Tuesday, April 16, 2013

Siapalah Bahlol Beselera Nak Rakam Aishah Mandi??



Apalah faedahnya nak rakam aksi orang mandi? Calon Parlimen Jempol, Aishah, tak perlulah cuba menggunakan taktik kotor bagi menimbulkan rasa simpati pengundi terhadap beliau. Kerana rakyat sememangnya bijak menilai political game pembangkang terutamanya menjelang PRU ni.

Menuduh parti pihak lawan cuba menganiaya beliau tidak berdasarkan alasan yang munasabah. Hanya kerana terdapat lubang di bumbung bilik tidur rumahnya terus sahaja berimaginasi mendakwa ada musuh cuba memasang kamera CCTV. 


Agak musykil dari mana datangnya kepakaran forensik Aishah yang terus sahaja mengenal pasti secara spesifik bahawa lubang tersebut adalah bertujuan memasang CCTV. 

Berlandaskan andaian yang rapuh beliau membuat tuduhan melulu terhadap parti lawan tanpa bukti asas yang jelas dan kemudiannya memanjatkan kesyukuran. Perisik bukan nak mempertikaikan bab panjatkan kesyukuran sesiapa? 

Tetapi musykil dengan pemikiran celup yang sekejap cara Islam, sekejap tidak. Bab bersyukur memang bagus! Tapi bab tuduh melulu itu yang bercanggah.

Beliau dakwa kononnya ia adalah satu cubaan yang sama seperti kes Pak Stopa. Mungkin maksudnya dari andaian CCTV tersebut, dia mengandaikan lagi akan ada rakaman video beliau pula didedahkan. 

Apa yang beliau cuba tunjukkan adalah mengandaikan sesuatu atas andaian! 

Adakah Islam mengajar cara begini untuk kita mencari kebenaran tanpa usul periksa yang pasti? Adakah laporan polis telah dilakukan supaya pihak berkuasa dapat melakukan siasatan lanjut mengenai dakwaan lubang dengan CCTV?

Jelas Aishah telah diasuh oleh PAS untuk membuat andaian serupa seperti dibuat Pak Stopa yang mengandaikan bahawa video seks miripnya adalah konspirasi UMNO. Hakikatnya dua orang PKR telah ditangkap dalam usaha mereka mengedarkan CD video tersebut dari rumah ke rumah. 

Malah pimpinan PAS sendiri tidak menolak berlaku unsur sabotaj dikalangan pakatan ekoran beberapa isu perebutan kerusi PRU.

Sekarang rakyat melihat, andaian Aishah menuduh ada usaha untuk merakam beliau adalah tidak jelas dan fitnah! Mungkin ia sengaja diada-adakan sebagai modal untuk beliau berceramah di pentas politik bagi memancing undi simpati. 

Kalau siasatan polis sahkan lubang tersebut memang digunakan untuk memasang CCTV jangan terus mengandaikan ia kerja musuh di luar. Kemungkinan besar ia adalah unsur sabotaj yang datang dari musuh dalaman parti!

Maklumlah, PAS tempatan beriya-iya berkempen bertahun-tahun di Jempol. Tiba-tiba muncul pula calon setahun jagung yang sekadar cuci kaki masuk kekawasan mereka. Fikir-fikirkanlah!

3 comments:

  1. Adakah org yg masih bernafsu kpd Aishah? Kalau di Kedah...org akan kata 'baik naik guni padi'. Org lain tak stim dah kot kecuali MAT SABUN.

    ReplyDelete
  2. boleh pulak buat andaian erk? aduiyaiiiii...ngko tu dh berkedut la aishah woiiii...ada ke yg berselera nk rakam ngko? dhtu dan2 plak kata ini konspirasi umno? ada bukti ke? ish3x...

    ReplyDelete
  3. kesian aishah di pergunakan olih puak2 tu..xyah la berpolitik..nyanyi je la itu pun anugerah dr allah utk mendapat rezki dr memfitnah perkara yg xde..lg dosa besar.. kami kawan2 anda xnk anda di permainkan kerana anda adalah ibu tunggal..cari sasaorg yg bolih membimbing kita ke jalan allah..

    ReplyDelete