Monday, September 30, 2013

Azalina Bukan Pilihan Guan Eng


Dalam sidang media bersama Guang Eng ketika CEC semalam. Beliau telah diminta mengulas lebih lanjut mengenai ucapannya yang mengakui kekuatan Umno terletak pada wanita?  

"Memang tidak dinafikan kekuatan UMNO terletak pada wanita dan kaum ibu. Shahrizat kuat sampaikan Azalina pun tak berani lawan!" katanya.

Capaian Maklumat Lebih Mudah Dengan MySPAD


Transisi teknologi yang begitu pesat menjadikan telefon bimbit yang dulunya sebesar bateri kereta. Terus berevolusi menjadi sebuah gajet nano pelbagai fungsi yang tidak terhad kepada komunikasi semata-mata. 

Sebut sahaja apa yang anda mahu, ambil gambar, hantar email, melayari internet, storan data, sistem gps, permainan video, transaksi perbankan, merakam video atau suara, e-book, diari, saham dan macam-macam lagi dapat dilakukan dengan hanya sebuah alat tergenggam di tapak tangan anda.

PAU13: Calon Ketua Wanita Dicabar & Tercabar


Nombor-nombor calon Pemilihan Agung UMNO dah dimuktamadkan! Bermulalah sesi jualan nombor yang jelas kelihatan berlegar-legar di dalam facebook, twitter dan blog-blog. Rata-ratanya mempunyai pandangan masing-masing mengapa calon ini perlu dipilih dan mengapa pula ada yang wajib disisih. 

Pandangan dan pendapat ini pula datang dari pelbagai latar belakang sama ada suara dari dalam parti, pro parti, atas pagar atau mereka yang tak ambil port tentang politik tetapi mempunyai idea bernas yang boleh dijadikan tips ketika membuat pilihan.

Serang Menyerang Kempen PAU!


PAU dah dekat! PAU dah dekat! Macam-macam kejutan dan game perisik lihat sepanjang proses beberapa minggu pendaftaran calon Pemilihan Agong UMNO (PAU) ni. Kalau kisah penamaan dijadikan filem, memang seronok layan sambil makan jajan. Tak pun pekena kopi-o, disulami cekodok dan leko. 

Ada saajaaa yang berlaku! Ada yang bersikap terbuka, ada  yang bersikap tertutup. Ada yang tarik diri, ada pula yang daftar mengejut. Ada yang tak muncul, tiba-tiba boleh terpacul. Ada itu, ada ini. Konpem enjoy..lebih enjoy dari layar Malavita.

Tarik Lesen Bas & Lori Pelesit


Peringatan buat pemandu bas dan lori yang kaki rempit! Tindakan tegas akan diambil jika anda didapati gagal mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. 

Lesen Ditarik! Amacam ada berani! Sia-sia hilang punca pendapatan. Jadi janganlah buat pasal.

Sunday, September 29, 2013

Pekeliling Keselamatan Operasi Bas Di Tanah Tinggi


Sebuah pekeliling telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kepada semua pengendali bas bagi menggariskan Kod Amalan Industri (ICOP) keselamatan bas yang beroperasi di tanah tinggi. 

Pekeliling ini dilihat bertepatan, kerana rakyat Malaysia tidak mahu lagi insiden berdarah berulang kembali seperti kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas di KM3.5, Genting Highlands bulan sudah.

Jawatankuasa Ditubuh Siasat Kemalangan Di Genting


Ingatan rakyat Malaysia masih segar akan malapetaka yang berlaku di Genting pada Ogos lepas. Insiden kemalangan melibatkan sebuah bas yang terbabas jatuh ke dalam gaung sekali gus meragut lebih 35 nyawa.

Detik berdarah ini telah mendapat perhatian seluruh negara sehingga ada yang menuduh kerajaan kerana gagal mengatasi kemalangan melibatkan bas. Hakikatnya adakah faktor bencana seperti ini harus diletakkan dibahu kerajaan semata-mata. Sedangkan peraturan, akta, garis panduan dan pelbagai kempen kesedaran telah direalisasikan bagi meminimumkan kadar kemalangan di negara ini. 

Monday, September 23, 2013

BSN Diminta Segerakan Pemohon Pinjaman TEKS1M


Program TEKS1M telah mendapat sambutan menggalakkan dari para pemandu teksi seluruh negara  yang bercita-cita untuk memiliki lesen individu serta proton Exora sebagai teksi. 

Mengapa tidak! Pakej yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ini begitu menarik dengan pelbagai insentif terutamanya geran RM5,000 serta kadar faedah pinjaman bank serendah 2% setahun.

Sunday, September 22, 2013

Pegawai Penguatkuasa SPAD Berintelektual Tinggi


Pekerjaan sebagai penguatkuasa majlis perbandaran atau jabatan kerajaan sering kali di cop sebagai jawatan untuk golongan tangkap muat. Mereka beranggapan bahawa jawatan penguatkuasa ini selalu diisi oleh golongan berpendidikan SRP atau SPM yang sekadar lulus cukup makan.

