Friday, December 23, 2011

Peneroka: Poket Penuh Bonus Tahun Ini

"PM Umum bayaran bonus insentif produktiviti pada 95,949 peneroka FELDA berjumlah RM102juta. Kadarnya minimum RM400 hingga maksimum RM1,200"

Peneroka tak henti-henti memanjatkan rasa syukur di atas pengumuman bonus kali ini. Sebab dapatlah meringankan beban para peneroka sedikit sebanyak. 

Ya lah. Hujung tahun macam ni, ada dikalangan peneroka nak beli peralatan sekolah dan universiti anak-anak. 

Namun perkara ni pun juak-juak pembangkang nak pusing bukan-bukan sengaja nak buat taik.  Tapi pusing punya pusing sendiri terkena taiknya.

Mereka menuduh kononnya bonus ini satu rasuah pilihan raya ke-13 yang semakin hampir. Giler bedul mereka ni. 

Kalau di ingat kembali sudah bermacam-macam insentif dan bonus sudah FELDA kongsikan bersama para peneroka terima selama ini. 

Satu cubaan jijik dengan menabur fitnah kepada FELDA dan PM dengan menimbulkan isu bonus kali ini.

Berikut adalah kenyataan penuh dari pejabat Perdana Menteri:


Thursday, December 15, 2011

Liwat Suka Sama Suka?

Teka teki kes liwat....mahkamah umum keputusan 9 Januari ini

Jelas terkubur karier Anwar kali ini. Sekarang peguambela cuba untuk menimbulkan keraguan dalam kes liwatnya. Kini alasan yang digunakan oleh peguambelanya adalah SUKA SAMA SUKA. Mereka nak menunjukkan yang LIWAT suka SAMA suka tu tak salah. 

Adakah ini taktik nak elak dari masuk Sungai Buloh?

Setakat ini Anwar tidak memberikan sebarang komen dari apa yang telah dibangkitkan oleh peguambelanya sendiri. Adakah ini bermakna Anwar sudah terdesak sehingga sanggup mengaku yang dia memang suka LIWAT. 

Ramai pro pembangkang berfikir panjang tetang kes liwat ni. Kalau sekarang dah jadi suka sama suka. Apakah mereka selama ini penyokong parti yang mempunyai kepimpinan kaki liwat? 

Jelas mereka sudah tertipu dengan riak wajah pijak semut tak mati Anwar Ibrahim. Tertipu dengan tutur kata dan janji yang kononnya dia tidak melakukan perbuatan luar tabii tersebut. 

Ramai PAS sudah mula hilang kepercayaan dengan Anwar, tapi selagi puak erdogan kekal wujud di dalam PAS. Tiada siapa yang BERANI suara untuk menentang. 

Lihat sahaja apa yang berlaku pada Bekas Timbalan PAS, Nasarudin Mat dan Exco Selangor, Hassan Ali. Mereka disingkir macam pengkhianat. Walhal mereka ingin menegakkan dan memelihara Islam dari diperkotak-katikkan. 

Tapi puak erdogan telah Veto segala tindakkan mulia mereka. Konon ingin perjuangkan demokrasi. Jelas inilah demokrasi samdol yang ingin mereka bawa dalam Malaysia.


sumber: 
agendadaily, idealismalaysia, pisau.net, klpos.com




Memo Bantahan Terhadap PAS

NGO di Pejabat PAS
Pada 11 pagi tadi gabungan NGO iaitu Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Persatuan Bekas Tentera dan Perkasa telah berdemo secara aman dihadapan bangunan PAS untuk menyerahkan Memo bagi menyuarakan bantahan terhadap Mazlan Aliman, orang PAS yang mengetuai Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK).

Suara gabungan peneroka dan NGO yang bergema di luar perkarangan pejabat PAS di Kuala Lumpur membuatkan Mazlan Aliman kecut perut untuk menonjolkan diri bagi menerima memo bantahan terbabit. 

Ketika berada di sana orang PAS cakap dia tersangkut dalam kesesakan lalu lintas? Apa-apa jer lah Mazlan, perkara bukan tak di beritahu awal-awal. Sekarang Memo dah diserahkan oleh wakil PAS, Fadhil Osman. 
Fadhil
Presiden MBFM, Anuar Abd Manap menyuarakan ketidakpuashati para peneroka  terhadap tindakan Mazlan Aliman dalam memburuk-burukkan oraganisasi FELDA. Ini merupakan taktik jijik pembangkang untuk menutup periuk nasi para peneroka. 
Anuar Abd Manap
Ramai yang hadir menentang campurtangan luar dalam FELDA. Selain itu turut mengingatkan tindakan segelintir dalaman FELDA supaya jangan menjadi gunting dalam lipatan. Untuk lebih jelas, jangan jadi PEMBELOT!




Sebenarnya, tiada isu yang wujud di dalam FELDA. Isu Datuk Dzul, Tan Sri Isa Samad dan penyenaraian Felda Global Venture Holding di Bursa yang dilalakkan oleh ANAK sudah pun dijelaskan oleh FELDA sebelum ini.



Nampaknya pembangkang semakin buntu dan ketandusan idea dalam melemahkan FELDA. Tiada isu baru yang boleh dimainkan dalam bahang PRU13 semakin hampir. 


Jadi taktik basi dengan kitar semula isu lama sahaja termampu dilakukan. Isu yang sudah lama selesai. Hahaha. Tembak peluru kosonglah maknanya. Bunyi jer kuat tapi tak ada kesan

Rakyat dan peneroka khususnya sudah muak di saji dengan idealogi jijik dan fitnah pembangkang.


