Monday, December 31, 2018

Hadiah Tahun Baru 2019! Harga Petrol Tak Jadi Turun!


Sebelum ini kerajaan pakatan sudah kantoi kutip cukai petrol. Senyap-senyap rembat poket rakyat. Harga minyak mentah dunia telah jatuh beberapa bulan, tapi harga runcit kekal tanpa sebarang penurunan.

Setelah didedahkan rompakan duit rakyat melalui cukai petrol. Kerajaan mengambil langkah terdesak mengumumkan harga petrol akan turun menjelang 1 Jan 2019.

Sunday, December 30, 2018

Inilah Malaysia Baru?? Agama Islam dan Nama Allah Diperlekeh! #PDRM #SKMM #KDN


Penghinaan terhadap Islam semakin menjadi-jadi di era Malaysia Baru ini? Selepas PRU-14 kita dikejutkan dengan pengedaran bible di sekolah di Klang.

Selepas itu kita terima banyak laporan mengenai kumpulan mubaligh kristian yang rancak mendakwah di beberapa lokasi penempatan majoriti Islam.

LEBUR!! Pelaburan Dana Asing Masuk Sepanjang 2017 Lebur Dalam Masa 8 Bulan Pakatan Perintah!


Tiada sedikit pun pelaburan atau dana yang masuk sepanjang 2017 dapat diselamatkan kerajaan pakatan. Malah lebih besar pelaburan dana asing yang keluar!!

Dari laporan, sejumlah RM10.3 billion yang masuk 2017 telah hangus apabila sebanyak RM11.62 billion aliran dana dibawa keluar sepanjang 8 bulan Pakatan Harapan memerintah! 


Friday, December 28, 2018

Kerajaan Sengaja Lengahkan? Agensi-NGO-Peguam Pertikai Inkues Kematian Adib!


Majoriti netizen menyuarakan bantahan proses Inkues kematian petugas bomba Muhammad Adib. Laporan bedah siasat pun mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan.

Kecederaan Adib ternyata parah dan beberapa siri rawatan kecemasan diberikan sepanjang Adib di hospital. Difahamkan beberapa bahagian tulang patah, malah fungsi organ dalaman beliau turut merosot kesan dipukul perusuh.

Thursday, December 27, 2018

Betul Punya Benci! Netizen Rela Pilih Kambing Dari Tun Mahathir Jadi PM?!


Berpuluh undi FB sudah dibuat bagi membandingkan antara Tun M dan DS Najib. Mana lebih baik. Mana satu pemimpin menjaga rakyat. Mana satu yang menjaga bumiputera Melayu dan macam-macam lagi.

Wednesday, December 26, 2018

Minyak Mentah Bawah USD50 Setong Hari Ini!


Nampaknya Kerajaan Pakatan bakal membuat semakan semula Bajet 2019! Menteri Kewangan ada menyebut sebelum ini bahawa bajet akan disemak jika minyak mentah jatuh bawah USD50 setong.

http://www.theedgemarkets.com/article/brent-crude-falls-below-us50bbl-1st-time-july-2017

Ramai dikalangan Netizen sudah menyuarakan kekesalan diatas tindakan kerajaan yang menyandarkan bajet kepada harga minyak Mentah.


Siapa Yang Sengaja Tangguh Tangkap Pembunuh Adib?


Sehingga hari ini tiada sebarang tangkapan terhadap pembunuh Adib. Apakah begini pengakhira petugas Bomba yang cuba menjalankan tugas pada malam kekecohan kuil di Seafield. Dibelasah oleh perusuh sehingga maut tanpa pembelaan?

Menurut saksi kejadian dikalangan rakan Adib sendiri mengesahkan bahawa Adib telah diheret keluar dari jentera Bomba dan dibelasah hingga parah dan tidak sedarkan diri.


Ramai Netizen Muntah Hijau Baca Posting FB Ni!


Sedang negara masih lagi dihurung kesedihan atas pemergian arwah Adib. Menteri Pakatan hanya sekadar sibuk bermadah di dalam FB. 

Rakyat mahukan keadilan buat Adib. Mahu pesalah diheret ke mahkamah dan dihukum gantung. Tapi lain pula dibuat Pakatan.

Tuesday, December 25, 2018

Kehebatan Malaysia Baru Mengatasi India!!


2018 hampir melabuhkan tirai. Kehebatan Malaysia dibawah kerajaan baru bagai menanti bulan jatuh ke riba.

Yang diharap tidak setimpal dengan apa yang dapat. Dengan mudah kegagalan Pakatan Harapan di alih dengan menuduh kerajaan terdahulu!?

