Wednesday, May 30, 2018

Sejarah Hitam Terukir Apabila Negara Majoriti Islam Diperintah Kerajaan Majoriti Bukan Islam


Sudah menjangka perkara ini bakal berlaku. Bila melayu-Islam cuba ingatkan, kami dituduh rasis dan penghasut. Bila melayu-Islam cuba sedarkan, kami dituduh kolot dan cuba menakut-nakutkan.

Walhal gerakan bukan Islam ini telah mula berlaku sejak beberapa PRU lalu. Lebih garang usaha mereka selepas tsunami pertama yang membawa kepada 5 negeri jatuh ke tangan pakatan. Bukan mempertikaikan kemenangan. 

Tapi bimbangkan akan matlamat kepimpinan bukan Islam dalam pakatan terutamanya dari DAP. Bimbang akan usaha mereka yang telah menerima sejumlah RM1.2billion dana serta latihan gerak saraf terus dari Israel. (Rujuk pendedahan bekas strategi DAP - Mohamed Razali)

Bimbang akan penglibatan terus dari pihak evangelis gereja dari dalam dan luar negara. Dimana pihak gereja menyokong penuh pakatan bagi menumbangkan BN dengan apa jua strategi. 

Banyak sudah pendedahan tentang matlamat gereja dalam membawa negara majoriti Islam ini Ubah menjadi negara kristian. Anda sedar tidak perkataan "Ubah" sering dilaung-laungkan mereka  sebagai isyarat arah tuju mereka.

Selepas gerakan Ubah gagal. Mereka beralih kepada Harapan, dimana idea asal slogan ini adalah "Hope" yang dicadangkan sendiri oleh pemimpin kristian DAP. Namun perkataan "Harapan" digunakan kerana faktor psikologi bahasa yang lebih dekat dengan majoriti rakyat.

Dengan kata "Harapan" inilah menjadi tunggangan mereka dalam usaha kononnya untuk menyelamatkan Malaysia?! 

Sebelum Harapan menjadi slogan dalam gerakan politik pakatan. Cubalah jejaki video-video dakwah dan ceramah gereja dalam dan luar tentang Malaysia. Anda akan perasan intipati tentang menyelamatkan Malaysia. Dari apa? 

Bagi yang mengikuti gerakan evangelis anda akan tahu bahawa bagi mereka, selagi ada yang bukan kristian maknanya perlu diselamatkan. Kini gerakan Harapan berjaya menawan Putrajaya.

Peringatan sudah disampaikan banyak kali tentang matlamat DAP disebalik pakatan. Suara sinis mengatakan tentang jumlah calon pakatan majoriti adalah Islam. DAP hanya bertanding jumlah kecil. 

Apa yang mereka tidak sedar adalah peratus kemenangan jumlah kerusi yang dipertandingkan DAP. Peratusannya tinggi berbanding komponen lain dalam pakatan. Setiap PRU konsisten berlaku pertambahan kerusi buat DAP.

Bila perkara ini sudah terjadi, mereka mengatakan tetap ada wakil pemimpin Islam dalam kerajaan dan pemimpin utama masih Islam. Mereka sedar akan perkara ini. Tapi begitulah skrip yang keluar bagi menyedapkan perasaan mereka. 

Mereka tambah pula dengan skrip lain seperti hak istimewa melayu Islam sudah terpelihara dalam perlembagaan. Tidak boleh diubah. Yakin mereka.

Mengiyakan dulu dakwaan mereka. Tapi mereka tak sedar walaupun perlembagaan tidak diubah. Polisi berkaitan tentang hak melayu dan Islam boleh diubah. 

Tidak sampai sebulan Pakatan memerintah kita sudah mula mendengar pelbagai desakan dan tindakan pro Pakatan menyentuh hal sensitif melayu dan Islam. 

Antaranya lebih 17,000 kakitangan ditamatkan. Ditambah pula angka-angka kakitangan bawah JASA dan SPAD diberhentikan. Lebih mengejutkan khidmat 3,600 guru yang mengajar Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dibuang oleh kerajaan pusat kini! 