NGO di Wisma Felda
Selepas sejam di PAS, semua NGO bergerak pula ke Wisma Felda bagi menyuarakan Sokongan kepada Datuk Seri Najib dalam usaha untuk mentransfomasikan FELDA.

Kami peneroka berdiri teguh bersama kepimpinan Tun Razak dan tetap berdiri teguh bersama kepimpinan Datuk Seri Najib. Insyaallah!



Wednesday, December 14, 2011

Koperasi Terbaik Dari FELDA!

Kini FELDA terbukti lagi sebagai lubuk emas melalui koperasi-koperasi bersaiz besar dan sederhana yang telah menerima anugerah koperasi terbaik dengan jumlah perolehan tinggi. Berita ini membuatkan pembangkang menangis tak berlagu. 

Menangis kerana menyesal mengfitnah dan menghentam FELDA. Kerana tindakan mereka telah menyebabkan peneroka tidak lagi percaya pada mereka.

Anugerah Koperasi Terbaik Bersaiz Sederhana di menangi oleh:
  • Koperasi Peneroka Felda Lurah Bilut Berhad (Pahang) dengan jumlah perolehan sebanyak RM4.89 juta. 
Manakala Anugerah Koperasi Cemerlang Bagi Koperasi Kluster Besar dimenangi oleh:
  • Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (Wilayah Persekutuan) dengan jumlah perolehan sebanyak RM12.48 bilion!!

Jumlah ini jauh lebih tinggi dari koperasi kedua cemerlang iaitu Koperasi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dengan jumlah perolehan sebanyak RM3.84 bilion. RM8.64 bilion bezanya!


Memang dahsyat FELDA ni. Walaupun di asak dengan keriuhan pembangkang memburukkan FELDA. Peneroka tetap utuh bersama FELDA dalam terus meluaskan organisasi. Biasalah, kita bekerja sebagai peneroka dan pembangkang mana ada keje lain, selain main wayang menyebarkan fitnah. 

Bagi para peneroka, tak guna nak layan lebih-lebih sebaran dakyah pembangkang. Buang masa sahaja. Baik fokus untuk membentuk FELDA menjadi lebih luas dan mencari lebih banyak suntikan pelaburan. Usaha yang pasti menguntungkan para peneroka sendiri dan Malaysia umumnya.


Hahaha! Dulu Maki Sekarang Berlagak Hero

alt

Memang lawak gila persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK). Kepalanya, Mazlan Aliman orang PAS dari awal menyebarkan dakyah dengan cerita separuh-separuh bagi memeningkan kepala para peneroka. Nak kencing tu agak-agak lah!

Baru-baru ni dorang berdemo depan Wisma Felda, Kuala Lumpur. Kononnya bagi mempertahankan Datuk Dzulkifli?? Pertahankan apa pula? Mereka kata ada usaha untuk menyingkirkan Datuk Dzulkifli dari FELDA. Hahaha!

Gila ketinggalan dorang ni, meroyan macam hilang "ANAK". Dah banyak kali aku terangkan pasal modus operandi lakhanat pembangkang dalam meracun para peneroka dengan maklumat tahyul mainan politik. Sekarang dorang buat hal lagi.


Isu Datuk Dzul dengan Datuk Isa Samad dah lama selesai. Tak ada sebarang konflik timbul. Semua tu mainan politik pembangkang bagi menimbulkan kekeliruan rakyat.

Seingat aku. ANAK ni lah yang beriya-iya hentam FELDA kiri dan kanan. Mengutuk dan mencemuh usaha para peneroka yang menjadi nadi utama FELDA dalam menaikkan jenama ke peringkat antarabangsa. 


Dari dulu berusaha memburuk-buruk kan FELDA bagi menimbulkan huru-hara dari dalam supaya organisasi goyah. Supaya pelabur dan para peneroka hilang kepercayaan terhadap FELDA. Jelas cubaan dan gerakan jahat untuk menutup periuk nasi para peneroka. 

Kini...Tiba-tiba berubah jadi malaikat mempertahankan FELDA?? Banyak lawa kau punya topeng ANAK? 


Bila bahang PRU13 semakin terasa. Muka asal mereka yang jelas tertulis fitnah dan dakyah telah semakin melekat di minda peneroka. Jadi mereka kena ubah sikit strategi dengan mengadakan sikit lakonan lawak tak menjadi dorang. 

Untuk itu, mereka terpaksa mengenakan TOPENG jahanam bagi menipu rakyat khususnya peneroka. Kononnya merekalah pejuang FELDA disamping Datuk Dzul. 


Dulu korang balun bertubi-tubi.. Datuk Dzul kena pertahan dan jawab segala Fitnah korang. Piirahh!


Peneroka dah tahu yang mereka ini datang dengan topeng senyum sambil berjabat salam dengan tangan kanan. Tangan kiri pula di sorok kebelakang dengan pisau. Peneroka sudah masak dengan taktik mereka dan kami sudah bersedia.

Tak cukup timbulkan isu Datuk Dzul. Mereka sengaja nak timbulkan isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di bursa saham. 

Kalau main hentam keromo dan main cakap, semua orang boleh buat. Mereka tahu kalau FELDA teruskan penyenaraian akan lebih banyak dana terbentuk. Dengan ini organisasi FELDA akan bertambah masyuuukkk! Secara tak langsung para peneroka juga akan turut rasa tempias kebaikan penyenaraian ini.

Sila baca AgendaDaily untuk lebih lanjut.

Tuesday, December 6, 2011

Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan FELDA/ FAM 2011-12

Tetamu kehormat 
Felda dengan kerja sama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menganjurkan kejohanan futsal kebangsaan. Sumbangan FELDA kepada pembangunan sukan negara terutamanya dalam bola sepak dan futsal terselah dengan pengajuran kejohanan kali kelima ini.

