Thursday, April 11, 2013

PANAS!! Penipuan Manifesto Pakatan Terbongkar



Terdapat beberapa perkara menarik ditemui setelah di amati berulang kali manifesto Barisan Nasional dan Pembangkang. Di sini perisik ingin buat perbandingan dua manifesto yang telah dibentangkan oleh kedua-dua pihak terutamanya dalam bidang pengangkutan awam.

Berikut adalah Manifesto Barisan Nasional:
  • Mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.
  • Terus memperluaskan sistem rel MRT, LRT dan Komuter.
  • Membina Terminal Bas, Rel dan Teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar.
  • Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.
  • Meningkatkan jumlah permit teksi individu.
  • Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

Apabila kita cross-check manifesto yang diumumkan pembangkang pada 25 Feb lepas,  terdapat pertindihan antara dua. Jadi tak heranlah bila kerajaan mengumumkan manifesto 40 hari kemudian pada 6 April, dituduhnya BN menciplak idea mereka. 

Mari kita lihat pula satu-persatu manifesto pembangkang mengenai pengangkutan awam:
1-Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya.  -> Tak pasti apa yang pakatan cuba ketengahkan, apa yang pasti pihak kerajaan lebih awal telah laksanakan inisiatif ini dengan pendekatan lebih seimbang di mana tidak membebankan pengguna OKU dan juga penyedia perkhidmatan pengangkutan awam. 
Berbanding pendekatan pakatan pula lebih kepada satu arah dimana penyedia perkhidmatan terpaksa menanggung kos perkhidmatan percuma ini. Adakah ini perlaksanaan yang adil?
Jika kita lihat di bawah pemerintahan kerajaan BN, golongan OKU ini terbukti mendapat pembelaan sewajarnya serta manfaat bukan sahaja dalam pengangkutan awam, malah bantuan-bantuan lain seperti perubatan dan kewangan setiap bulan. 
Tapi pakatan dalam manifesto tebalnya, hanya mampu tampil dengan satu sahaja insentif untuk OKU iaitu pengangkutan percuma! Adakah pakatan ikhlas melindungi golongan ini atau sengaja meletakkan "PERCUMA" untuk menipu golongan OKU!
2-Merombak pelan sistem pengangkutan awam Lembah Klang dari berlandaskan sepenuhnya kepada sistem MRT, kepada pelan bersepadu melibatkan MRT dan bas  supaya jaringan dan capaian pengangkutan awam lebih baik dari sekarang. -> Pertindihan di sini, sebab kerajaan melalui SPAD sudah lama melakukan transformasi sistem pengangkutan awam darat dan ini juga melibatkan MRT. Beberapa dasar sudah dibentuk bagi meningkatkan prestasi semua jenis pengangkutan awam bukan sahaja di Lembah Klang tapi di seluruh Malaysia amnya. 
  
Selain itu, beberapa langkah sudah pun di ambil bagi meluaskan jaringan pengangkutan awam di negara ini. Jadi idea pakatan dalam hal ini memang dah lama dipraktikan oleh SPAD. Ini siapa ciplak, siapa ni? 
3-Menilai kembali setiap kontrak yang telah dianugerahkan di dalam pakej MRT mengikut undang-undang sedia ada dan mutakhir, untuk memastikan tidak ada unsur rasuah dan mengawal kos yang bakal ditanggung rakyat. -> Cadangan ini tak boleh pakai, ia hanya sekadar nak penuhkan buku jinggay jer. Mereka nak "menilai kembali"? Ayat kononnya berlaku penyelewengan dalam projek MRT ni. 
 
Sedangkan buat pertama kali, SPRM telah dilibatkan secara langsung dalam memantau proses pemerolehan dan menawar khidmat nasihat sepanjang proses pembinaan projek mega ini. Perjanjian Pakatan Intergriti (IP) dengan pemaju juga telah dimeterai bagi menghalang penyelewengan BACA SINI. Rakyat tak nampak keperluan bahagian ini dimasukkan kedalam manifesto mereka.
4-Pelaburan tambahan RM2 bilion pada tahun pertama untuk menambah bilangan bas dan jajaran laluan bas di Lembah Klang sehingga meningkat satu kali ganda. -> Idea gila! Untuk penambahbaikan perkhidmatan dan laluan bas pada tahun pertama sahaja sudah belanja RM2 bilion! Sedangkan kerajaan melalui SPAD sudah pun melaksanakan penambahbaikan dengan lebih berhemah dan tersusun dengan peruntukan RM400 juta. 
 
Nilai sebesar ini sahaja sudah cukup dan terbukti dapat membantu hampir 120 pengusaha bas sedia ada untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Untuk makluman tahun pertama hanya RM88 juta diperlukan untuk melakukan transformasi fasa pertama. Tapi pakatan, tahun pertama dah telan RM2 bilion duit rakyat. BACA SINI
5-Memulakan langkah ke arah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara. -> Ni memang idea tangkap muat, sebab kebetulan kerajaan BN telah melakukan perbincangan dengan Singapura mengenai pembinaan keretapi laju. Peringkat awal ia menghubungkan KL-Singapore. Laporan berita terawal mengenainya bertarikh 19 Feb DISINI
Kebetulan pula 6 hari selepas itu 25 Feb 2013, pakatan lancarkan manifesto. Nampak sangat mereka main sumbat jer cadangan ni dalam manifesto jinggay. Nak bagi gempak mereka punya keretapi laju hubungkan antara bandar. Atas kertas bolehlah!
Lihat bertapa liciknya mereka dalam merangka manifesto. 

Mereka rupanya membuat manifesto berdasarkan pembangunan semasa yang sedang berlangsung atau dalam perancangan kerajaan BN. 

Soalnya sekarang, mengapa mereka menCIPLAK usaha yang dilakukan kerajaan BN. Sedangkan mereka sebelum ini menentang habis-habisan, malahan cuba menghalang projek transformasi ini. Sekarang mereka muatkan pula ke dalam manifesto jinggay mereka?!

Apa tujuan mereka!? Adakah mereka gunakan taktik seperti di Pulau Pinang dan Selangor selepas menang PRU12?

Ramai sedia maklum banyak projek pembangunan sedang berjalan di dua negeri yang dikuasai BN sebelum PRU12. Antaranya adalah projek perumahan kos rendah. Apabila pembangkang berkuasa, beberapa projek yang dirintiskan oleh kerajaan BN sebelum PRU12, telah siap ketika pembangkang memegang negeri tersebut. 
Kesempatan ini direbut Pakatan Haram dengan mengukir nama diatas hasil usaha orang lain. Riuh mencanangkan kepada rakyat kononnya pakatan telah membawa pembangunan kepada negeri. Inilah yang orang kata Rafizi lembu punya susu, sapi dapat nama!

Jelaslah secara keseluruhannya, manifesto pakatan telah direka sedemikian rupa dengan licik bagi melakukan penipuan secara halus. 

Tolak Pakatan Pembangkang


1 comment:

  1. Cuba dapatkan infor dari tulisan saya ini dalam,"MRT : Selesaikah masalah pengangkutan awam di lembah Kelang ?".

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/mrt-selesaikah-masalah-pengangkutan.html

    ReplyDelete