Wednesday, April 10, 2013

Nik Aziz Dihalang Bertanding PRU13?


Tercungap-cungap ahli-ahli PAS mengurut dada membaca kenyataan Nik Aziz beberapa hari ini. 3 April lalu, Nik Aziz buat giler lagak tuhan menjatuhkan hukum solat orang UMNO tidak mendapat pahala!? 

Boleh pula orang-orang PAS ni ikut angguk saja apa yang diucapkan pak ajis. Sebab bagi mereka, insan "zuhud" ini adalah pewaris nabi. Soalnya adakah ini ajaran yang Nabi wariskan?

Walhal mereka ni tahu apa yang pak ajis cakap ni salah. Tapi mereka buat bodoh menurut sahaja kata-katanya walaupun ianya jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Belum lagi kebah dari isu solat tadi, Pak ajis buat hal lagi dengan menuduh "UMNO bina masjid bukan sebab Islam tapi nak jadi kontraktor". Tidak cukup ditambah pula "program-program berkaitan Islam dilakukan UMNO tidak mendapat pahala..".

"DIA BUAT HAL LAGI" kata warga PAS. 

Sekali lagi pak ajis lagak tuhan memperlekehkan usaha kerajaan BN yang menyediakan prasarana Masjid di negeri mereka. Sedangkan mereka tahu, bahawa pembinaan Masjid ini adalah untuk rakyat setempat yang semakin bertambah di Kelantan. Jangan pak ajis buat-buat bodoh? 

Dalam negara majoriti Islam kalau dah namanya bina masjid mestilah untuk Islam. Tak pernah pula kita dengar di Malaysia ni bina masjid untuk agama lain. Tak tahulah ajaran mana pak ajis ikut. 

Lagi satu, dah nama nak BINA masjid, mestilah kita panggil kontraktor. Takkan panggil tukang masak, drebar lori, penjual ais krim, china-doll atau tukang urut pula. 

Udah-udahlah pak ajis, pusing ikut mana pun beliau tidak dapat lari dari fakta apabila pimpinan PAS sendiri mengakui, bahawa kerajaan parti bulan itu hanya membina tiga buah masjid sepanjang lebih 21 tahun memerintah dan selebihnya dibina oleh kerajaan pusat.



Pendedahan ini membuatkan kerajaan PAS kelam kabut memikirkan helah untuk lepaskan diri. Maka timbulah kenyataan tak masuk akal iaitu "kerajaan negeri hanya membina masjid sekiranya penduduk menyediakan tapak membinanya terlebih dahulu". 

Memang tak masuk akal! Bukankah penyediaan tapak membina masjid sepatutnya lebih mudah bila diuruskan kerajaan negeri, kerana kelulusan projek atau tanah adalah di bawah mereka. 

Buktinya mereka sudah pun meluluskan tanah seluas 4,210 hektar bernilai RM30 juta kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd milik dua bersaudara dari DAP, Koo Ham dan Kor Ming!! Bagaimana pula boleh ada halangan untuk menyediakan tapak masjid seluas kurang dari 4 hektar? 



Di sudut lain, bagaimana perancang perumahan kerajaan negeri boleh terlupa menyediakan perkara asas iaitu tapak masjid untuk kegunaan penduduk sebelum membuka kawasan perumahan. Takkan pihak kerajaan negeri sengaja buat tak tahu dan melambat-lambatkan usaha membina masjid untuk rakyat Kelantan?

Bila dah terkantoi, pimpinan PAS tampil pula dengan ayat cover line terbaru iaitu "keIslaman tidak diukur dengan jumlah masjid"!? What ever lah pak ajis. Janji tak ukur ikut panjang janggut lu udahlah.

Musykilnya mereka tidak pula menghalang pembinaan tokong yang lebih banyak dari masjid. Ini yang berlaku di negeri yang mempunyai penduduk yang lebih 90% beragama Islam. BACA SINI

Jentera PAS sebenarnya bimbang dengan perkembangan ini. Fatwa ikut suka pak ajis ini telah membuatkan ramai penyokong PAS menasihatkan beliau berehat dari bertanding pada PRU13. Bersara sajalah!

Sebab makin lama dibiarkan, makin menjadi-jadi perangai pak ajis. Inilah akibatnya, terlalu taksub memburuk-burukkan kerajaan BN akhirnya lebih banyak keburukan sendiri yang terdedah.


Rakyat Bangkit Menolak kesesatan PAS!


1 comment:

  1. Ni lah yang susahnya. Dulu suruh DM bersara kerana dah tua. Kalau DM bersara, dia akan ikut bersara. Tapi rupanya Pok Nik mungkir janji. Tak nok bersara. Nok juga pegang jawatan sampai mati. Mati tak juga tapi nyanyok sakan dah gerenti dah. Makin lama makin kuat lah nyanyoknya nanti.

    ReplyDelete