Datuk Dzul
Melalui langkah kehadapan ini FELDA dapat mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan anak peneroka dalam sukan futsal. Untuk pengetahuan pembaca, hampir kesemua tanah rancangan FELDA mempunyai padang futsal tersendiri.


Jadi kebolehan anak peneroka dalam sukan futsal tidak boleh disangkal lagi dan kejohanan ini menjadi pentas kepada anak-anak muda menampilkan kebolehan bagi memungkinkan diri untuk mewakili negara. 
Senator Gan Ping
FELDA rupanya bukan sekadar menganjurkan, malah merupakan penaja utama dalam kejohanan ini. Jumlah tajaan terkumpul yang datang daripada beberapa anak syarikat FELDA adalah bernilai RM2 JUTA!
Datuk Dzul  menyerahkan cek RM2 juta
Puak pembangkang jangan cuba untuk memutarbelitkan tentang perkara ini. Kerana jelas keutuhan kewangan syarikat yang bernilai berbilion-bilion memungkinkan jumlah tajaan sedemikian. Sebelum ini mereka malalak dan menjaja bahawa FELDA muflis. Kini pembangkang muflis akal dengan kehebatan FELDA. 
Antara Penaja 
Seramai 32 pasukan akan berentap bagi memegang takhta juara sekali gus membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai! Fuh meleleh puak pembangkang tengok ni semua. 

Proses Undian Berlangsung
Hadiah dipecahkan mengikut kategori seperi berikut







KATEGORI NILAI (RM) KESELURUHAN (RM)

Johan Peringkat Kumpulan (L/P) 10,000 40,000

Naib Johan Peringkat Kumpulan (L/P) 5,000 20,000

Johan (L/P) 40,000 80,000

Naib Johan (L/P) 20,000 40,000

Pasukan Kalah Separuh Akhir (2 Pasukan L/P) 7,500 30,000

Pemain Terbaik (L/P) 1,500 3,000

Penjaring Terbanyak (L/P) 1,000 2,000





Nampak tu? Betul-betul lumayan.

Majlis Undian Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan telah dilancarkan oleh Senator Gan Ping Shou petang tadi di Dewan Perdana FELDA.

Ikrar wakil para pasukan
Jadual Perlawanan

Hindraf Lebih Dulu Meroyan Rupanya

Puak Hindraf semakin ligat meracun kaum India secara licik. Semakin banyak dakyah kotor di sebar kepada kaum India pedalaman yang kononnya mereka tersisih. Kononnya mereka ditindas, dibunuh secara halus dan sebagainya.

Majoriti penduduk India Malaysia sendiri menolak keras gerakan Hindraf yang ternyata terpesong dari hala tuju ke arah Malaysia yang lebih aman. Banyak fakta yang dicanangkan tidak lengkap dan hanya separuh jalan sahaja.

Pemimpin Hindraf dan gerakan ahlinya kelihatan hebat menuntut bermacam-macam dari kerajaan. Bukan sahaja kerajaan Malaysia malah kerajaan British. Kelihatan seolah-olah tiada kebaikan atau keadilan berlaku terhadap kaum India di Malaysia.

Tapi hakikatnya, hanya mereka (hindraf) sahaja yang meroyan dan melalak tidak tentu pasal dalam negara. Kerana jelas tuntutan mereka tidak berlandaskan kronologi sejarah yang tepat. 

Setiap tuduhan liar mereka terhadap Kerajaan dan FELDA satu persatu telah di sangkal. Kerana pimpinan Hindraf yang diterajui oleh peguam pembelit telah terbelit oleh kata-kata mereka sendiri. Lalakkan mereka tidak lebih hanya menganggu keharmonian kaum-kaum yang hidup aman di bawah satu bumbung.

Tak habis-habis menghebahkan mengenai pemberian 10 ekar tanah kepada orang melayu tetapi tidak kepada kaum india? Sempit sungguh perjuangan mereka.

Kerajaan melalui Felda dari sejak penubuhan pada 1958 telah membuka peluang kepada semua kaum di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Tetapi diperingkat awal, banyak di antara peneroka awal tarik diri dari meneroka kerana tidak tahan. Ada Melayu, Cina dan India yang keluar dari program ini. 

Jadi disini bagaimana kerajaan dan Felda pula dipersalahkan jika ada dikalangan peneroka awal tarik diri. Perlu diingatkan bahawa kerajaan dan Felda terpaksa menanggung kos kekurangan tenaga pekerja akibat ada yang lari.

Mereka turut menuduh bahawa pemberian tanah tidak seimbang. Jika diselidiki jumlah penduduk ketika itu tidak sampai 10 juta orang. Pecahan kaum menunjukkan Melayu 60%, Cina 25%, India 8% dan lain-lain 5%. 

Maka pecahan pemberian tanah adalah dilihat adil mengikut jumlah polarisasi penduduk.

CONTOH, Gambaran mudah jika terdapat beberapa pecahan kumpulan pelancong yang diuruskan sebuah syarikat perlancongan ingin menyediakan kemudahan pengangkutan. Ada 4 buah kumpulan dimana terdiri 5 orang, 8 orang, 25 orang dan 60 orang. 

Jika kumpulan 5 orang dan kumpulan 8 orang diberi sebuah van sebagai pengangkutan. Takkan lah kumpulan 25 orang dan kumpulan 60 orang boleh dimuatkan dalam sebuah van. Jelas tidak logik dan adil. Keselesaan diterima oleh dua kumpulan tapi tidak kepada dua kumpulan lain.

