali lagi dua organisasi ini berjaya pertahankan anugerah pengendali terbaik yang telah mereka menangi tahun sudah. Express Rail Link Berhad (ERL) mengungguli kategori Perkhidmatan Bandar dan Antarabandar, manakala Sani Express bagi kategori Bas Ekspres.

Masing-masing menerima piala dan sijil pengiktirafan dari pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar sempena simposium Pengangkutan Awam Darat 2014 yang berlangsung baru-baru ini.

Sunday, November 16, 2014

Kenaikan Tambang Bas Ekspres Pasti!!


Berita kenaikan ini bukan lagi khabar angin. Seperti dalam artikel sebelum ini telah menerangkan mengapa tambang bas ini tidak dinaikan sejak 2009! Kenaikan tidak seiringan dengan kos bahan api, alat ganti dan kos operasi. Sepanjang 5 tahun ini kerajaan telah menolak semua permohonan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang bas.

Sepanjang ini juga, timbal balik telah dilakukan bagi memastikan bebanan yang ditampung oleh pengguna dan pengusaha saling berimbang. Iaitu dengan membenarkan surcaj 10% pada musim perayaan. Bermakna hanya pada musim perayaan pengusaha dapat memperolehi pendapatan lebih baik sedikit. 

Friday, November 14, 2014

Video: MP Kulai Dan Kapar Terkedu Disergah MP Kota Tinggi

Walaupun baru penggal pertama sebagai Ahli Parlimen (MP) Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin Narrashid tidak pernah diam dalam mendepani pembangkang dalam beberapa isu seperti Felda, Malayan Sugar Manufacturing  (MSM) dan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN. 

Sebelum ini Anwar Ibrahim cuba memutar belitkan fakta mengenai isu gula melibatkan MSM. Namun dengan lantang menafikan kenyataan Anwar dan membentangkan fakta sebenar kepada Dewan Rakyat.

Tuesday, November 11, 2014

Anwar Menggigil Tengok Gambar Ni!!


Mungkin ramai tak menyangkakan susuk tubuh comel lotey dalam gambar di atas adalah seorang jantan yang reformasi kepada perempuan. Macam mana tau? Sebab dua susuk ini dengan bangga telah menyertai pertandingan Miss Queen 2014 atau Pertandingan Ratu Pondan 2014 yang berlangsung di negara jiran Thailand. 

Maklumat tersebut boleh diperolehi di laman web pengelola pertandingan. Malas nak letak link kat sini. Korang nak gi lah cari sendiri. Apa yang lebih "membanggakan" dua insan ini merupakan warga Malaysia yang berentap merebut gelaran juara bersama 25 orang peserta antarabangsa yang lain.

Ehsanuddin Ancaman Buat Pembangkang


Kehadiran Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin semakin menjadi perhatian rakyat dan juga warga media yang berada di Parlimen. Mana sahaja puak pembangkang yang bengap cuba putar belit dan fitnah kerajaan, terus sahaja dicantas beliau dengan hujah fakta yang bernas.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh, DS Anwar Ibrahim cuba mengambil kesempatan imuniti di pentas parlimen memfitnah Malaysian Sugar Manufacturing (MSM) yang merupakan syarikat milik Felda Global Ventures (FGV). Ehsan yang juga ahli lembaga pengarah Felda bingkas menyangkal fitnah tersebut sehingga berbelit-belit Anwar cuba memberi jawab balas.

SPAD: 10 Lori Ditahan Dalam Ops Hippo Hulu Langat


Mentang-mentang bawak benda besar, drebar lori atau pengendali ini boleh buat selamber jer main langgar peraturan jalan raya. Ada yang bawak lebih muatan, ada yang bawak laju dan ada juga yang mengubahsuai kenderaan bertentangan dengan spesifikasi keselamatan minimum yang ditetapkan.

Buktinya dah banyak kali kita lihat dalam operasi khas penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dalam Ops Hippo. Kali ini sekali lagi Ops Hippo dijalankan pada minggu lalu 4hb November di sekitar jalan Batu 9, Hulu Langat dan berjaya menahan 10 buah lori atas pelbagai kesalahan.


Monday, November 10, 2014

SPAD: Kad Prabayar Di Lima Negeri Tahun Depan


Medium pembayaran pengangkutan awam begini bukanlah satu yang baharu kerana negeri Kelantan merupakan lokasi pertama menggunakan sistem kad prabayar ini dan mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada pengguna.

Pembayaran tambang dengan menggunakan kad prabayar ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2015. Ini membuktikan kerajaan tidak menunggu lama untuk merealisasikan perancangan ini apabila langkah awal telah pun bermula pada tahun 2013 lagi di negeri red warrior.

Saturday, November 8, 2014

Bekalan Air Cacing Di Johor?


Kebersihan bekalan air di rumah adakalanya menjengkelkan. Kalau kebiasaan ada pengguna mengadu bekalan air keruh atau bercampur tanah. Lain pula kisah  penduduk Kluang, Johor terkejut apabila dalam jernihan air yang diterima tedapat cacing di dalamnya.

Perkara ini bukan berlaku pada satu dua rumah, tetapi di beberapa penduduk yang tinggal di Jalan 31, Jalan 34 dan Jalan 36, Taman Kluang Barat. Rasanya tidak semua penduduk perasan akan kehadiran cacing ini. Kerana perkara ini masih lagi terpencil di kawasan terbabit sahaja.


Monday, November 3, 2014

Kenaikan 30% Tambang Bas Ekspres Belum Muktamad!


Ramai berpendapat kenaikan 30% ini agak drastik. Terlalu mendadak. Nada suara yang tidak puas hati mendengar berita ini bukan sahaja datang dari kalangan mereka berpendapatan rendah, malah sederhana.

Melihat kepada senario ekonomi semasa yang tidak menentu membuatkan dua golongan (pendapatan rendah dan sederhana) ini semakin tersepit kerana ia menghadkan kuasa beli mereka.