Thursday, January 29, 2015

Sistem Teksi Berkupon Kini Di Larkin Sentral


Teksi di Larkin Sentral, Johor kini telah mula mengadaptasikan sistem berkupon bagi membanteras kegiatan 'ulat teksi' yang dikesan semakin berleluasa. Banyak aduan mengenai penipuan ulat teksi diterima dan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan pengguna.

Inisiatif perlaksanaan sistem berkupon telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid. Ketika ini sistem ini dikendalikan oleh Koperasi Pemandu Teksi Wilayah Iskandar (KASTURI) dan beroperasi 24 jam sehari dengan surcaj RM2.

Tiong Lai: MCA Tampil Bakat Kepimpinan Muda Hadapi PRU14


Transformasi parti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agong UMNO (PAU) lepas turut disahut oleh rakan komponennya iaitu MCA. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah pun menggerakkan beberapa pelan yang dilihat selari dalam perjuangan BN.

Pada PAU November 2015, Najib telah menegaskan kepetingan untuk meremajakan parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang. Kali ini MCA sedang dalam proses mencungkil bakat kepimpinan baharu untuk diketengahkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti.

Tiong Lai: Tak Perlu Dua Ujian Dapatkan Lesen Memandu!


Berkuatkuasa serta merta! Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengumumkan pemansuhan sistem dua ujian undang-undang berasingan yang perlu diduduki calon untuk mendapatkan lesen kenderaan kategori motorsikal dan kereta.

"Ketika ini, mereka yang ingin mengambil lesen kereta dan motosikal perlu mempelajari modul kereta dan modul motosikal berasingan serta menduduki dua ujian berasingan.

Wednesday, January 28, 2015

Strategi Pengstrukturan Ekonomi Libatkan PLKN


Kejatuhan harga minyak mentah dunia memberi kesan kepada nilai Ringgit Malaysia sekaligus memperlahankan perkembangan negara. Jika sebelum ini unjuran perkembangan berkisar 6% setahun, kini sasarannya berlegar antara 4.5% - 5.5% setahun.

Dagangan minyak mentah yang menjadi pendapatan utama negara adalah stabil sewaktu harganya lebih USD100 setong dan pernah menjejak USD145 setong pada Julai 2008. Bila pengeluaran melebihi permintaan harganya mula jatuh kepada USD70 dan kini berlegar pada harga USD45 setong (23 Januari 2015).

DAP Cemas Menanti Pembentangan RUU Hudud

Sudah lama hudud dijadikan mainan politik pembangkang terutamanya PAS. Paling hebat menentang bukan datang dari luaran tetapi dari dalaman pakatan pembangkang iaitu DAP.

Dato Dr Mashitah Ibrahim sendiri telah mendedahkan bertapa chauvinist dan rasis parti roket ini terhadap melayu dan Islam. Beliau turut mengingatkan bagaimana reaksi DAP yang begitu berbelah bahagi untuk sebumbung bersama PAS.

Tuesday, January 27, 2015

Tuk tuk Alternatif Pengangkutan Luar Bandar Di Malaysia


Penggunaan 'tuk tuk' di atas jalan raya di Malaysia belum lagi dimuktamadkan kerana ia baru diperingkat cadangan dan masih memerlukan kajian terperinci. IDEA Tuk tuk ini ditimbulkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk dinilai sebagai medium alternatif pengangkutan di negara ini.

Namun idea ini telah menerima pelbagai reaksi dikalangan masyarakat. Ada yang bersetuju, ada yang menolak dan ada merasakan satu tempoh percubaan perlu diberikan untuk melihat sejauh mana keberkesanan tuk tuk. Kata orang belum cuba belum tahu!

Monday, January 26, 2015

Istilah Rotan Timbulkan Kekeliruan Masyarakat Terhadap Rohani

Sejak beberapa hari ni riuh di alam maya dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang didakwa menyebut perihal mengenakan tindakan perundangan terhadap ibu bapa yang merotan anak mereka. 

Begitu galak blog-blog pro kerajaan dan media-media rasmi kerajaan memainkan gambaran rotan akan dikenakan tindakan undang-undang sehingga mengundang persepsi negatif terhadap kementerian KPWKM pimpinan Rohani.


SPAD: Kolaborasi Enam Agensi Tahan 28 Individu!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini giat melakukan operasi bersepadu bersama beberapa agensi-agensi kerajaan lain terutamanya Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi membendung kegiatan salah laku melibatkan pengangkutan awam.