Lagi sekali pemberian peluang mengikut pecahan jumlah kaum di Tanah Melayu sewaktu itu adalah bertepatan bagi mengelakkan lebihan pada sesebuah kaum.

Kalau tanah sudah diberi tapi lari. Nak buat macam mana? Memang lah berkurang pegangan jumlah perusahaan kelapa sawit dikalangan kaum India. Sendiri cabut, menuduh FELDA pula yang tidak adil.

Pembangkang Jual Melayu dan Islam

Kebangkitan menentang pembangkang semakin membara di kalangan rakyat apabila gerakan dan sebaran dakyah pembangkang semakin jelas menyimpang sehingga sanggup melacurkan kedaulatan Melayu dan Islam.

Pengkhianat!! Antara perkataan spontan terpacul dari mulut para peneroka apabila terlintas salah satu parti perosak bangsa dan agama PKR, PAS dan DAP.

Kata-kata Timbalan PM, Tan Sri Muhyiddin memang tepat menusuk kepada pakatan jijik pembangkang. 

Suara PAS dalam memperjuangkan Islam dan Melayu dilihat tidak relevan untuk Rakyat dan usaha mereka sering diperkotak-katikkan seperti sampah dalam pakatan.

Peringkat akar umbi PAS sememangnya sudah sedar akan kelemahan pemimpin parti mereka. Dalam PAS sendiri sudah ramai yang menjadi kelompok atas pagar.

Sejak insiden DMUC sudah menampakkan bertapa samdolnya kepimpinan pembangkang. Sanggup membenarkan yang haram dan mengharamkan yang halal. 

Sultan Selangor sendiri mengakui wujud gejala memurtadkan orang Islam di Malaysia. Tetapi juak pembangkang bermati-matian mempertahankan aktiviti yang jelas bercanggah dengan perlembangaan. Kecuali Hassan Ali.

Lagi sekali tindak tanduk Pengkhianat yang sememangnya ditolak dan di tentang bulat-bulat oleh para peneroka.

Apa yang di katakan oleh Muhyiddin dalam perhimpunan agung 2011 memang selari dengan apa yang kami para peneroka nampak. Dan rata-rata para peneroka  sudah jelak dengan cubaan jahat pembangkang menghasut kami para peneroka.



Tuesday, November 15, 2011

Petugas FELDA Dapat Banglo

Gambar Hiasan
Sedang peneroka semakin meningkat taraf hidup sehingga mampu membina banglo bertingkat dan bekereta. Tapi masih ada kakitangan Felda masih menduduki rumah usang yang hanya mempunyai dua bilik sahaja. 

Akhirnya para kakitangan Felda akan disediakan kuaters yang lebih selesa apabila Datuk Ahmad Maslan mengumumkan mulai tahun depan, pengurus-pengurus rancangan Felda dan kakitangan Felda akan disediakan rumah yang lebih besar dari jenis Semi D sehinggalah ke banglo. Alhamdulillah!


Harga rumah-rumah yang bakal dibina ini antara RM160 ribu sehingga RM270 ribu. Kami peneroka tumpang gembira dengan berita baik ini kerana bagi kami benda ini sememangnya layak untuk semua warga Felda.

Kami sedia maklum bahawa sejak Felda wujud sejak awal 1950an kediaman / kuaters kakitangan Felda tidak pernah dipertingkatkan. Kami berharap proses peningkatan kediaman petugas Felda ini selari dengan kediaman para peneroka. 

Tapi kami peneroka ingin mengingatkan kepada para pegawai Felda kerana masih terdapat beberapa kediaman para peneroka dalam keadaan daif seperti di Palong Timur 02. 

Kami diberitahu bahawa pemilik rumah terbabit telah memohon pinjaman untuk membesarkan rumah sebanyak TIGA kali tetapi tidak DILAYAN! Harap para pegawai Felda dan orang kuat Felda turun padang melihat dan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin sebelum parah menjadi barah mainan pembangkang.

Minta Jasa Baik Pihak Berwajib Felda Bertindak Mengenai Pekara Ini

Monday, November 14, 2011

Tahniah Kepada Penerima Anugerah Semai Bakti 2011

Datuk Ahmad Maslan
Seramai 22 orang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Semai Bakti tahun ini. Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf usaha tidak mengenal lelah para kakitangan Felda seluruh Malaysia yang sama-sama memacu organisasi ke peringkat Global. 


Tan Sri Isa Samad
Ada diantara mereka ini telah berkhimat selama lebih 30 tahun dan usaha mereka tidak terhenti disini kerana mereka ingin terus berbakti kepada Felda.

Penerima Anugerah
Walaupun urusan yang dilakukan oleh mereka ini adalah bersifat setempat. Namun, komitmen penuh mereka menjayakan Felda telah memberi impak paling berkesan bagi merealisasikan semua harapan peneroka tanah rancangan. 

Kategori Anugerah yang dikurniakan dan jumlah penerima adalah seperti berikut:
Anugerah Darjah Utama - 1 orang
Anugerah Darjah Kedua - 6 orang
Anugerah Darjah Ketiga - 11 orang
Anugerah Pengurus Terbaik - 4 orang


Para Penerima Anugerah
Timbalan Pengarah Besar Perladangan dan Perkebunan, Mohd Nor Bin Kailany mengetuai para penerima Anugerah Semai Bakti 2011 ini.

Kami peneroka ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi serta tahniah kepada kakitangan Felda yang terpilih untuk merangkul Anugerah terhebat ini. 

Kerana sebahagian pemenang anugerah ini adalah kawan-kawan kami untuk berbincang dan tempat berkongsi pendapat. 

