Sejak penyampaian lesen teksi individu oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 25 Mac lalu. Pihak SPAD telah menerima lebih 12,000 permohonan lesen teksi individu dari seluruh negara.
Respon luar biasa ini menunjukkan pemandu teksi mengiktiraf transformasi kerajaan yang terbukti memperjuang dan menjaga kebajikan mereka.
Kata mereka tahun sudah dibawah Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA), dah dapat skim insurans dan subsidi tayar melalui Bantuan Tayar 1Malaysia (BT1M).
Tidak sampai setahun, mereka dapat pula lesen teksi individu. Peringkat awal, seramai 1,000 pemandu teksi menerima lesen individu setelah melalui proses saringan.
Kesemua mereka, akan menggunakan Proton Exora yang akan dijadikan Teksi 1Malaysia (TEKS1M). Ia bersesuaian dengan transformasi perkhidmatan teksi yang sudah lama dengan imej kenderaan kompak proton wira, iswara dll selama ini.
Untuk makluman pembaca, pengenalan TEKS1M ini dilakukan dengan berhati-hati dengan mengambil kira maklum balas dan kajian teknikal pelbagai pihak. Hasil dari kajian itu, beberapa ciri tambahan dimasukkan kepada TEKS1M Exora bagi memberi kepuasan kepada semua peringkat pengguna iaitu penumpang, pemandu dan pengusaha teksi.
Antara ciri-cirinya adalah tempat duduk belakang berhawa dingin, kemasan pada ruang tangki NGV, warna dwi tona keemasan, mesin pembayaran kad debit dan kredit.
"Model ini boleh didapati dalam modul kawalan automatik dan manual bagi memberi pilihan kepada mereka termasuk dibekalkan sistem perayauan, peranti sistem kedudukan global (GPS), beg udara, sistem brek antikunci, brek agihan elektronik dan sarung kerusi kulit," tambah Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid.
Dijangkakan seramai 60,000 pemandu teksi bakal menggunakan TEKS1M dalam tempoh lima hingga 10 tahun dan buat masa ini harga permulaan meter adalah RM3.
"1,000 pemandu akan mendapat rebat RM5,000 daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad bagi pembelian model itu menjadikannya hanya RM59,000 seunit (Harga asal RM64,000)," ujarnya.
Proses yang agak panjang ini menunjukkan SPAD dan kerajaan tidak mahu memberikan janji dengan tergopoh-gopoh atau tangkap muat. Ia bagi memastikan pemandu teksi mendapat hasil transformasi yang berkualiti untuk jangkamasa panjang.
Usaha ini selari dengan deklarasi manifesto kerajaan sebagai sebuah AKUJANJI yang bermaksud ia PASTI akan dilaksanakan. Insyaallah!
Jadi tidak timbul SPAD dan kerajaan sengaja melengah-lengahkan perlaksanaan lesen teksi individu ini. Kita tidak mahu ia jadi seperti manifesto jinggay pakatan pembangkang yang terburu-buru memuatkan segala bagai janji beracun kepada rakyat dengan mekanisme perlaksanaan yang kabur.
Jangan kita lupa kata hikmah mereka yang menjadi igauan rakyat sampai bila-bila.
Rata-rata pemandu teksi yang hadir ke majlis pelancaran TEKS1M semalam kagum dengan kepelbagaian ciri serta warna elegan dwi tona teksi berkenaan. Ada yang tak sabar hendak memulakan perkhidmatan dengan teksi terbaharu ini.
Perisik: Ada brader teksi minta pasang kerusi urut. Agak-agaklah bro!
No comments:
Post a Comment