Saturday, August 31, 2013

ERL dari Putrajaya ke KL Sentral, cepat, mudah dan selesa


Memang mudah! Sebelum ini perisik sudah cuba pelbagai perkhidmatan awam lain seperti Transit Aliran Ringan (LRT) STAR, PUTRA dan juga perkhidmatan bas percuma GoKL untuk sampai ke destinasi sekitar Lembah Klang. 

Kali ini perisik mencari peluang pula untuk mencuba perkhidmatan Express Rail Link (ERL) yang mana menghubungkan diantara KLSentral dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Bila sudah bosan memandu dalam kesesakan awal pagi, maka perkhidmatan begini memang tepat menjadi pilihan alternatif untuk ke KL. Perisik difahamkan ERL ni ada di Putrajaya dan Salak Tinggi. Memikirkan senang nak mencari, ERL Putrajaya jadi pilihan. 

Setibanya di sana, perisik letakkan kenderaan di kawasan parkir berbumbung yang merupakan bangunan sebesar padang bola dengan ketinggian 3 tingkat. Kadar parkir cuma RM4 sekali masuk untuk 24jam. Penambahan RM4 untuk 24jam berikutnya. Memang murah giler!



Kali pertama jejak ke Putrajaya Sentral agak kagum dengan kemudahan yang tersedia teratur dan bersih. Lengkap dengan restoran, kaunter tiket bas ekspres (ke Utara, Pantai Timur dan beberapa bandar di Selatan) dan mesin ATM. Siap kerusi urut pun ada!
 

Sampai di kaunter tiket ERL, perisik disapa penjual tiket dengan ramah dan murah dengan senyuman. Perisik diberitahu, untuk ke KL kena turun di stesen KLSentral dan caj tambangnya adalah RM9.50 sehala atau RM19 untuk dua hala. Kira oklah, jadi sebat tiket dua hala tu.



Kalau dihitung memandu sendiri ke KL kadar tol pergi balik, petrol, parking, gedebak gedebuk pun dah lebih RM50. Tu belum lagi kira masa yang terbuang dek tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Jadi kira berbaloi jugalah kos yang dikeluarkan. 

Lepas beli tiket, sambung melihat poster-poster di sekitar kaunter. Banyak maklumat dapat di situ. Antaranya, jika yang mahu ke LCCT pengguna boleh turun di Salak Tinggi di mana feeder bas ke lapangan terbang tambang murah itu disediakan. 



Terlihat pula jadual tambang ERL dari Putrajaya Sentral ke KLIA cuma RM6.20! Tepuk dahi dibuatnya, sebab selama ini perisik naik teksi ke KLIA kena bayar dalam RM80 dan kalau parking kereta di situ dalam RM50 sehari rasanya.

Puas membaca, terus ke dek menunggu, tren ERL pun tiba tepat 8 pagi. Walaupun terpaksa berdiri, tak terasa penat sebab tren itu bersih dan air-con begitu nyaman. Rupa-rupanya ia berhenti di Bandar Tasik Selatan sebelum terus ke KL Sentral yang memakan masa cuma 30 minit! Wow! Kalau memandu tadi sejam lebih baru sampai.

Pengalaman naik ERL dari Putrajaya ke KL Sentral mengingatkan kita betapa beruntungnya rakyat Malaysia mempunyai kemudahan seperti ini. Untuk ini setinggi-tinggi terima kasih kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang sentiasa berusaha memastikan rakyat Malaysia mendapat kemudahan pengangkutan awam yang cepat, mudah dan selesa seperti ERL, LRT dan GoKL.

Untuk makluman, perkhidmatan ERL ini bukan untuk mengambil dan menurunkan penumpang di dua lokasi KLSentral dan KLIA sahaja. Kerana sepanjang laluan ERL ini turut tersedia beberapa stesen henti-henti yang lain untuk kemudahan penduduk sekitar. 

Terdapat dua jenis kategori perkhidmatan disediakan untuk ERL ini iaitu Ekspres dan Transit. Di sini, kategori Ekspres akan membawa pengguna dari KL Sentral terus ke KLIA tanpa henti. Kadar yang dikenakan pula diantara RM15 hingga RM70. 

Manakala kategori Transit pula menyediakan perkhidmatan henti-henti di beberapa stesen seperti di Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya dan Salak Tinggi. Kadar pula berbeza mengikut lokasi. Maklumat terperinci bolehlah rujuk DI SINI.



40 comments:

  1. yes, jumpa pun info yang i nak...tq ye....

    ReplyDelete
  2. Tq di ats info. =)

    ReplyDelete
  3. Tq for the info..need it ������

    ReplyDelete
  4. Ada tak ERL Dari bandar tasik selatan ke klia 2??