Hasil keakraban antara peneroka dengan kakitangan Felda ini lah yang membimbangkan pihak pembangkang. Kerana benteng pertahanan Felda semakin kebal dari diracun mereka. Sebab itu mereka sedaya upaya menabur fitnah memburukkan usaha rakan-rakan kami kakitangan Felda. 

Dakyah yang pernah digunakan pembangkang adalah mengatakan Felda Bankrap/Muflis. Ramai rakan kami di dalam terperanjat ketika isu ini dilalakkan pembangkang. Tapi kami peneroka sudah masak  tentang mainan sampah Fitnah pembangkang yang cuba-cuba melongkangkan minda peneroka. 

Kini kami peneroka dan kakitangan Felda akan gempur habis-habisan memateri mulut pemfitnah laknat si pembangkang. 

Thursday, November 3, 2011

Belia FELDA Bersaing Merebut Anugerah

Majlis Pelancaran Anugerah Belia Felda Malaysia 2011 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Felda Villa, Kuala Lumpur semalam.

Pelancaran ni memang dinanti-nantikan oleh semua para belia dan beliawanis FELDA seluruh negara. 


Semua belia terdiri daripada individu atau berkumpulan rupa-rupanya telah pun mula giat menggerakkan pelbagai aktiviti sejak awal tahun lagi bagi merebut takhta dalam beberapa kategori anugerah ini.



Antara kategori yang dipertandingkan:
1- Persatuan Belia Cemerlang FELDA Malaysia
2- Persantuan Belia Terbaik Bidangan
3- Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia dan Beliawanis FELDA Malaysia.
4- Anugerah Usahawan Jaya Belia Tani FELDA Malaysia
5- Anugerah Usahawan Jaya Belia Industri FELDA Malaysia
6- Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Belia FELDA Malaysia
7- Anugerah Pencapaian Sukan Belia FELDA 
8- Anugerah Pencapaian Kesenian Belia FELDA Malaysia
9- Anugerah Personaliti Istimewa (OKU) Belia FELDA Malaysia
10- Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM
11- Anugerah Khas ABFM: Majlis Belia FELDA Wilayah Terbaik


Pemenang untuk setiap kategori akan menerima wang tunai, piala iringan dan sijil penghargaan. Jumlah keseluruhan wang tunai untuk anugerah ini dianggarkan bernilai lebih RM50,000. 



Tujuan anugerah sebegini dijalankan adalah untuk memberi galakan serta membentuk jati diri para belia FELDA untuk menjadi sebahagian kepada kemajuan negara.

Keputusan pemenang bagi setiap anugerah akan berlangsung pada Februari 2012. 

Kami peneroka lihat jumlah wang tunai untuk setiap kategori tidak pernah dipinda atau meningkat sejak 2006 lagi. Nilai saham FELDA meningkat, harga sawit dah naik, tapi untuk hadiah anugerah berprestij ni macam tu jugak.

Belum sempat kami nak suarakan, tak disangka Datuk Ahmad Maslan sudah lebih dahulu membangkitkan perkara ini. Rupanya Ahmad Maslan dalam frekuansi yang sama dengan kami peneroka dalam hal ni.

Ahmad Maslan memberitahu, perkara ini akan diperbincangkan bersama pihak atasan FELDA bagi merealisasikan pindaan ini. Terima Kasih Datuk kerana peka kepada permintaan kami.

Thursday, October 20, 2011

Kerjasama FELDA dengan Cardiff City FC


Memang hebat, semakin banyak peluang diterima peneroka sejak akhir-akhir ini. Kalau dulu pelbagai insentif bantuan dan bonus diterima, kali ini peneroka dapat lagi suntikan bagi mengembangkan komuniti sukan bola sepak untuk anak FELDA.

Isnin lepas, 17 Oktober, FELDA telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kelab Bola Sepak Inggeris, Cardiff City bagi menggerakkan program pembangunan komuniti melalui sukan bola sepak. 

Perjanjian telah ditandatangani oleh Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab dan Pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee.

Nampaknya anak-anak peneroka FELDA selepas ini bakal menerima latihan bola sepak ala "English Club" bagi mencungkil bakat terpendam di kalangan anak-anak peneroka. 

Dua tenaga pengajar dari kelab terbabit iaitu jurulatih, Kevin Cooper dan bekas pemain, Matthew  Holland sudah berada di Malaysia bagi melatih anak-anak peneroka.

Projek perintis dah pun bermula sejak 19 September di Felda Jengka, Pahang dengan jumlah peserta seramai 70 anak peneroka. 

Disebabkan reaksi positif diterima di kalangan peneroka, Dzulkifli mengatakan bahawa FELDA dalam perancangan memperluaskan program ini ke semua 317 skim di seluruh negara yang melibatkan sejumlah 300,000 kanak-kanak.


ps: anak peneroka jer ker? saya nak jugak..manalah tahu terpilih untuk main kat English league.

Anak Peneroka Dapat Lesen Senggara Pesawat


Syukur Alhamdullilah, segala penat lelah anak-anak peneroka untuk berkembang dalam bidang teknologi kejuruteraan pesawat sudah pun berada dalam genggaman.

Daripada sejumlah 46 penerima lesen senggara pesawat yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Kompleks MAS, Sepang. Seramai 29 orang adalah anak peneroka FELDA yang datang dari pelbagai tanah rancangan.
Penyampaian Lesen di majlis 100 tahun perkhidmatan udara


Manakala daripada 29 anak FELDA tadi, seramai 11 orang daripada mereka adalah golongan hawa yang telah diiktiraf layak menjadi jurutera senggara pesawat.



Kejayaan anak FELDA ini telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan ini membuktikan transformasi yang dijana oleh Datuk Seri Najib bersama golongan Profesional FELDA bukanlah janji kosong kepada kita semua para peneroka.