Monday, December 24, 2018

Lebih 6 Minggu Kutip Cukai Petrol! Lepas Itu Umum Bantuan Sekolah Dan Bantuan Untuk Peneroka!


Nampak tak permainan Kerajaan PH?! Bagai air terjun bertingkat kencing kerajaan curahkan kepada rakyat Malaysia. 

Kegagalan melaksanakan manifesto diletakkan atas batu jembala rakyat! Boleh pula sesuka hati mengenakan cukai petrol kepada rakyat. 


Sunday, December 23, 2018

Deviden ASB Terendah Dalam 20 Tahun! Apa Lagi Yang Terendah Bakal Kita Dengar!


Bila deviden ASB dah serendah ini ramai dapat menjangkakan deviden yang bakal diumumkan selepas ini juga jauh lebih rendah.

Modal hutang negara sudah tidak boleh dimainkan apabila dalam parlimen sendiri mengesahkan hutang negara masih terkawal bawah RM750billion. Bukannya RM1 trillion!


Pembunuh Adib Masih Bebas! Bangsatnya Nasib Sebagai Anggota Keselamatan!


Kami rakyat Malaysia tak perlu dengar pasal arwah Adib tak dapat langsungkan majlis perkahwinan. Kami tak mahu dengar pasal gesekan biola buat Adib di mana-mana konsert!

Kami nak keadilan buat Adib! Kami nak melihat semua yang terlibat menerima hukuman sewajarnya! 


10 Tanda Melayu Dibangsatkan! Ramai Tak Tahu Pasal Nombor 10!


Bermula dari peralihan kuasa, banyak tindakan dan gerakan kerajaan hari ini yang mengguris  hati orang-orang Melayu.

Apa Janji-janji Yang Berjaya Ditunai PH?

Dulu : "Tunggu kami jadi kerajaan, baru laksanakan janji."

Bila dapat kerajaan Penang dan Selangor : "Tunggu kami jadi kerajaan pusat baru kami laksanakan janji"...


Monday, December 17, 2018

Muhammad Adib Meninggal Dunia 9.41malam Tadi


Tak Perlu Riuh Diluar Pasal Hal Dalaman UMNO!


Hal ehwal dalaman UMNO kalau dirasa bermasalah memang eloklah dipanggil semua Majlis Tertinggi, Ahli-ahli Parlimen UMNO, Ketua Pemuda, Puteri, Ketua Bahagian dan sewaktu dengannya untuk duduk semeja berbincang. 

Supaya yang mana kurang atau lemah sama-sama sepakat untuk perbaiki. Tapi tak perlulah dihebohkan hal dalaman Parti kepada luar dalam media sosial dan wartawan. 

Sunday, December 16, 2018

Malaikat Buat Silap? Nabi Tak Tunai Janji? Kenapa Ada Yang Gila Lompat Untuk Bersama Kelompok Begini?


Pelbagai kenyataan tidak masuk akal diluahkan oleh pemimpin Pakatan. Sebelum ini PM, Tun Mahathir menyebut Malaikat pun buat silap? 

Kali ini Menteri Wilayah, Khalid Samad buat kenyataan gila mengatakan Nabi pun tak tunai janji.

Gila!! Qatar Bakal Labur USD400b Untuk Kereta Nasional Ke-3?


Itu kenyataan salah seorang Menteri Pakatan sendiri. Dengan laju mengumumkan Qatar bakal melabur sejumlah USD400billion dalam penghasilan kereta nasional ke-3.

Jumlah tersebut bersamaan dengan RM1.6 Trillion! Tak masuk akal! Itulah respon awal setelah mendengar sahaja kenyataan menteri Pakatan ini.


Saturday, December 15, 2018

Tambahan Kerusi PPBM Ancaman Buat PKR-DAP!


Sebelum PRU14 bagi mencandukan para pengundi. Pakatan mencanang jika menang PRU tol akan dihapus, minyak akan turun, hutang Felda hapus, hutang PTPTN mansuh, harga barang turun dan macam-macam lagi janji.

Lepas sahaja menang, tiada satu janji yang berjaya dilaksanakan. Kini lahir pula candu versi baru iaitu kena capai 2/3 kerusi pula untuk laksana? 

Adakah rakyat bakal ditipu sekali lagi?
Ketara sekarang kalangan Ahli Parlimen UMNO tertipu terlebih dahulu. Cuma belum sedar.


Henti Menunding! Mulakan Berunding!