Akan tetapi peresepsi sebegitu tidak lagi relevan dan ini terbukti benar apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah berjaya membariskan anggota penguatkuasa yang berwibawa dengan kelayakan akademik minimum diploma. Jangan terkejut kerana ada juga di antara unit penguatkuasa ini memiliki ijazah dalam bidang forensik, statisktik dan lain-lain. Hebat! 

Umno: Sial Punya Nombor!


Selesai sudah sesi penamaan calon Pemilihan Agong Umno semalam yang bertempat di PWTC. Pelbagai insiden, spekulasi dan kejutan berlaku di sepanjang proses penamaan belangsung.

Insiden berlaku nampak remeh tetapi sedikit sebanyak telah mencalar kredebiliti Umno dalam menyusun atur proses pendaftaran calon. Ada calon yang datang sendiri, ada yang sekadar menghantar wakilnya. Diantaranya datang dari jauh dan sanggup bersengkang mata seawal 4.30 pagi di hadapan pintu masuk ruang pendaftaran.

Friday, September 20, 2013

Azalina Tarik Diri! Shahrizat Tunai Janji!


Besok tarikh akhir serahan borang pencalonan. Sepanjang minggu sudah  pelbagai insiden dan drama menarik berlaku terutamanya di dalam pergerakan wanita.

Sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman Said telah bersiap sedia untuk bertanding ke jawatan Ketua Wanita bagi mencabar penyandangnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Tidak lama selepas itu beliau bertindak menarik diri dan mengambul keputusan bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi.

Tuesday, September 10, 2013

Pertahan Kalimah Allah: Sekitar Luar Istana Kehakiman Putrajaya


Kemaskini- Umat Islam daripada pelbagai latar belakang politik dan NGO bersatu dalam mempertahankan Kalimah Allah. Pada 22 Ogos lalu mahkamah mengenepikan tuntutan pihak kristian yang mahu membatalkan rayuan pihak kerajaan. Hari ini prosiding rayuan bermula dan berikut adalah gambar-gambar dari Istana Kehakiman. 

Monday, September 9, 2013

SPAD Diserang 30 Lori 'Hantu'


Hantu pun ada lesen bawa lori! Memang begitulah keadaannya di Malaysia apabila sekumpulan pemandu lori yang berperangai HANTU mengepung pegawai petugas dan kederaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Gebeng, Pahang baru-baru ini.

Pegawai SPAD yang melakukan operasi bersepadu bersama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 4 Sept lalu. Tiba-tiba didatangi oleh 30 buah lori dengan lagak samseng yang dipercayai tidak berpuas hati tentang isu 'berat dan muatan' (BDM) dan isu paras lori.

Friday, September 6, 2013

Sejauh Mana Tulennya Sokongan Terhadap Shahrizat?


Calon-calon yang bakal bertanding merebut jawatan-jawatan dalam parti sudah mula panjang langkah melancarkan strategi bagi meraih sokongan para perwakilan yang seramai 150 ribu.

Masing-masing tahu mereka bakal melalui laluan sukar dalam pemilihan kali ini kerana perlu berkempen menonjolkan diri kepada beratus ribu perwakilan yang mengundi nanti. 

Dong Zong Terus Pertahan Pendidikan Rasis!!


Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara secara keseluruhan tanpa mengira kaum. Puak Dong Zong masih kekal dengan belangnya membantah laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Belum pernah lagi Dong Zong bersetuju dengan aspirasi pendidikan kebangsaan yang diketengahkan kerajaan. Tak sudah-sudah bersikap mementingkan diri sendiri dengan mempermainkan sentimen perkauman dengan isu pendidikan cina.

Jangan Memandai Naikkan Tambang Teksi-Bas


Bila harga minyak naik, pelbagai pihak melihatnya sebagai batu loncatan untuk dijadikan alasan klise menaikkan harga produk atau perkhidmatan. 

Perkara ini pun sudah mula kedengaran dalam industri perkhidmatan pengangkutan awam, di mana para pengendali bas dan teksi punya perancangan untuk menaikkan tambang bagi perkhidmatan disediakan.

Thursday, September 5, 2013

Kesilapan WANITA atau seorang wanita


Bahang Pemilihan Agung UMNO semakin terasa. Kalau dulu bakal calon perlu meyakinkan 2,500 perwakilan supaya terpilih ke jawatan parti. Namun setelah sistem kuota dihapuskan, ia membolehkan sejumlah besar 150,000 perwakilan diberi MANDAT untuk menentukan barisan pemimpin mereka.

Ia bertepatan dengan langkah transformasi yang dilaung-laungkan bagi menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik, terbuka dan inklusif.  Dengan format baru kali ini, bakal calon perlulah mempunyai bukti dan track record yang bagus kerana beribu-ribu perwakilan ini sudah pasti memerhati lama calon-calon sejak dari awal lagi.