"Tahniah diucapkan kepada anak-anak peneroka yang berjaya. Kami amat berbangga dengan pencapaian anda semua walaupun anak-anak semua datang dari tanah rancangan yang berbeza"

Segala usaha peneroka selama ini yang membanting tulang memerah keringat bersama FELDA amat berbaloi kerana dapat melihat anak serta cucu mereka hidup berjaya dengan kerjaya yang bersesuaian dengan teknologi semasa.

Ahli keluarga FELDA mengambil gambar kenangan
Kelihatan ibu FELDA seronok merakam 

Sunday, October 16, 2011

Rampasan KUASA dalam FELDA?!

Meroyan lagi pihak dan blogger pro-pembangkang yang terus menerus menyebarkan fitnah kononnya Tan Sri Isa Samad merampas kedudukan sebagai pengerusi Koperasi Peneroka Felda (KPF). 

Tak habis-habis pusing cerita. Mereka yang melalak ini bukannya di kalangan peneroka. Tapi orang luar yang kononnya memperjuangkan hak peneroka? Walhal mereka ini tidak mengetahui langsung mengenai proses perlantikan satu-satu kedudukan / pangkat dalam FELDA.

Mereka ini hanya sekadar penonton yang membuat bising dalam panggung!!

Penonton jenis ni memang selalu seronok mengkritik cari salah orang. Jalan cerita tak best lah, pelakon kaku lah, skrip tak bagus lah dan macam-macam lagi.

Sedangkan penonton yang memekak ni satu apa pun tak tahu pasal menghasilkan Filem.

Begitulah mereka, kritik macam Pro..tapi sebenarnya PeROsak. Satu apa tak tahu pasal proses dalaman FELDA. Tapi berlagak macam orang paling layak memimpin FELDA. 

Kita layan video ni. Tan Sri jelaskan mengenai perlantikan beliau dalam KPF. 


Tiada Rampasan Berlaku! 

Dah jelaskan pun.. mereka akan pusing juga ceritanya..Peneroka dah masak dengan perangai dorang ni.




Friday, October 14, 2011

Peneroka Hebat Langsai Segala Hutang


Terbukti hebat, jujur dan amanah. Itu yang mampu diucapkan kepada seramai 102,560 peneroka yang sudah menjelaskan bayaran balik pinjaman kepada FELDA sebanyak RM3,105 juta atau RM3.1 Billion.

Ini membuatkan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR) mati akal untuk mencari titik kelemahan pengurusan FELDA. Kamarul sengaja mengajukan soalan kepada Datuk Ahmad Maslan untuk mengetahui berapa ramai peneroka yang masih berhutang. 

Jumlah yang masih berhutang hanyalah seramai 10,075 orang yang terdiri daripada RM92.863 juta pinjaman belum berbayar. Amat jauh berbeza dari angka yang disebutkan awal tadi. Ini bermakna hanya baki 9% sahaja peneroka yang masih dalam peringkat pembayaran balik pinjaman.

Sehingga 1 Okt 2011, jumlah pinjaman bagi 112,646 peneroka adalah RM3,220 juta atau RM3.2 Billion. Ini merupakan kos pembangunan yang didahulukan oleh FELDA yang meliputi kos pembersihan hutan, pembangunan ladang, pembinaan rumah dan pinjaman persendirian.

Pinjaman ini tidak termasuk bantuan sara hidup dan pinjaman lain yang disediakan FELDA berjumlah RM2,313.16 juta atau RM2.3 Billion. 


Pinjaman lain yang diberikan adalah seperti:
  • Pinjaman pembesaran rumah - RM665.01 juta
  • Skim Insentif Usahawan - RM87.60 juta
  • Pinjaman pelajaran - RM7.40 juta
  • Pinjaman komputer - RM9.66 juta dll

Sehingga kini FELDA telah mendahulukan bantuan sara hidup bagi peneroka menanam semula berjumlah RM1.4 Billion.
< Memang ada banyak lagi bantuan-bantuan dan insentif yang disediakan oleh FELDA. Bagaimana pula pihak yang sana tu boleh mangatakan FELDA muflis?! 

Pembentangan yang dilakukan oleh Ahmad Maslan telah menyebabkan pembangkang muflis idea untuk menyerang FELDA.

Kecur... meleleh air liur melihat jumlah kewangan yang diumumkan Ahmad Maslan. Sebab baru mereka tahu yang FELDA ini merupakan LUBUK EMAS negara. 

Sebab itu mereka berkempen bagai nak histeria bagi menawan Putrajaya. Dapat Putrajaya dapatlah lubuk emas tu.

Selama ini mereka tidak tahu kehebatan FELDA. 

Sebab itu strategi cuit-cuit untuk mendapat maklumat digunakan. Seperti laporan media pro-fitnah mereka mencuit mengatakan FELDA MUFLIS!.

Pihak FELDA pula tiada pilihan, mesti menunjukkan kewangan FELDA kepada umum bagi mengembalikan keyakinan peneroka.

Kami peneroka sudah boleh membaca modus operandi mereka. Sebab itu majoriti tidak segelumit pun kata-kata FITNAH bawaan pembangkang kami percaya.

Peneroka: "Jangan Cuba Hasut Kami"

Itulah yang disuarakan oleh para peneroka apabila media fitnah pro pembangkang cuba menyebarkan propaganda memburukkan institusi FELDA yang selama ini membela nasib kami peneroka.

Dari artikel sebelum ini sudah menerangkan mengenai dakyah yang disebarkan sebagai usaha meruntuhkan kepercayaan para peneroka terhadap FELDA. Cubaan mereka untuk memutarbelitkan fakta mengenai penetapan harga serta penggredan tandan sawit yang hanya berkesan sementara.

