Wednesday, September 7, 2011

Tips Kawalan Serangan Perosak Ulat Bungkus

Apa jua jenis tanaman pasti mempunyai musuhnya. Seperti tanaman Kelapa Sawit, ancaman perosak yang sering timbul adalah serangan ulat bungkus. Dimana serangan ulat ini menyebabkan pengeluaran hasil buah pokok sawit merosot sebanyak 40%.

Dengan ini FELDA telah melakukan beberapa analisis seperti jenis, kitaran hidup dan populasi serta mengenalkan teknik kawalan serangan makhluk perosak yang berkesan.

Ulat bungkus ini merupakan serangga perosak yang memakan daun pokok kelapa sawit. Nama "ulat bungkus" diberi kerana ulat terbabit menggunakan sebahagian daun kelapa sawit untuk membentuk lapisan seolah membaluti/membungkus haiwan terbabit. Ulat bungkus dalam fasa larva bergerak dari satu pelepah ke pelepah yang lain dengan bantuan angin.


Terdapat 3 jenis ulat bungkus yang dikenalpasti iaitu:
3 Jenis Ulat Bungkus Yang Dikenalpasti
1-Metisa Plana
- Ulat jenis ini membentuk kepompong sepanjang 15mm dan tergantung pada bawah daun dengan benang yang berbentuk cangkuk. 
- Tempoh kitaran hidupnya adalah sekitar tiga bulan.
- Larva peringkat awal akan memakan bahagian atas dan bawah daun.
- Larva peringkat matang memberikan kesan jelas pada daun sawit apabila terdapat banyak lubang-lubang kecil terbentuk serta sebahgian daun sawit menjadi keperangan.


2-Pteroma Pendula
- Ulat jenis ini mempunyai bentuk bungkus yang lebih licin dan saiz yang lebih kecil dari Metisa Plana. 
- Panjang kepompongnya yang berbentuk curut adalah diantara 8 - 10mm. 
- Spesis ulat ini tergantung di bawah permukaan daun dengan benang yang panjang. 
- Tempoh kitar hidupnya kurang dari tiga bulan.
- Larva peringkat awal akan memakan bahagian atas dan bawah daun.
- Larva peringkat matang memberikan kesan jelas pada daun sawit apabila terdapat banyak lubang-lubang kecil terbentuk serta sebahgian daun sawit menjadi keperangan.


3-Mahasena Corbetti
- Spesis ini menggunakan kepingan daun sawit yang lebih besar dan kasar untuk membentuk lapisan bungkus.
- Tempoh kitar hidup adalah sekitar empat bulan.
- Larva spesis ini memberikan kesan paling buruk berbanding dua spesis di atas. Dimana ulat spesis ini akan memakan keseluruhan daun sehingga meninggalkan lidinya sahaja.


Pembesaran pokok kelapa sawit akan terjejas kerana proses fotosintesis tidak dapat berlaku apabila permukaan daun sawit telah habis dimakan ulat-ulat terbabit.


Daun sawit yang diserang ulat bungkus
Seperti tumbuhan lain, daun memain peranan dalam menerima cahaya matahari dalam membantu penyerapan air dari tanah serta pengubahan karbon dioksida di udara kepada oksigen.

Disebabkan permukaan daun kelapa sawit telah habis rosak dimakan. Proses yang disebut tadi jelas terganggu serta merencatkan pembentukan buah sawit. 

Dalam pengalaman Felda, bilangan ulat yang melebihi 10 ekor dan memakan daun bagi setiap pelepah dianggap berada di tahap tidak selamat.  Peningkatan populasi ulat bungkus lebih pantas berlaku dalam keadaan cuaca panas.


Waktu Sesuai Meracun Ulat Bungkus
Perlu lakukan bancian ulat pada sesuatu pokok. Jika jumlah bilangan peringkat kepompong melebihi peringkat larva. Sebarang usaha kawalan haruslah ditangguhkan, sekurang-kurangnya tiga ke empat minggu. 

Kerana, peringkat kepompong adalah fasa rehat dan tidak lagi memakan daun. Oleh itu, usaha kawalan menggunakan racun serangga tidak memberikan sebarang kesan besar.

Selepas tempoh ini, bancian bilangan larva dilakukankan semula bagi kenalpasti sama ada terdapat peningkatan larva yang baru menetas. Keadaan ini merupakan peringkat paling sesuai menggunakan racun serangga.


Cara Meracun Ulat Bungkus
1-Suntikan Batang Kelapa Sawit
- Kaedah sutikan batang sesuai untuk pokok sawit berumur 5 tahun ke atas.
- Suntikan dilakukan di peringkat larva muda atau peringkat telur ulat menetas.
- Racun serangga yang digunakan untuk teknik ini adalah jenis Monocrotophos atau Methamidophos.
- Kesan penggunaan racun ini boleh dilihat selepas 24 jam.
- Racun ini dapat bertahan selama 14 hari.
- Teknik ini tidak sesuai digunakan ketika musim lembap.
- Teknik ini tidak menjejaskan serangga yang bermanfaat kepada sawit.


2-Menyembur Racun
- Kaedah ini digunakan sewaktu banyak larva muda.
- Larva muda lebih mudah dibunuh menggunakan teknik ini berbanding keatas larva matang.
- Racun serangga yang digunakan adalah jenis racun yang mengandungi bahan aktif Trichlorofon, - - Cypermethrin atau Biopestisid seperti Bacillius Thuringiensis.
- Jenis penyembur bergantung pada usia pokok. Gunakan penyembur tangki untuk pokok usia dua tahun dan penyembur tangki berjentera atau jentera mist pada pokok berusia 3 - 6 tahun.
- Pastikan semburan racun tidak kena pada bahagian bunga pokok sawit kerana ia boleh memudaratkan perkembangan kumbang pendebungaan sawit.



9 comments:

  1. biasanya pakai racun jenis@nama@apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kt TH Plantations Berhad, nama racun yg dipakai skrg utk kwln ulat bungkus adalah "Krotofos 60" dgn a.i monocrotophos kelas 1a...sblm ni TH Plantations Berhad guna methamidophos tetapi bau yg kuat membahayakan harvester dan general workers yg lain

      Delete
    2. Biasanya pkai racun kencis iaitu bhn aktfnya cypermethrin....

      Delete
  2. Regent 5osc sesuai tk untuk ulat bungkus?

    ReplyDelete
  3. Berapa dalam sekiranya guna teknik suntikan batang pokok dan berapakah jumlah racun yang di perlukan setiap pokok untuk pokok 10tahun ke atas

    ReplyDelete
  4. Kami ada penyelesaian, hubungi kami call/whatsapp 0179583364

    ReplyDelete
  5. Kalau terdapat ulat ni dalam rumah. Kaedah apa yang paling baik untuk menghapuskannya?

    ReplyDelete