Senario politik berubah mendadak dalam masa kurang setahun peralihan kuasa. Kekuatan parti terbesar BN yakni UMNO yang gah dengan lebih 100 kerusi sebelum PRU12 merosot kepada kurang 40 kerusi hari ini.

Jangan dinafikan! Perkembangan sebegini sememangnya beri kesan kepada mentaliti penyokong serta akar umbi UMNO. Motivasi akar umbi bagai dicarik halus sedikit demi sedikit dengan mainan psikologi lawan.

Friday, December 14, 2018

Apa Berlaku Kepada Yang Lompat! Jika PM Diturunkan Melalui Demokrasi Undi Tidak Percaya Di Parlimen?


Dari selepas PRU14 sudah kedengaran barisan Ahli Parlimen (AP) dari parti Barisan Nasional terutama UMNO umum keluar parti menjadi bebas dan sertai Pakatan.

Bulan ini BN bergegar lagi apabila lebih 10 AP dari UMNO lompat menyertai PPBM atau menyokong Pakatan. Dijangka ada lagi AP bakal mengikuti langkah sama angkat kaki keluar UMNO.

Saturday, June 16, 2018

Seri Perdana! Sambut Aidilfitri Ke Tahun Baru Cina!??


Begitulah kedengaran komen orang ramai yang melihat keadaan rumah terbuka raya yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Kita faham majlis terbuka untuk orang awam tanpa mengira latar belakang usia dan kaum. Namun kebanjiran kaum cina amat ketara kali ini berbanding majlis rumah terbuka tahun- tahun sebelum ini.

Lebih RM300billion Bakal Hilang Sepanjang Pakatan Memerintah!?


Pakatan terus menerus menjadikan hutang negara sebagai alat propaganda mengalihkan pandangan rakyat dari masalah sebenar kerajaan. 

Yakni masalah dalam melaksana manifesto yang dijanjikan mereka! Antara yang bakal menjerut kerajaan adalah janji mansuh GST dan mansuh Tol.

Tuesday, June 5, 2018

Risalah Ajaran Kristian Bahasa Malaysia Diedar Di Sekolah! Mohon #KDN #PDRM Siasat!


Difahamkan risalah begini kebiasaannya diedarkan di perkarangan gereja. Bukan diluar kawasan gereja. Mohon rakyat bertenang dan biar pihak berwajib siasat perkara ini.

Risalah ajaran kristian dalam bahasa kebangsaan ini dipercayai diedar di salah sebuah sekolah di Klang. Rasanya ini hanyalah kes terpencil dan setakat ini satu lokasi sahaja dilaporkan berlaku.

Hutang Negara RM 1Trillion! Data Bank Negara Tak Lengkap?


Hutang RM1 Trillion menjadi jajaan kerajaan PH terutamanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Ekoran daripada pengumuman tersebut berlaku panik kepada pasaran saham sehingga ramai pelabur membawa keluar modal mereka.

Ia diburukkan lagi dengan tindakan kerajaan yang ingin memansuhkan GST yang membawa kepada kehilangan 1/6 pendapatan negara. Pelabur mula hilang keyakinan dengan kemampuan kerajaan mengurus kewangan.

YDPA Perkenan Perlantikan AG!!


Sepatutnya Majlis Raja-raja bersidang hari ini bagi membincangkan isu perlantikan calon Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Pada peringkat awal nama calon telah ditolak oleh YDPA Sultan Muhammad V. Namun segalanya terungkai setelah Ketum, DS Anwar Ibrahim turun mengadap YDPA malam tadi.

Kata-kata Pujangga Apabila Kerajaan Dikritik


Selepas PRU14 pelbagai reaksi di terima dari pro Kerajaan apabila rakyat mula bertanyakan tentang janji-janji manifesto yang dicanang sewaktu kempen piliharaya lalu.

Tidak kurang juga rakyat yang mempersoalkan tentang tindakan kerajaan dalam memansuhkan projek-projek mega kepentingan rakyat serta tindakan menarik diri dari terus menuntut hak Pulau Batu Putih.

Monday, June 4, 2018

YDPA Bukan Bodoh! Mengapa Kerajaan PH Masih Berkeras Pilih Tommy Thomas?


Dalam hal pemilihan Tommy Thomas ini pada teknikaliti perlembagaan sememangnya tiada salah. Cuma jelas cacat dari sudut berhubung menasihati Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dalam hal ehwal perundangan Islam.

Nama yang diusul oleh Perdana  Menteri, Tun Mahathir ini telah ditolak oleh YDPA, Sultan Mohamad V. Mengikut perlembagaan perkara 145 (1) adalah dengan nasihat Perdana Menteri dalam melantik Peguam Negara (AG) dan Hakim Mahkamah Persekutuan.

