Wee Ka Siong yang merupakan penyandang ahli parlimen Air Hitam merungkaikan strategi PAS ini bertujuan untuk memecah pengundi Cina yang selama ini menyokong MCA.
Tapi perisik melihat pembangkang mempunyai rancangan lebih jauh dan lebih licik daripada itu.
Keputusan Kit Siang untuk melompat bertanding dari Ipoh Timur ke Gelang Patah adalah muslihat yang harus diawasi. Percaturan DAP ini punya niat tersembunyi untuk berada hampir dengan Singapura yang diperintah oleh parti PAP. Rasanya ramai sudah tahu kaitan DAP yang merupakan parti serpihan PAP selepas Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 1965.
Terdapat laporan menyebutkan beberapa individu dan kumpulan berpengaruh di Singapura telah memberi bantuan kepada parti pembangkang dalam beberapa gerakan provokasi seperti Lynas dan Rapid. Ini terbukti apabila tiga diplomat negara jiran dikesan menyertai perhimpunan kelolaan pembangkang.
Peringkat seterusnya mereka ingin membantu DAP untuk mencari tempat lebih dekat dengan Singapura bagi mewujudkan pintu laluan masuk untuk menyalurkan dana atau maklumat strategi kepada pembangkang. Perkara ini dipercayai sudah dirancang lama sebab rekod menunjukkan Lim Guan Eng sudah berpuluh kali naik turun ke Singapura.
Dikuatkan lagi dengan pendedahan Bekas aktivis Operatif Melayu-DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman yang sudah banyak kali mengikuti rombongan bersama Guan Eng ke Singapura. Mereka akan pergi hari Sabtu petang dan pulang pada Ahad petang.
Mohamad Razali Abdul Rahman |
Pendedahan yang lebih memeranjatkan, dalam perjumpaan tersebut, pihak ISRAEL telah bersetuju memberi dana sebanyak USD300 juta atau RM900 juta untuk menghadapi PRU13. Jelaslah ia merupakan satu konspirasi jahat antara Pembangkang-Israel-Singapura. Perancangan ini sudah dilakukan beberapa tahun lebih awal!
Soalnya adakah sekadar duit disalurkan! Perisik percaya puak DAP dan pembangkang sudah membawa masuk PELAN OPERASI hasil tunjuk ajar Israel.
Selepas perancangan diatur, Kit Siang tiba-tiba putuskan untuk masuk berentap di Gelang Patah, Johor yang merupakan kubu kuat BN. Beliau sendiri memberitahu media bahawa tiada harapan untuk menang di Gelang Patah?! AWAS!! Jangan tertipu dengan kata sinis beliau.
Seperti perisik nyatakan ada muslihat di sebalik kenyataan ini. Muslihat untuk melekakan jentera BN Johor. Muslihat untuk mengaburi pengundi-pengundi seluruh Malaysia amnya. Kerana Singapura ketika ini sudah memulakan langkah bantuan dengan berkempen bagi pihak DAP di sana. Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong turut mengakui rancangan jahat ini.
Tapi sebelum itu, langkah damage control perlu diambil DAP dalam isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) seperti penipuan proses pengundian, manipulasi undi dan perwakilan haram! Proses pemilihan yang mencurigakan ini telah mendapat tentangan hebat dari dalaman parti sendiri sehingga membawa kepada siasatan Pertubuhan Pendaftar (ROS). Kerana isu ini memungkinkan pertubuhan DAP terbatal!
Mengaku Silap Tapi Tiada Pembetulan Dilakukan |
No comments:
Post a Comment