Kali ini SPAD terlibat secara langsung dalam "Operasi Bersama Khas" bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Genting Highlands, Pahang pada Sabtu dan Ahad lepas. Operasi yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan sejumlah enam buah agensi kerajaan semuanya.


Larangan Kalimah Allah Dipertikai Islam Sendiri!!


Ternyata sempit dan dangkal penulisan salah sebuah media portal FMT menerusi artikel tarikh 23 Januari 2015 bertajuk 'Allah ruling reveals Malay weakness' ('Larangan penggunaan Kalimah Allah untuk bukan Islam menyerlahkan kelemahan bangsa Melayu').

Artikel ini dilihat ada hubungkait dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan gereja roman katolik bagi dibenarkan mengguna kalimah Allah. Keputusan tersebut dibuat oleh lima hakim sekaligus menamatkan cubaan berkali-kali pihak kristian untuk mengguna kalimah Allah.

Agamawan Pondok Dihargai!


Pelbagai usaha sudah dilakukan oleh kerajaan dalam memartabat dan memulihara institusi pondok di seluruh negara. Tidak dapat dinafikan bahawa kerangka awal pendidikan asas masyarakat negara ini bertitik mula dengan penerapan hal ehwal Islam. 

Perkara ini jelas kelihatan dari zaman sebelum merdeka dimana pendidikan pondok ini telah berjaya menginspirasi semangat rakyat ketika itu dalam menentang penjajah British. Ramai pelopor perjuangan menentang penjajah lahir dari institusi pondok pada masa itu.

Friday, January 23, 2015

Lima Bandar Tunjang Transformasi Sistem Perkhidmatan Bas Henti-henti


Seremban, Negeri Sembilan dan Kangar, Perlis menjadi antara bandar awal melaksanaan fasa pertama program Skim Transformasi Bas Henti-henti berkonspekan 'network planning' di negara ini. Tiga bandar lain iaitu Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching akan menerima program sama dalam tahun ini juga secara berperingkat-peringkat.

Seremban bakal merintis transformasi melalui program ini bermula April tidak lama lagi. Kecekapan perkhidmatan awam di bandar Seremban dipertingkatkan dengan mengintergrasikan pengangkutan awam bas henti-henti, bas ekspres dan perkhidmatan rel.

Wednesday, January 21, 2015

Banjir Di Sarawak Membimbangkan!


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Rohani Abdul Karim turun padang membuat tinjauan keadaan banjir di Sarawak yang bermula di Kuching.

Menerusi tinjauan tersebut, dapati keadaan agak membimbangkan dan Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersiap siaga dari awal dalam berdepan sebarang kemungkinan.

Tuesday, January 20, 2015

Tiga Strategi Kerajaan Pastikan Ekonomi Malaysia Terus Kukuh!!


Ekonomi dunia yang tidak menentu dengan harga minyak mentah yang terus jatuh sedikit sebanyak telah menjejaskan Malaysia. Pendapatan utama negara sememangnya dari jualan dan cari gali minyak mentah. Namun dengan harga semasa iaitu USD50 setong telah mengecilkan pendapatan negara, malah operasi cari gali juga dilihat tidak menguntungkan buat masa ini.

Majoriti negara-negara pengeluar minyak mentah dunia dilihat enggan menurunkan kadar pengeluaran minyak mentah supaya harga minyak kembali ke paras USD70-100 setong. Rata-rata negara yang mempunyai simpanan rizab minyak yang besar terus kekal dengan kadar pengeluaran tinggi sehingga menjejaskan negara-negara yang mempunyai rizab minyak kecil. 

Banjir!! Kementerian Pertanian Tampil Inisiatif Ringan Beban Rakyat


Kerajaan mengumumkan nilai kerosakan akibat banjir ini mencecah RM2 billion. Kesan kemusnahan jelas kelihatan selepas banjir dimana banyak sekolah-sekolah, pusat perniagaan, rumah-rumah rosak teruk akibat banjir. 

Malah hampir 3,000 buah rumah hilang dihanyut arus banjir sekaligus mengakibatkan mangsa tinggal sehelai sepinggang dan hilang tempat berteduh. Melihat kepada keadaan kritikal ini, kerajaan telah pun membentuk pelan bantuan yang perlu bagi meringankan beban mangsa.

