Wednesday, August 27, 2014

Agensi ANGKASA Perjelas Fenomena Bulan Berkembar 27 Ogos!


Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan ini menafikan mesej-mesej di laman sosial dan juga pesanan ringkas yang mula tersebar berkenaan dengan kemunculan Bulan Berkembar dan juga Planet Marikh akan membesar seperti Bulan pada 27 Ogos 2014 (Hari ini).

Ia merupakan mesej lama yang telah tersebar sejak 2003 lagi. Adalah dimaklumkan bahawa jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan adalah 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti dikhabarkan.

Tuesday, August 26, 2014

Perletakan Jawatan MB Selangor Ditangguh!



Ramai menjangkakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berlaku hari ni. Maka berduyun-duyunlah wartawan dan cameraman berkampung di bilik sidang media pejabat kerajaan negeri, bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Kelibat Khalid Ibrahim mula kelihatan jam 2.30 petang tiba di perkarangan Istana Kayangan, Shah Alam untuk mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ramai ternanti-nanti hasil perbincangan antara MB dan Sultan.

Ptuii! Khalid Samad Mandi Ludah Di Jalan Duta


Khalid Samad yang baru didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jalan Duta telah diludah oleh orang yang tidak dikenali. Ahli Parlimen Shah Alam itu dalam perjalanan keluar dari kompleks Mahkamah jam 1 petang tiba-tiba diludah.

Bukan seorang tetapi beberapa individu lain turut mengekori Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu sehingga ke tempat letak kereta dan terus meludah Khalid.

Sunday, August 24, 2014

Astro Terbakar Jap Tadi!!?


Memang terbakar dibuatnya bila on astro banyak channel jadi hitam/blank. Tekan satu-satu jumpa lah beberapa kerat channel yang leh view. Itu aduan yang diterima dari salah seorang pengguna stesen televisyen satelit Astro.

Tambah lagi, bila buat pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui punca masalah ini nombor khidmat pelanggannya langsung tak berjawab. Hampeh sungguh!

Thursday, August 21, 2014

MH17: Senarai Lokasi Persemadian Jenazah


Sejumlah 20 jenazah dijangka tiba esok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA. Majlis dan Istiadat akan diadakan di Kompleks Bunga Raya di lapangan terbang tersebut.

Dari jumlah tadi, 9 adalah jenazah anak kapal dan 11 pula merupakan penumpang MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk, Ukrain. Yakni wilayah yang dikuasai oleh pihak pemisah yang pro Rusia. Berikut adalah senarai jenazah serta lokasi persemadian:

MH17: Solat Jenazah Bagi Mangsa Beragama Islam 22 Ogos Esok!


Kenyataan Akhbar Dari Jabatan Perdana Menteri:
Adalah dimaklumkan bahawa pasukan pengurus jenazah Muslim bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan KAGAT telah selamat memandikan dan mengkafankan serta menyembahyangkan (solat jenazah) seramai 11 orang jenazah Muslim di Amsterdam. 

 Sehubungan yang sama, setibanya jenazah di Malaysia yang diberikan penghormatan negara, kita akan mengadakan solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat, 22 Ogos 2014. 

Peraturan Hari Berkabung Negara 22 Ogos Esok!


Hari Berkabung Negara ini dibuat bagi menerima ketibaan 20 jenazah yang dijadualkan tiba esok jam 10 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Jenazah mangsa MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai ini, terdiri daripada 9 anak kapal dan 11 penumpang.

Majlis dan istiadat akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya, KLIA dan pada rakyat semua di minta bertafakur walaupun di mana mereka berada. Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas adalah antara jam 10.45 hingga 11.15 pagi.


Dua Bulan Kelihatan 27 Ogos ini??


Itu lah yang sedang hangat diperkatakan dalam laman social dan forum beberapa hari ini yang menyebut kita akan mampu melihat dua bulan pada 27 Ogos ini. Dari mana munculnya bulan yang kedua tu? Adakah ini benar berlaku? 

Dari dakwaan yang tersebar sejak 2003, fenomena ini berlaku kerana planet Marikh akan berada di kedudukan jarak 56 juta kilometer atau 35 juta batu iaitu jarak paling hampir dengan bumi berbanding sepanjang lebih 10ribu tahun ini.

Baru Tiga Tahun! SPAD Dah Kesan 17,348 Kes Salah Laku


Tu dia! Bukan kecik anak angka kes yang berjaya dikumpul oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Jumlah 17,348 kes ini adalah nilai terkumpul dari Jun 2011 (2,004), 2012 (3,097), 2013 (6,769) dan sehingga Julai 2014 (4,668).

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Chec Hasni Che Ahmad menyatakan bahawa sebanyak 1,413 kes melibatkan teksi, lori dan trak yang melakukan pelbagai kesalahan terutamanya melebihi muatan (1,131 kes), ulat tiket (44 kes) dan teksi sapu (36 kes).

Wednesday, August 20, 2014

SPAD: Wajib Lapor Kemalangan Dalam Tempoh 2 Jam


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan para pengendali berlesen kenderaan perkhidmatan awam kelas bas dan pemegang lesen kenderaan pelancongan bas perlu melaporkan kepada suruhanjaya dalam masa dua jam jika terbabit kemalangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal perkara ini telah pun dikuatkuasakan sejak 30 Jun 2014. Namun masih ada pengendali yang mengambil sikap acuh tidak acuh dalam hal ini.