YDPA Tolak Lantikkan AG Bukan Islam! Elak Mudarat Besar Pada ABATA!



Perlantikan peguam negara bukan Islam-melayu bukan suatu perkara baharu di Malaysia. Untuk makluman dua peguam negara (AG) pertama negara adalah bukan melayu! 

Iaitu Thomas Vernor (1955 - 1959) dan Cecil M. Sheridan (1959 - 1963). Jadi persoalan kita terima. "Sepatutnya tiada masalahlah jika bukan melayu-Islam dilantik sekarang". 

Saturday, June 2, 2018

Rakyat Dirasuah Tayangan Piala Dunia! Tutup Kegagalan Laksana 10 Janji 100 Hari!!


Pengundi ditipu bulat-bulat Pilihanraya kali ini. Sekarang pengundi mula sedar helah kerajaan PH lakukan dalam melengah-lengah perlaksanaan manifesto serta mencari seribu satu alasan bagi mengalih fokus rakyat jauh-jauh dari manifesto mereka.

Sejurus menang PRU, perkara pertama dilakukan adalah dengan melakukan serangan politik terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan melakukan serbuan dan rampasan barangan peribadi sehingga kasut dan pakaian cucu beliau juga dirampas. 

Friday, June 1, 2018

GST Zero Rated! Apakah Harga Lebih Murah!


Hari ini rasmi GST zero rated telah berkuatkuasa. Rata-rata rakyat Malaysia sanggup tangguhkan belian barangan dan makan di restoran bagi berbelanja pada hari ini.

Sebelum ini fakta tentang GST telah ditafsir sebagai cukai berlapis sehingga setiap lapisan bermula dari pengilang, pemborong, perniaga dan pembeli kena GST. Ikut logik ini, harga barangan era GST ini adalah berlaku kenaikan 24%.

Mengapa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Menipu!?


Malang bagi rakyat Malaysia apabila usaha memacu pendidikan negara dipegang oleh pendusta. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee dengan lancang memfitnah mengatakan kerajaan dulu menyembunyikan hutang.

Kepimpinan kerajaan PH seolah-olah senada dalam memainkan fitnah hutang negara ini. Semua ini tampak sebagai jalan mudah untuk melarikan diri dari melaksanakan janji dalam manifesto PH.

Rakyat Dipukau Penipuan Hutang Negara


Apa wayang yang sedang dimainkan oleh Kerajaan PH? Sejak menguasai Putrajaya tindak tanduk kerajaan tampak cuai, banyak kesilapan serta berlaku konflik kenyataaan antara pemimpin. Atau sebenarnya segala kesilapan kenyataan oleh perdana menteri dan menteri kewangan tentang hutang negara sengaja dibuat-buat. 

Kita semua ketawa tentang cacamarba kenyataan hutang negara oleh kerajaan. Pada mulanya RM600billion, selepas itu RM1trillion, kemudian kembali kepada angka RM600billion. Adakah mereka benar-benar tidak tahu tentang angka hutang serta definisi hutang negara? 

Mansuh Tol atau Tamat Tempoh Konsesi? Jangan Tertipu!


Semalam lagi sudah hebah di laman facebook kenyataan media oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tentang penamatan tempoh konsesi tol di jajaran KL - Seremban Expressway dan Salak Expressway.

Kata kunci disini adalah "PENAMATAN TEMPOH". 

Wednesday, May 30, 2018

Sejarah Hitam Terukir Apabila Negara Majoriti Islam Diperintah Kerajaan Majoriti Bukan Islam


Sudah menjangka perkara ini bakal berlaku. Bila melayu-Islam cuba ingatkan, kami dituduh rasis dan penghasut. Bila melayu-Islam cuba sedarkan, kami dituduh kolot dan cuba menakut-nakutkan.

Walhal gerakan bukan Islam ini telah mula berlaku sejak beberapa PRU lalu. Lebih garang usaha mereka selepas tsunami pertama yang membawa kepada 5 negeri jatuh ke tangan pakatan. Bukan mempertikaikan kemenangan. 

Tuesday, May 29, 2018

Batal projek mega HSR bagus untuk negara!


Keputusan Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir membatalkan projek keretapi laju yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dengan Singapore adalah langkah tepat dalam mengurangkan hutang negara.

Hutang negara yang diumum RM680billion telah menokok kepada RM1trillion hanya untuk masa beberapa hari sahaja. Perkara ini mengejutkan ramai pihak terutama pelabur dalam dan luar negara. Kemudian angka hutang terbabit berjaya dikurangkan RM400billion dengan ajaib. Satu kejayaan luar biasa buat negara. 