Monday, January 19, 2015

Seribu Manfaat Di Program Mesra Sihat Kota Tinggi

 

Acara yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna Felda Pasak, Johor pada 17 Januari lepas telah mendapat sambutan menggalakkan warga sekitar Kota Tinggi. Beberapa agensi kerajaan turut sama terlibat menjayakan program ini, antaranya Yayasan Mesra, PDRM, KEMAS, AADK dan lain-lain.

Program yang dikenali sebagai "Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera" ini merupakan anjuran JKKK Felda Pasak dengan pelbagai pengisian yang bersesuaian untuk semua peringkat umur dan jantina.

Friday, January 16, 2015

Tiga Suspek Bekal Militan Ke Syria Diberkas



Tiga suspek warga Malaysia ini dipercayai giat merekrut rakyat negara ini untuk menyertai kumpulan militan Islamic State (IS) yang berpangkalan di Syria. Kesemua suspek yang baru tiba dari Australia ditahan Bahagian Anti Pengganas, cawangan Bukit Aman di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Suspek suami isteri ditahan pada 7 Januari lepas dan seorang lagi ditahan pagi semalam 15 Januari selepas diusir oleh pihak berkuasa Australia kerana menyalahgunakan visa pelancong.

MCA-CRSM Redah Selut Sampaikan Bantuan!


MCA melalui Skuad Bantuan Bencana (CRSM) tak henti-henti menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Terbaru CRSM menjelajah jauh ke kawasan pedalaman bagi mengagihkan barang keperluan kepada mangsa yang terputus bekalan makanan. Antara lokasi bantuan adalah perkampungan orang asli, Gua Musang, Kelantan.

Perjalanan kali ini agak mencabar, di mana CRSM terpaksa meredah laluan hutan, berbukit dan berlecak untuk sampai ke perkampungan orang asli tersebut. Dalam perjalanan, beberapa kali kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang sarat dengan bahan bantuan terperangkap dalam selut lumpur. 

Mahfuz Tanya! Zahid Jawab!


Lawak puak PAS nak divert isu dari kebangangan mereka membantu mangsa banjir. Masa banjir melanda hilang entah kemana. Sekadar menjadi penonton dan pengkritik menyalahkan kerajaan pusat itu ini tak kena. Bila banjir dah reda terpacul beriya-iya macam nak bantu.

Tapi sekadar tunjuk muka, hantar dua tiga bungkusan dan beraksi rendam dalam air. Tak percaya tanya Mat Sabu. Kali ni puak pembangkang divert dengan menuduh kerajaan lindung dan sokong penjenayah rakyat Malaysia, Paul Phua yang telah diberkas FBI atas kegiatan perjudian dan kongsi gelap di Amerika Syarikat.

Thursday, January 15, 2015

Banjir!! Yayasan Mesra Infaq Barangan & Kudrat


Bantuan datang mencurah-curah kepada mangsa banjir Pantai Timur. Ada yang datang berkereta, bermotor dan berlori-berlori menghulurkan bantuan kepada rakan kita di sana. Para sukarelawan ini pula tiba dari serata pelusuk negara, mengenepikan kejerihan meredah laluan banjir, berlumpur, bukit bukau dan hutan belukar memastikan bekalan tiba kepada mangsa secepat mungkin.

Sehingga kini, beribu-ribu tan bekalan pelbagai jenis barangan telah diagihkan ke kawasan bencana dan berjuta dana disalurkan bagi meringankan beban terutamanya mangsa yang tinggal sehelai sepinggang kehilangan rumah dihanyutkan oleh arus deras.

Tuesday, January 13, 2015

Realiti & Sandiwara Bantuan Kepada Mangsa Banjir


Dah ketandusan idea gamaknya dalam usaha memburuk-burukan kerajaan. Puak pembangkang terutamanya macai DAP cuba pula cetuskan persepsi negatif terhadap Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong yang didakwa berlakon dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Nak canang pada rakyat kononnya jentera MCA ni tak buat kerja.

Nak cerita banyak pun tak guna! Kesibukan puak DAP menabur fitnah tidak mendatangkan sebarang manfaat di waktu bala menimpa warga Pantai Timur. Usaha mereka ini hanya mengundang marah rakyat terutama mangsa banjir yang melihat sendiri bagaimana MCA bertungkus-lumus menghulurkan bantuan berterusan kepada mereka.

Gambar-gambar Serpihan AirAsia QZ8501!

Insiden pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas di perairan Indonesia, pada 28 Disember lalu telah mengejutkan negara. Walaupun pesawat tersebut milik Indonesia, jenama yang dibawa sedikit sebanyak terpalit kepada Malaysia yang telah lalui detik hitam kehilangan pesawat MH370 dan tragedi MH17 ditembak jatuh di kawasan bergolak Ukraine.

