Tidak kurang juga yang tampil memberikan nasihat panjang berjela di ruang komen. Kalau kita himpunkan semua komen tersebut boleh jadi sebuah buku.
Tapi nasihat panjang berjela mereka ini, tidak pula disampaikan kepada si perlaku tak senonoh itu. Apakah si pelaku itu lebih mulia sehingga tidak perlu menerima sebarang teguran/nasihat?
Mereka tidak henti-henti mempertikaikan tindakan blogger mendedahkan visual aksi ghairah. Tapi mereka tidak pula mempertikaikan atau berfikir untuk menyiasat si pelaku yang melakukan aksi ghairah itu.
Tidak pula mereka mahu mendesak satu suruhanjaya siasatan dibentuk bagi menyiasat sejauh mana kebenaran video tersebut.
Kerana selama ini, bila ada sahaja keraguan dalam sesuatu isu terus sahaja mendesak suruhanjaya siasatan di Raja dibentuk. Namun tidak pula dalam hal sebegini.
Paling tidak pun menyuruh pimpinan parti mereka melakukan siasatan dalaman. Kerana ini soal membersihkan imej parti dan mengembalikan kepercayaan ahli-ahli akar umbi.
Kerana sudah tentu seluruh ahli akar umbi dan penyokong tegar PAKATAN tidak mahu memiliki pemimpin yang disahkan tidak bermoral sebagai pemimpin mereka atau Perdana Menteri.
Malangnya semua pemimpin parti PAS terus sahaja membuta-tuli mengikut rentak rakan DAP-PKR dengan menjatuhkan hukum bahawa ini adalah konspirasi UMNO. Adakah ini satu langkah tuntutan Islam? Atau kepentingan Politik peribadi!?
Bukankah sebagai Islam kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum. Bukankah langkah terbaik kepada sesuatu keraguan seperti ini adalah dengan melakukan siasatan terperinci serta meneliti bukti-bukti.
Lawaknya boleh pula timbul suara sumbang Hadi Awang mengatakan video tersebut adalah bukti yang tidak sah kerana ianya BESI. Tidak semena-mena ahli politik boleh muncul lagak CSI dalam menjatuhkan hukum. Hukum yang dibuat tanpa merujuk kepada Majlis Syura dukungan mereka.
Sebab itu jangan terburu-buru menjatuhkan hukum. Kerana kita perlu ambil kira banyak faktor, antaranya cuba kita perhati reaksi Anwar terhadap kenyataan Datuk Eskay yang menyebut secara terbuka bahawa beliau adalah pelaku tidak senonoh dalam video China-doll itu. Siap sumpah lakhnat dan keluar televisien lagi. Tapi tidak pula disaman.
Bila blogger seperti papagomo mendedahkan pula, laju sahaja disaman!
Dua situasi ini membuatkan ahli akar umbi dan rakyat terfikir apa membuatkan Anwar berani menyaman papagomo yang mendedahkan video aksi bersama lelaki DENGAN Datuk Eskay yang dedahkan video aksi bersama pelacur cina.
Adakah Anwar secara tidak langsung mengaku bahawa aksi bersama lelaki itu palsu, manakala aksi bersama pelacur cina itu adalah BENAR. Kalau tidak takkan beliau takut mengambil tindakan serupa terhadap Datuk Eskay.
No comments:
Post a Comment