Mereka yang diberhentikan ini pula majoritinya adalah melayu Islam! Rata-rata sudah berkeluarga dan miliki komitmen tinggi, tambahan semua berlaku saat tiba bulan Ramadhan dan bakal tibanya Syawal. 

Selain itu sudah timbul suara biadap mempertikaikan Institusi Istana. Ada dengan biadap mendesak mansuhkan agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kini mereka desak pula UiTM dibuka kepada bukan melayu!

Melayu Islam yang menyokong pakatan nampak akan perkara ini. Namun tetap berdalih dengan pelbagai alasan. Malah ada pula yang merestui tindak tanduk bukan Islam menyentuh sensitiviti Islam dan melayu. Apa pemimpin utama Islam lakukan? Jawapan mereka adalah mempertimbangkan. 

Kita menafikan perkara ini mustahil berlaku sebelum ini. Kita tidak boleh biarkan kesilapan sama berulang. Tidak mustahil pelbagai perubahan dasar dan polisi melayu-Islam lebih drastik boleh berlaku apabila Kerajaan majoriti bukan Islam yang sedang berkuasa.

Betullah kata Ustaz Kazim. Tak perlu tunggu lima tahun mereka dah boleh ubah macam-macam. Sama ada kita bangkit pertahankan, atau kita sanggup menanggung dosa membiarkan perubahan demi perubahan sehingga melayu-Islam terhakis di Malaysia.

7 comments:

  1. celaka dan laknat la melayu yg membantu kemenangan kafir harbi ini selama lamanya..

    ReplyDelete
  2. Perkara pertama yg boleh dibuat dlm UMNO, singkirkan KJ. Juga mereka yg berfahaman leberal dlm parti sehingga nak bercakap berkenaan Melayu dan Islam pun takut dilabel sbg rasis.

    ReplyDelete
  3. Renungkan apa jadi :--

    pada 1988 -- mata wang negara lingkup.

    pada 1998 -- Anuwar / Refomasi

    pada 2008 -- Tun Abdullah dihina/ BN hilan control
    2/3 di parliment

    pada 2018 -- Negara mungkin bankrap.... ? ?

    angkara siapa ....????

    ReplyDelete
  4. Punca Segala masalah di dalam UMNO bukan lah terletak kpd DS Najib mahupon Tun Mahathir. Punca segala masalah di dlm UMNO adlh pabila Pengundian Kefua Pemuda di antara Mukhriz dgn Khairy Jamaluddin..di mana Khairy memang secapa penipuan. Wahai perwakilan UMNO hanya kerana rm1k rm2k..kamu makan dedak sekafang kamu lihat hasilnya.. Khairy nie paling jahat dlm UMNO..setiausaha pon regina Dap..betul kata Life of Annie...UMNO PERLU BUANG KHAIRY JAMALUDDIN. Makhlok perosak....Buat semula pertandingan diperingkat cawangan dan bahagian. Semua Ketua Bahagian dan Ketua Cawangab sila tyrun letak jawatan agar semua dipertandingkan semula. UMNO rembau tolak khairy..UMNO harus dipulihkan seberapa segera...Perwakilan dan pemilih ahli parti..tolonglah jangan dok fikir pasal duit dedak jer..pikirlah masa depan Unat Melayu...

    ReplyDelete
  5. bukan semua manusia mahu dan pandai menggunakan otak dan akal yang dikurniakan Allah ke jalan yang sepatutnya. sebaliknya mereka lebih cenderong menggunakan kedua-duanya ke arah yang membawa kepada kerosakan yang lebih besar dari masa ke semasa. Semakin jelas keruntuhan sesuatu tamaddun bermula bila orang yang tak sepatutnya menjadi pemimpin atau ketua berada di puncak sesuatu kekuasaaan.

    ReplyDelete
  6. Hanya di Malaysia kafir BOLEH nasihat AGONG hal perundangan ISLAM .

    Hidup -- PH. Hidup -- PH .. !


    p.s. dengar khabar sembayang raya di MESJID NERARA pun kafir jadi IMAM...

    bnyk penyokong PH akan hadir....! !

    ReplyDelete