Pesawat QZ8501 telah berjaya ditemui terbenam di dasar laut dan kini telah bermula operasi untuk membawa naik berperingkat-peringkat ke permukaan. Siasatan dan analisis masih berjalan dan setiap sudut diambil kira bagi merungkai punca sebenar nahas.

Sunday, January 11, 2015

Tiong Lai Respon Pantas Perbaiki Kerosakan Jambatan Di Bentong


Banjir kilat yang melanda kawasan Bentong, Pahang telah mengakibatkan kerosakan serius pada struktur jambatan Sg Bentong. Kejadian dilaporkan berlaku awal pagi tadi dan sebuah lubang besar dikesan terbentuk dipercayai berpunca dari hakisan arus deras.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai terus bergegas ke lokasi insiden bagi menggerakkan pelan pembaikan. Walaupun sibuk mengkoordinasi bantuan banjir di Pantai Timur serta memantau operasi SAR QZ8501, beliau sudah siap sedia memikul sebarang kemungkinan begini.

Si Bertudung Rebah Dicium Dipeluk Artis K-POP


Lihat bagaimana gembiranya anak gadis fanatik membiarkan sahaja diri dipeluk dan dicium oleh artis K-POP. Gambar ini telah mula viral di media sosial akan tetapi tidak dipastikan konsert bila dan dimana insiden ini berlaku. 

Fenomena K-POP telah meninggal kesan mendalam kepada rakyat Malaysia. Lihat sahaja kepada anak-anak kita dari peringkat sekolah hingga ke universiti sampailah yang dah bekerja. Trend layan lagu, filem, drama, fesyen, makan, cakap Korea begitu meluas dan mempengaruhi mereka.

Saturday, January 10, 2015

Setengah Juta Minyak Pesawat!! & Ratahan Ratus Juta Duit Balak!!


Puak pembangkang yang tengah huru-hara menabur fitnah terhadap kerajaan di waktu bencana banjir, tampil pula dengan cerita minyak pesawat yang didakwa membazir untuk membawa isteri PM, Datin Seri Rosmah. Cubaan memberi perspektif negatif terhadap kerajaan dengan memburuk-burukan Rosmah.

Direka cerita dan disebar pula gambar kabur yang kononnya beliau bershoping sakan di beberapa buah negara. Nak gambarkan yang isteri PM tak sensitif terhadap situasi banjir yang melanda negara. Nak gambarkan juga yang isteri PM tak turun padang membantu mangsa. Macam-macam hendak dipusing puak pembangkang, rupa-rupanya ada matlamat lain disebaliknya.

Kehancuran Islam Dari Dalam!!


"Kita sekarang terbahagi kepada pelbagai mazhab dan masing-masing menuduh orang lain sebagai kurang Islam, kafir, murtad dan sebagainya.Malah, kita juga sudah sampai ke tahap berperang dan membunuh sesama Islam. Kerja mereka ialah menjayakan cita-cita musuh Islam, orang Yahudi tidak perlu bunuh orang Islam kerana orang Islam sendiri boleh melakukannya.” Tun M

Memang inilah yang sedang berlaku, seperti yang telah dinyatakan dalam artikel sebelum ini ancaman Islam kini bukan hanya datang dari musuh Islam di luar sana. Tetapi dari dalam Islam itu sendiri. Gerakan musuh dalam selimut ini lebih merbahaya kerana kehadiran mereka tidak disedari sehinggalah keadaan sudah menjadi parah.

Friday, January 9, 2015

Banjir!! 3 Kem PLKN Di Kelantan Jadi Pusat Pemindahan

 

Keadaan banjir yang melanda pantai timur sudah mula menunjukkan tanda mulai surut, namun kesannya telah menyebabkan sebahagian mangsa tinggal sehelai sepinggang apabila dapati kediaman mereka hanyut di bawa arus.

Masih ramai lagi mangsa yang tidak pulang memandangkan ada beberapa lokasi masih digenangi air meneggelamkan kediaman mereka. Ada juga yang bimbang gelombang bah kedua menyusul. Apa-apa pun mangsa-mangsa hanya dibenarkan pulang setelah mendapat pengesahan selamat oleh pihak bertanggungjawab.


Banjir!! Jadilah Sukarelawan CRSM-MCA!!

