Setelah karier politiknya semakin suram dari tahun ke tahun, beliau nampaknya cuba untuk membina platform serta pengaruh baru di dalam UMNO. Tapi gagal kerana kurang sambutan di kalangan akar umbi ditambah pula dengan latar belakang yang terpalit seribu satu peristiwa hitam.
Namun dalam marah ahli akar umbi, mereka masih menahan diri dari menyerang kredabiliti Taib melainkan kalau terpaksa. Pimpinan PAS kata, lepas ni akan keluar video Mat Taib pula. Mereka nyata silap membuat andaian kerana tidak perlu video lucah persis Stopa Ali atau rakaman suara lucah Mat Sabu untuk menyedarkan Mat Taib.
Sejurus selepas pengumuman masuk PAS, satu ceramah telah diadakan malam semalam bertempat di Dataran Shah Alam bagi memperkenalkan serta mendengar ucapan sulong Mantan MB Selangor itu.
Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah, calon DUN Pulai (Johor), Salahuddin Ayub, calon DUN Batu Tiga (Selangor), calon Parlimen Shah Alam (Selangor), Khalid Samad, calon Parlimen Pendang (Kedah), Muhammad Sabu dan lain-lain lagi.
Seperti kebiasaan ceramah pimpinan pembangkang diselitkan dengan dakyah-dakyah tidak ubah seperti sembang-sembang kosong kedai kopi. Semua isu yang ditimbulkan pula sudah dijawab oleh kerajaan dan majoriti daripada isi ceramah ternyata fitnah yang sengaja diada-adakan bagi membutakan mata para hadirin dari melihat kebenaran.
Memang ketara pembangkang kini ketandusan idea. Tiada pilihan agaknya, dikitar semula semua isu lama untuk dijadikan alat kempen kurang dua minggu ini (hingga 5 Mei). Terlalu sedikit untuk mereka ceritakan soal pencapaian di empat negeri! Mereka hanya mampu menyentuh dua perkara sahaja iaitu Air percuma dan Rizab negeri meningkat.
Walhal kakitangan pejabat kerajaan negeri sendiri membongkarkan kelemahan pengurusan air dan angka sebenar Rizab (Selangor). Perkara ini sudah dijelaskan jauh lebih lama tetapi mereka tetap terus mengada-adakan cerita.
Selepas jam menunjukkan hampir pukul 11.15 mlm barulah Mat Taib dijemput berucap. Kalangan hadirin memang menanti apa yang ingin dikatakan beliau. Para wartawan dari media cetak dan elektronik juga turut ingin tahu. Kerana bila ditanya kepada orang ramai yang hadir, mereka nak dengar apa peluru yang Mat Taib ada bagi menyerang UMNO.
Hingga ke akhir, tiada apa yang menarik diucapkan. Tidak sampai sehari bersama PAS, Mat Taib sudah berjaya diasuh dengan dakyah-dakyah dan sembang kosong kedai kopi. Mungkin Mat Taib tahu kedudukannya, seperti perisik nyatakan beliau sedar akan seribu sejarah hitam beliau dan ianya mampu menjejaskan kredabiliti PAS parti junjungan barunya.
Mat Taib ketika berucap kelihatan teragak-agak dan berhati-hati mengeluarkan butir-butir perkataannya. Mungkin beliau khuatir akan terlepas cakap agaknya.
Apa-apa pun mulai semalam, mana arah yang dituju semuanya serba tak kena buat beliau. Di kalangan ahli akar umbi PAS sendiri tepuk dahi bila melihat pengumuman kemasukan Mat Taib, tidak kurang juga yang menyuarakan suara tidak puas hati di laman sosial.
Kalangan BN pula sudah menjangkakan awal malah langkah damage control turut di ambil bagi menghalang hajat Mat Taib diteruskan. Tapi apakan daya syarat Mat Taib yang mahu menantunya diletakkan sebagai calon DUN Seri Setia tidak dapat dipenuhi. Malah kelihatan juga cubaan comeback dengan meletakkan sepanduk beliau sebagai calon Parlimen Hulu Selangor, langsung tak menjadi.
Kecewa gamaknya melihat karier politiknya seolah-olah sudah K.O bersama BN. Beliau beralih angin ke belah sana. Tapi beribu-ribu ahli akar umbi PAS langsung tidak memberikan reaksi positif menerima kemasukan beliau. Nampaknya K.O juga di bawah PAS.
No comments:
Post a Comment