Friday, April 12, 2013

Mat Murka Gagal Kes Saman Fitnah Terhadap TV3



Bekas MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini gagal dalam kes saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berhubung isu nombor pendaftaran WWW1 milik Sultan Johor.

Sebelum ni beliau mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah melalui twitter yang mempolitikkan pembelian no plat WWW1 bernilai RM520ribu oleh Sultan.


Kenyataan liar beliau telah menimbulkan pelbagai spekulasi buruk terhadap institusi istana Johor sehingga ada yang menuduh duit rakyat digunakan dalam pembelian tersebut. 

Liputan meluas di media sosial, akhbar dan telivisien tetang kebiadapan Nizar ini membuatkan beliau panas punggung dan bertindak menyaman TV3.  

Setelah perbicaraan, akhirnya keputusan Hakim Datin Yeoh Wee Siam menolak saman terhadap TV3 dan Produser Buletin Utama, Rohani Ngah dengan alasan pihak defendan berjaya membuktikan pembelaannya berdasarkan ulasan saksama terhadap perkara yang menyentuh kepentingan awam.

Pihak mahkamah akan mengkaji bayaran yang perlu dibayar Nizar Jamaluddin kepada Defendan dan kos-kos lain yang difikirkan munasabah.

Mat Murka ni memang huru-hara sejak awal jadi MB sementara di Perak. Nama beliau sudah terpahat sebagai manusia biadap terhadap Sultan dan rakyat negeri Perak dan Johor. Sekarang daulat ko terima.

Mat Murka Kena Makan Asap Kete Sultan


No comments:

Post a Comment