MCA sejak dari mula begitu komited menggerakkan jentera mengumpulkan bertan-tan barang bantuan dan mengagihkan kepada pusat-pusat pemindahan mangsa banjir di sekitar Pantai Timur. Mereka turut pastikan bantuan tiba ke lokasi mangsa terperangkap tidak sempat menyelamatkan diri kerana air bah naik terlalu cepat. 

Usaha MCA melalui Skuad Bantuan Bencana (CRSM) dijangka berterusan dengan fasa kedua, dimana operasi membersih dan memulihkan tempat terjejas teruk oleh banjir. Memandangkan musim persekolahan bakal bermula, operasi pembersihan sekolah diberi keutamaan bagi memastikan ianya selesa dan selamat untuk digunakan.

Harga Petrol Nak Turun Lagi!! Berbelit-belit Rafizi Punya Strategi!!



Sebelum ni ahli parlimen pondan, Rafizi  punya kecoh desak kerajaan turun harga minyak. Kononnya kerajaan BN kelentong dan ambil kesempatan terhadap rakyat di waktu harga minyak dunia menjunam. Katanya kerajaan sengaja letak harga petrol tinggi untuk kaut keuntungan. Di kencing lagi rakyat dengan dakyah nak turun harga barang, kena turun harga minyak.

Dengan macai-macai pembangkang sendiri bolehlah Rafizi nak berdegar cerita. Walhal rakyat sudah bijak menilai mentaliti dan wayang yang cuba dimainkan. Harga minyak yang diunjur menurun itu adalah harga minyak mentah bukan harga petrol yang sudah siap diproses dan terjual di stesen minyak. Kerana penetapan harga petrol adalah bergantung kepada kiraan formula APM:

Thursday, January 8, 2015

Banjir!! Kemana Hilangnya Hasil Tabung Dan Balak!! Rompakan Paling Hina PAS!!


Pemimpin pembangkang yang lembab menghulurkan bantuan ketika musibah melanda, terus masuk gear 5 cepat-cepat tayang muka kepada mangsa, nak tunjuk yang mereka ni prihatin. Masa air bah menenggelamkan rumah dan sekolah tidak pula nampak kelibat mereka. ada hilang ke Paris, ada ke New Zealand, ada hilang tak jumpa langsung.

Bila air mula surut paras lutut, boleh pula terpacul sorang-sorang pemimpin pembangkang ni! Lebih lawak blogger pro pembangkang yang kelam kabut nak divert kehilangan pemimpin mereka sebelum ni tampil dengan bermacam cerita magic. Antaranya air terus surut bila Anwar turun dan gambar mirip Nik Aziz tak berlumpur. Konon-konon nak tunjuk ada keramat kot.

Sunday, January 4, 2015

Gambar Nik Aziz Magic Tak Kena Lumpur!! Ketaksuban Atau Kebangangan!?


Taksub atau publisiti murahan bangang? Atau kedua-keduanya sekali!? Puak-puak PAS jadi kagum bila ada gambar 'dikatakan mirip' Nik Aziz di salah satu lokasi yang terkena banjir tidak terjejas dek lumpur. Bukan hendak merendahkan golongan yang taksub ini tetapi mereka yang meletakkan diri mereka rendah begini.

Apa sebenarnya yang difikirkan oleh puak-puak ini! Mengapa berita tentang sekeping gambar pula hendak disensasikan sedangkan ada perkara lebih penting harus diwarwarkan kepada umum. Seperti kesan kerosakan yang berlaku selepas dilanda banjir, bantuan susulan yang sepatutnya dilakukan dan persediaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua.

Friday, January 2, 2015

Banjir!! Keprihatinan Kerajaan Pusat Diterjemah Dengan Pelbagai Bentuk Bantuan!

 

Lantaklah apa macai-macai dan puak pembangkang nak kata, apa yang jelas rakyat sendiri dapat melihat bagaimana respon puak pembangkang dalam menghadapi banjir ini. Kerajaan pusat dengan agensi-agensi yang terlibat telah bersiap sedia dengan kelengkapan, barang keperluan dan koordinasi sejak dari pasca banjir lagi sehinggalah sekarang.

Mereka hanya tahu menabur fitnah dan berpolitik dari memberi sebarang tindakan segera dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Segala bantuan yang digerakkan oleh kerajaan pusat bersama agensi-agensi dikeji, dihina, sehingga ada cubaan pemimpin pembangkang menghalang mangsa banjir dari menerima bantuan tersebut. Katanya Haram! Bahlol sungguh!