Kita lihat pak syeikh dan pak lebai PAS sibuk berserban dan berkopiah di kepala, Pak Stopa Ali aka SUA PAS pakai spender sebagai pengganti. Apa yang ingin perisik gambarkan adalah wajah sebenar Pak Stopa yang terburu-buru mencari jalan untuk melepaskan diri dari terpalit pendedahan video lucah mirip dirinya.
Iaitu dengan main hentam menuduh semua ini adalah salah UMNO. Mungkin spendernya terlalu BESAR sehingga menutup mata dari melihat kebenaran. Gelabah Pak Stopa menguatkan lagi tanggapan rakyat bahawa terdapat kaitan rapat video itu dengan dirinya.
Dahsyatnya spender putih suci milik kembar Stopa Ali, telah menutup juga mata para ahlinya sehingga buta dan lupa untuk melakukan siasatan. Pada yang celik sudah sedia maklum akan tangkapan jentera PKR yang bertanggungjawab mengedarkan CD yang mengandungi video aksi kembar Pak Stopa oleh pihak polis.
Bagi yang sudah mengenali Pak Stopa dari mula, mungkin sedia maklum akan kenakalannya satu ketika dulu. Nakal macam mana tu?? Tak dijawab pula oleh rakan dalam PAS. Mungkin takut nasib mereka jadi seperti Hassan Ali dan Nasharudin!
Apa-apa pun kelancangan mulut Pak Stopa menfitnah UMNO sebagai dalang di sebalik penyebaran video miripnya telah memakan diri. Ucapan ceramah di Dungun dan artikel yang tersiar di HarakahDaily adalah satu usaha terdesak Pak Stopa untuk mendapat kepercayaan pemimpin PAS dan ahlinya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa jelas berunsur fitnah yang telah membawa maksud :
(i) UMNO yang merancang insiden berkaitan dengan video lucah tersebut;
(ii) UMNO kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah tersebut;
(iii) UMNO dengan sengaja kononnya mahu menyebarkan fitnah dengan menyebarkan video lucah tersebut;
(iv) UMNO kononnya memang bertanggungjawab membuat video lucah tersebut;
(v) UMNO merupakan dalang di sebalik pembikinan video lucah tersebut;
(vi) UMNO adalah dicurigai ketelusannya sehingga sanggup mengunakan taktik kotor untuk menjatuhkan mana-mana individu.
Penasihat Undang-undang UMNO Hafarizam Harun telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pak Stopa. Tempoh 24 jam diberikan untuk beliau memohon maaf di atas fitnah yang dilemparkan.
Perisik difahamkan Lajnah Tatatertib PAS akan memanggil Pak Stopa bagi melakukan siasata. Teringin juga nak tahu apa langkah profesional atau penglibatan pakar forensik yang bakal dilakukan oleh lajnah ini. Tapi sebelum ini banyak juga salah laku dilakukan kalangan pemimpin PAS. Namun tiada pun tindakan berkesan diambil lajnah ini?!
No comments:
Post a Comment