    ReplyDelete
  5. Perghh!! Entry terbaik!! Dah dpt idea nk travel from kl sentral to klia2, direct train mahal, so kna transit kat putrajaya sentral duluu murahh!! Hehee, thanks perisik, :)

    ReplyDelete
  6. perkhidmatan ERL kini terus ke KLIA2.

    ReplyDelete
  7. salam PR. Putrajaya sentral tu open 24 jam ke? kalau sy masuk parking jam 3.30am bukak tak. nak naik flight jam 6.30am klia2. ada ke ERL time jam 3 lebih tu .. minta maklumat

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh naik ERL kat putrajaya jam 4:51am atau 5:21am

      http://www.kliaekspres.com/wp-content/uploads/2013/01/New-KLIA-Transit-Peak-Timetable-Update-160714.pdf

      Delete
  8. Wsalam ask adi,
    tempat parkir memang dibuka 24jam. Tapi tren ERL paling awal jam 5pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat tak nak naik tiket flight pukul 6.35am?

      Delete
  9. train plg awal ke klia2 pkl 4.50am

    ReplyDelete
  10. kalau ikut info terbaru, parking sehari cuma RM4

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Ajay.. Saya akan kemaskini artikel ini

      Delete
    2. Kalau dari putrajaya ke kl sentral paling awal jam berapa ye?

      Delete
    3. Kalau dari putrajaya ke kl sentral jam berapa paling awal ye?

      Delete
  11. Ialah ERL tu berhenti diberapa setation ja .......Tak macam LRT......lain kali kalau nak promote gunalah akal dan buat perbandingan antara apple and apple.Yang sebenarnya ERL tu lebih mahal jika dibandingkan dengan perhidmatan yang sama dinegara lain .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin nak beritahu kpd org2 yg nak pergi dilaluan ERL tu mereka ada option untk guna ERL instead naik keta sendiri.Itu tujuan admin.Kalau bawa kereta sendiri kosnya lebih mahal dan buang masa.Sekurang2nya Admin membantu kami untk kongsi maklumat.Awk cuma tahu kondem org shj.Buatlah baik walau sebesar zarah pun,insha Allah,Allah akn membalasnya bila kita pula memerlukan bantuan satu hari nanti....Kepada admin,teruskan niat suci anda.Kee it up!

      Delete
  12. Hi Perisik. I like you article very much. Thank you for sharing the information.

    ReplyDelete
  13. Salam tuan,
    kalau nak pergi ke pejabat kerajaan di putrajaya, lepas turun di station putrajaya kena naik bus no. apa ya..atau teksi mudah ke di sana? tq

    ReplyDelete
  14. Salam perisik,nak tau waktu erl dari putrajaya ke klia2 jam berapa?? Tq..

    ReplyDelete
  15. perjalanan dari putrajaya ke KLIA2 berapa lama ye? fly saya pukul 7 pagi.. sempat tak

    ReplyDelete
  16. Yes.. Akhirnya dh jumpa jalan penyelesaiannya.. Tq perisik rimba..

    ReplyDelete
  17. parking hanya untuk kerete je ke? motor punya ada x?

    ReplyDelete
  18. Tq info yg berguna..mmg mencari harga parking & erl dr putrajaya ke KLIA2

    ReplyDelete
  19. Tq....info yg sgt jelas & mudah faham, hilang nebes. I penakut skit nak nek public transport. Jakun! Hahaha

    ReplyDelete
  20. Gelenggang KLIA Transit House menyediakan Penginapan & Parking Transit pada harga yang berpatutan. Harga Transit Parking hanyalah RM20.00 sehari termasuk hantar/ambik di Airport. T&C Apply.

    Kalau rumah jauh sangat boleh la bermalam di Homestay kami dulu esok kami hantar. Buat masa sekarang parking terhad 10 biji kereta dan boleh booking online. Sila layari www.gelenggang.com untuk keterangan lanjut atau whats apps kami 012 303 6203.

    ReplyDelete
  21. tq.. info yg bermanfaat terutama bg yg ssekali mggunakan prkhidmatan awam

    ReplyDelete
  22. Saya dari johor dan nak ke picc putrajaya. Klu dari tbs mcm mana ya. Blh jelaskan mcm mana x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari tbs..naik erl ke putrajaya(tambang 5.30)..sampai di putrajaya..naik bas klu xsilap nombor L08 (tambang 50sen)..klu nk lg cpt sampai kat picc naik teksi..xsampai rm10

      Delete
  23. wawww.. info yg sangat berguna... terima. kasih

    ReplyDelete
  24. I nk tanya. I dr kl kg baru. Then nk ke purajaya. Hospital putrajaya. How lah? I still confusedd. Plsss help meee

    ReplyDelete
  25. I nk tanya. I dr kl kg baru. Then nk ke purajaya. Hospital putrajaya. How lah? I still confusedd. Plsss help meee

    ReplyDelete