"Look who's talking"..itu kata orang-orang lama PAS. Ramai kalangan ahli PAS gelak besar kerana mungkin Mat Sabu mendapat ilham untuk berucap dengan topik tersebut setelah melihat wajah Mat Taib di situ.
Ya lah, mana mungkin rakyat melupakan peristiwa 16 Disember 1996, di mana mantan MB tu ditangkap di Austrilia bersama tunai sebanyak RM2.4 juta. Kisah yang akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Mat Taib pada April 1997.
Kalau pimpinan PAS rasa ini je satu-satunya kes Mat Taib. Memang silaplah! Sebab seperti perisik nyatakan, Mat Taib terpalit dengan seribu satu peristiwa hitam! Ini baru satu, lagi seribu belum keluar lagi! Otai PAS pun tahu tahap kenakalan beliau.
Tapi jangan di ikutkan marah. Kita tengok dulu sejauh mana Mat Taib berani melangkah!
Perisik: Mat Tyson mungkin akan turun ke Pendang, Kedah untuk membantu rakan barunya Mat Sabu berkempen di sana. Jangan kena BOoOo sudah!
No comments:
Post a Comment