Dalam tahun ini juga mereka sudah memutarbelit, mengatakan FELDA sudah bankrap. Sebagai peneroka, pada mulanya terkejut dengan sebaran berita sebegini. Tapi setelah di teliti segala data dan maklumat kewangan dari FELDA. Semua sebaran itu ternyata FITNAH.

Jika individu itu diisytihar bankrap, secara teknikalnya dia akan dianggap mati. Ini kerana tiada urusan jual beli dapat dilaksanakan dan semua transaksi kewangan dianggap tidak sah atau terbatal.

Sesiapa yang pernah mengalami situasi bankrap akan memahami. Bila diisytihar muflis, segala akaun bank, aset, rumah, tanah dan kereta akan dibekukan. Atau paling teruk boleh dirampas. 

Semua urusan perundangan terhadap si muflis ini diputuskan mahkamah dengan di intergrasikan dengan Bank Negara.

Sekarang cuba fikirkan, kalau FELDA muflis bagaimana kami peneroka masih mampu menerima bayaran hasil sawit dari pihak FELDA sehingga ke hari ini. Bukan sekadar hasil sawit, malah bonus, elaun serta bantuan jutaan ringgit juga diterima daripada pihak FELDA.

Kalau syarikat anda muflis, adakah anda mampu nak bayar gaji, bonus, overtime, claim pekerja anda? Sudah tentu tidak. 

Pembangkang nampaknya semakin terdesak untuk terus memburukkan FELDA, namun satu persatu dakyah mereka disangkal oleh para peneroka sendiri.

Dalam keadaan gendang pilihanraya semakin kuat kedengaran, para peneroka kehairanan kerana tiba-tiba para pemimpin pembangkang meroyan menyebarkan fitnah kepada para peneroka. 

Mereka datang dengan jabat salam menghulurkan bantuan, tapi sebelah tangannya terlindung memegang pisau hanya menanti untuk menikam kita.

Itulah yang sudah berlaku dan para peneroka akan memastikan perkara begini tidak akan berlaku lagi selepas ini. 

Jadi "Jangan Cuba Hasut Kami".

Wednesday, October 12, 2011

Gerakan Menghasut Peneroka FELDA

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak cubaan untuk merosakkan institusi FELDA dari dalam. 

Kalau diperhatikan dari mula tertubuhnya FELDA pada tahun 1956 sehingga tahun 1980an tidak timbul sebarang isu kurang puas hati dikalangan peneroka.

Tiba-tiba selepas alaf baru, tahun 2000, pelbagai isu timbul dan untuk maklumat pembaca semua masalah bukan berpunca dari peneroka mahupun pihak dalaman FELDA itu sendiri. 

Tetapi berpunca dari anasir luar yang telah menyelinap masuk bagi memecahkan tembok kepercayaan peneroka terhadap pentadbiran FELDA. Jelas menunjukkan bahawa masalah yang timbul hanya lebih kepada salah faham serta terkeliru segelintir kecil peneroka kerana teracun oleh pihak lain.

Pihak anasir jahat ini telah membakul sampahkan pemikiran peneroka dengan mengatakan bahawa peneroka telah ditipu oleh pihak FELDA!

Mereka mengatakan kepada para peneroka di sesebuah tanah rancangan.  FELDA telah membeli harga tandan sawit mereka dibawah nilai sebenar dari sejak mula dibuka.

Mereka yang melakukan gerakan mengfitnah ini, turut mendakwa bahawa  pengredan tandan sawit tidak dilaksanakan dengan telus. 

Walaubagaimanapun majoriti para peneroka bijak meneliti dan tidak mempercayai dakyah terbabit, kerana mereka tahu segala yang dicanangkan oleh gerakan pengfitnah ini adalah tahyul serta FITNAH semata-mata.

Para peneroka tahu setiap isi kandungan perjanjian mengenai "Bayaran Kembali" (BK) dari mula kawasan rancangan dibuka.

Peneroka tahu proses peggredan yang dilakukan, serta proses pembayaran yang di laksanakan oleh FELDA.

Jika penipuan berlaku, mana mungkin mereka mampu menyara keluarga dengan keringat menjadi perintis kawasan rancangan. Mana mungkin kami peneroka mampu menghantar anak-anak kami belajar di Universiti.

Mereka juga tidak mungkin dapat menunaikan Ibadah Umrah atau Haji dan Ini semua kerana hasil keringat kami bersama FELDA dan kami amat berterima kasih kerana peluang yang diberikan.

Saturday, October 8, 2011

Durian Runtuh Untuk Seluruh Peneroka Felda


Koperasi Felda

Rasanya kita semua sebagai peneroka pasti gembira apabila FELDA dimasukkan dalam intipati Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hari ni.

Dalam bajet ni Najib umumkan ada satu lagi syarikat Felda yang akan disenaraikan ke Bursa Saham. Aku tengok memang bertepatan dengan perkembangan FELDA selama ini. 

Sebelum ini, syarikat gula MSM disenaraikan ke Bursa. Masa tu aku tengok, tak sampai sejam diniagakan, harga saham dah melonjak dari RM3 ke lebih RM4 seunit. Yang untung sudah tentu kita semua sebagai peneroka. 

Kali ini, Syarikat Felda Global Ventures Holdings (FGVH) pula dicadangkan ke Bursa Saham. Dengarnya dalam pertengahan tahun hadapan 2013.

Mungkin ramai peneroka dah nampak, ya lah. Bila dah disenaraikan, ramailah pelabur dalam dan luar negara yang akan letak duit melabur dalam FGVH ni. Ini bermakna dana bernilai jutaan ringgit akan terbentuk apabila disenaraikan. 

