Perkara ini berat, kerana polis juga sahkan dua orang yang ditangkap sedang mengedarkan rakaman video ini dari rumah ke rumah adalah Ahli AMK. Ramai orang PAS mula bingung mengapa rakan parti menjadi gunting dalam lipatan? Apa sudah jadi?
Sejak akhir-akhir ini, ahli akar umbi PAS semakin keliru segala tindakbalas ditunjukkan Majlis Syura dalam menilai serta menjatuhkan hukum pada sesuatu isu.
Antaranya, isu Kalimah Allah yang bertitik mula dari pakatan sendiri. Di mana pemimpin parti DAP bertegas mahu kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. Apa yang memeranjatkan keputusan DAP ini pula turut DISOKONG PKR.
Bila mendapat tekanan dalaman, barulah Majlis Syura bermusyawarah dan akhirnya melakukan u-turn saat akhir, melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Malangnya rakan parti tidak berganjak dengan keputusan mahu bukan Islam menggunakan Kalimah Allah. Malahan PKR telah mendesak PAS supaya menarik balik keputusan u-turn itu! Hairannya mereka tidak pula menjatuhkan hukum ke atas sikap rakan sebumbung mereka ini! Kalau BN yang buat, pelbagai hukum-hakam kita akan dengar?!
Hujahan begini menimbulkan lagi tanda tanya kalangan ahli PAS. BUKTI macam mana yang Majlis Syura maksudkan? Bukankah video rakaman juga merupakan bahan bukti yang HARUS diambil kira untuk dinilai? Bukankah bukti seperti ini sebaiknya di siasat dengan teliti sebelum keputusan dikeluarkan. Bukan main tibai!
Kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Zawawi mengenai isu video mirip SUA ini seperti cubaan untuk menidakkan sebarang usaha mencari kebenaran walaupun mendapat desakan ahli akar umbi:
Tegas beliau, kaedah siaran rakaman video seks di laman blog mengaibkan pemimpin tersebut selain bercanggah dengan syarak.
"Cara ia disiarkan adalah cara yang bercanggah dengan syarak dan seharusnya tidak dipercayai kerana tidak tahu hujung pangkalnya"
"..dan pada zaman sains dan teknologi ini, macam-macam boleh dibuat dan dilakukan"Sebelum ini, bila ada sahaja pertikaian atau keraguan dalam sesuatu isu mengaitkan BN. Mereka begitu MENDESAK kerajaan supaya siasatan lanjut atau Suruhanjaya Siasatan Di Raja dibentuk.
Berdasarkan respon mereka sebelum ini, kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan rakaman video sekarang ini sepatutnya lebih menjurus kepada perlunya siasatan lanjut oleh pimpinan PAS. Bukan menutup begitu sahaja?!
Sebab itu ahli PAS cakap mereka keliru dan pening dengan pimpinan Majlis Syura.
Macam mana sebelum ini pemimpin mereka kata mendedahkan peribadi WAJIB. Tiba-tiba sekarang kata SALAH/ TAK BOLEH??
Adakah hukumnya WAJIB kerana mendedahkan peribadi BN. Tapi bila kena batang hidung mereka diubah hukumnya menjadi TIDAK WAJIB!! Sebab itu Umat Islam negara ini mengatakan bahawa mereka membawa hukum PAS bukan Hukum Islam!
"DI MANA DALAM AMANAH MEMILIH PEMIMPIN KITA WAJIB MENDEDAH PERIBADI ORANG YANG HENDAK DIPILIH ITU, ADAKAH IA SEORANG YANG BENAR-BENAR ADIL, TIDAK FASIK DAN TIDAK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENJATUHKAN MARUAH." - Hadi AwangSekarang wajah mirip peribadi SUA PAS terdedah! Kalau siasatan atau suruhanjaya siasatan PAS melalui pakar yang diiktiraf MENGESAHKAN bahawa video itu adalah ubah suai digital. Maka terbukti video itu satu fitnah jahat terhadap SUA mereka. Selesai masalah!
Tapi bagaimana pula jika perkara tersebut terbukti benar? Adakah SUA masih relevan dikekalkan menerajui kedudukan tertinggi dalam parti?
Mungkin PAS takut untuk menerima kebenaran jika keputusan siasatan terbukti benar? Sebab itu mereka sengaja timbulkan pelbagai spekulasi dan alasan untuk mengelirukan rakyat dan ahli PAS khususnya.
No comments:
Post a Comment