Wednesday, May 16, 2018

SPAD Pengasas Permodenan Pengangkutan Awam Negara


Pelbagai perubahan dan penambahbaikan pengangkutan awam darat berlaku sejak penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 3 Jun 2010. Tertubuhnya SPAD ini adalah selepas Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 pada bulan Mei 2010.

SPAD yang diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri telah berjaya merangka polisi, merancang dan mengawal selia pengangkutan awam darat seperti bas, teksi, rel dan kenderaan berat. SPAD juga menjadi fungsi pemudah cara antara pengendali dengan kerajaan serta hubungan antara kerajaan bagi membawa masuk teknologi kaitan pengangkutan awam darat.

Friday, May 4, 2018

Perkhidmatan Rel Ke SKYPARK Mula Beroperasi


Sebelum ini mod pengangkutan untuk kesana hanyalah bas, teksi atau kenderaan persendirian. Kini pengguna boleh menggunakan perkhidmatan rel sebagai pengangkutan alternatif untuk ke Terminal Skypark yakni Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang Jaya. 

Buat masa ini perkhidmatan rel dari KL Sentral ke Subang Jaya ini akan beroperasi secara percuma selama sebulan. Sambutan pengguna adalah amat menggalakkan bagi merebut peluang merasai sendiri perkhidmatan tersebut.

Saturday, February 24, 2018

Makanan Bijirin Pun Jadi Modal Fitnah Pakatan


Tergelak melihat telatah pembangkang yang semakin hari semakin ketandusan idea dalam mencari peluru untuk memburukkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mana mungkin rakyat lupa akan fitnah pembangkang dalam isu Felda bakal bankrap, Tabung Haji bakal bankrap, 1MDB bakal bankrap dan lebih dramatik Malaysia pula difitnah bakal bankrap. Kesudahannya yang jelas bankrap hanyalah pembangkang yang tiada lagi modal fitnah untuk dimainkan. Apa yang berlaku dikitar semula segala fitnah yang telah dijawab berulang kali.

Tuesday, February 20, 2018

Pakatan Perjudi Jawatan Perdana Menteri!



Umum tahu kekeliruan dikalangan pakatan pembangkang dalam menentukan siapa perdana menteri jika mereka menang. Di kalangan kepimpinan pakatan harapan masih istiqomah menjulang pesalah peliwat sebagai perdana menteri ke-7. Manakala kedengaran pula suara dari parti setahun jagung Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang inginkan Tun Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi.

Akhirnya dalam pertemuan kalangan kepimpinan pembangkang, mereka bersetuju untuk Tun menjadi perdana menteri. TETAPII...untuk satu tempoh tertentu sahaja dan dakwa mereka Mahathir akan menyerahkan kerusi PM itu kepada Anwar Ibrahim bila bebas kelak. 

Tuesday, January 23, 2018

Rakyat Terpilih Pemimpin Kaki Lakon


Nasib yang sedang diselubungi oleh kalangan pengundi yang berada di bawah negeri-negeri pimpinan pakatan Selangor dan Penang. Perkara serupa juga berlaku di Kelantan bawah pemerintahan Kelantan. Rata-rata pemimpin yang dipilih hanya sekadar berlakon buat-buat sibuk berkerja dari melaksana dan menampilkan hasilnya.

Bila banyak sangat berlakon, kesudahannya banyak kerja-kerja tertunda bertimbun. Kesudahannya pertolongan yang rakyat harapkan dari pemimpin pakatan tak kunjung tiba. Bila pengundi mula marah dan mempersoalkan kredabiliti pemimpin pakatan. Maka mulalah siri lepas tangan dan mengalihkan isu dengan mencipta isu fitnah terhadap kerajaan BN.

Friday, January 19, 2018

Siapa PM? Harapan Mahu Anwar Atau Mahathir?


Sudah macam-macam gila berlaku dalam pakatan harapan akhir-akhir ini. Dalam kekalutan untuk menentukan kabinet bayangan serta tidak dapat memuktamadkan siapa Perdana Menteri jika pakatan memerintah.

Di kalangan kepimpinan pakatan sendiri tampil dengan pelbagai nama yang mahu dinobat sebagai Perdana Menteri berikutnya. Ada yang mahukan penjenayah peliwat, Anwar Ibrahim sebagai PM. Ada yang mahukan Mat Sabu. Ada pula yang sebut Nurul Izzah. Tapi paling terkini nama Tun Mahathir pula disebut-sebut semula.