Kita peneroka sebagai, pemilik saham melalui Koperasi Permodalan FELDA akan merasa tempias pulangan keuntungan melalui dividen kelak. 

Serampang dua matalah kiranya. Untung dividen MSM kita dapat, untung dividen FGVH pun kita dapat jugak. Alhamdulillah syukur.

Ini semua berkat usaha dan kesabaran para peneroka yang merupakan nadi penjana ekonomi negara terutama mereka yang menjadi perintis di dalam Felda. 

Harap pihak Felda dapat menyediakan program latihan mengenai saham ni. Sebab ramai para peneroka ni nak belajar melabur sendiri di Bursa Saham tu. 

Bukan nak tamak, cuma ilmu ni bersesuaian untuk warga Felda yang sudah berusia. Lagi pun aktiviti jual beli saham ini akan merancakkan ekonomi dan aliran tunai dalam negara. Mungkin lepas ni berduyun-duyun peneroka Felda akan berlabuh di bangunan Bursa Saham Kuala Lumpur yang kebiasaannya dikuasai oleh kaum lain.

Friday, October 7, 2011

Balai Sejarah FELDA




Ketika berkunjung ke Balai Sejarah Felda, fikiran mula menggambarkan suasana lesu, hambar dan bosan. Namun segalanya berubah apabila kehadiran saya di sambut oleh En Kamal yang telah membantu untuk memberi segala maklumat mengenai FELDA. 


En Kamal
Cara penjelasan satu-persatu mengenai Felda diterangkan dengan menarik oleh Kamal. Setiap gambar yang dipamerkan mempunyai cerita yang tersendiri. Oleh itu sekadar membaca penerangan ringkas pada gambar terbabit tidak mencukupi. Tunggu sahaja apabila beliau  menerangkan kisah disebalik setiap gambar. Anda pasti tertarik.


Selain daripada itu, balai yang telah beroperasi sejak 10 Julai 1987 ini mengandungi banyak alatan-alatan dan produk dipamerkan bagi memperkenalkan lebih terperinci mengenai Felda. Semua maklumat diletakkan setempat di aras bawwah, Wisma FELDA yang mempunyai keluasan 6,232 kaki persegi.
Antara Bahan Pameran


Segalanya boleh diterangkan oleh En Kamal yang boleh saya katakan sebagai "Wikipedia bergerak". Insyaallah beliau akan dapat kongsikan segala ilmu yang terpendam di benak fikirannya.




 BAHAN-BAHAN PAMERAN :
  • Pembangunan Awal Rancangan FELDA.
  • Lawatan Pembesar Luar Negara.
  • Teknologi Pertanian.
  • Aktiviti Syarikat Kumpulan FELDA.
  • Anugerah-Anugerah.
  • Aktiviti Peneroka/Penerokawati.
* Terdapat 6,665 Koleksi gambar
ARTIFAK :
  • Peralatan Pertanian.
  • Barang-Barang (SAWARI).
  • Alat-Alat Pementasan Bergerak (KUSENI).
  • Contoh Rumah Peneroka.
WAKTU DIBUKA :
  • Isnin – Jumaat
  • 8.00 Pagi - 5.00 Petang
  • Masuk PERCUMA



Wednesday, September 21, 2011

Innovasi Industri Pemasaran Pemakanan Untuk Warga FELDA


Matlamat FELDA 2012 untuk memasarkan produk keluaran usahawan FELDA di bawah Program Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI) dilihat berjaya apabila FELDA telah  mengetengahkan 15 jenis produk makanan terdiri daripada sejukbeku dan kerepek yang melibatkan 7 orang pengusaha warga FELDA untuk pasaran antarabangsa.


Bilangan produk ini dijangka bertambah di masa-masa akan datang supaya pengusaha-pengusaha makanan di kalangan warga-warga FELDA yang berpotensi dapat memperoleh faedah dari operasi pemasaran yang di jalankan oleh FELDA ini.


Untuk memastikan usaha pemasaran ke peringkat antarabangsa berkembang pantas. FELDA telah membentuk satu persefahaman dengan E Frozen Food PTE LTD pada 19 September 2011 lalu. 


Usaha ini di jangka dapat mewujudkan rangkaian produk makanan keluaran usahawan FELDA khususnya makanan sejukbeku dan kerepek untuk ke pasaran Australia, Dubai dan Singapura.


Memorandum Persefahaman antara FELDA dan E Frozen PTE LTD
Respon positif telah pun diterima hasil dari persefahaman ini, apabila produk seperti Roti Canai dan Popia Gulung sejukbeku sudah menampakkan potensi di pasaran Singapura.

Selain memasarkan produk sedia ada, FELDA dan E Frozen akan bekerjasama dalam menjalankan kajian untuk pembangunan produk baru yang telah dikenalpasti mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Sebelum persefahaman ini dibentuk, FELDA telah pun berjaya mengeskport kerepek ubi hasil usaha warga FELDA ke pasaran United Kingdom.


Tidak lama lagi produk FELDA bakal menembusi pasaran China apabila pihak pengurusan FELDA telah menerima permintaan dari Tesco Beijing untuk produk  kerepek Pisang dan Ubi.


15 produk yang berpotensi untuk dieksport


No Produk-produk

1 Mini Popia Gulung

2 Roti Canai

3 Pisang Goreng

4 Getok Ubi

5 Getok Ubi Merah

6 Kasturi

7 Cucur Badak

8 Karipap Kentang

9 Samosa Kentang

10 Popia Otak-otak

11 Donut

12 Pau Goreng Kacang Merah

13 Pau Goreng Sambal

14 Chip Ubi

15 Chip Pisang