Sunday, April 28, 2013

Husam Menangis Lagi Di Putrajaya!!


Gambar di atas membuatkan Husam menitiskan air mata buat kali kedua kerana kehadiran orang ramai di ceramah anjuran jentera BN Putrajaya telah menghimpunkan lebih 80% rakyat yang sememangnya mengundi di parlimen P125 itu. 

Pegawai polis yang berkawal di situ menganggarkan lebih 8 ribu hadirin memenuhi ruang khemah sehingga melimpah ke jalan raya dan lebuh raya serta setiap kediaman Precint 9.

Antara tetamu yang hadir adalah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah, bekas pegawai khas Husam Musa, Syed Azidi (Kickdefella), Ustaz Rujhan Abd Rahman dan calon BN parlimen Putrajaya, Dato Tengku Adnan.


Hadirin telah didedahkan dengan kelemahan pentadbiran PAS di Kelantan khususnya Husam yang hanya gah mengumumkan segala bagai projek tapi buatnya tidak! Rata-rata projek Husam umumkan setakat peringkat pecah tanah dan batu asas. 

Orang ramai juga terkejut dan istighfar setelah didedahkan dengan penyelewengan akidah oleh barisan-barisan pimpinan pakatan haram pembangkang yang terang-terangan sesat dari landasan perjuangan Islam sebenar!

Husam sebelum ini, mendabik dada dengan kehadiran ribuan penyokong PAS membanjiri Putrajaya dalam setiap ceramah yang dianjurkan. Faktanya, dari laporan diterima lebih 90% yang hadir terdiri daripada orang luar Putrajaya yang datang dari Shah Alam, Klang, Subang, Damansara, Ampang, Bangi malah ada juga tiba dari Negeri Sembilan.

Calon PAS Parlimen Putrajaya ini menghebahkan dalam akhbar buletin 'mee segera' mereka bahawa beliau menitiskan air mata kerana terharu dengan sokongan orang ramai yang memenuhi ruang ceramah PAS di Putrajaya. 

Hakikatnya PAS telah menghantar surat kepada setiap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri-Negeri dan Kawasan-kawasan yang me"WAJIB"kan semua cawangan terutamanya sekitar Selangor untuk datang ke ceramah di Putrajaya. Gambar dibawah adalah salah satu surat arahan yang didedahkan oleh ahli PAS sendiri.


Para pengundi Putrajaya cakap, kalau Husam nangis guling-guling pun mereka tidak sanggup memperjudikan masa depan anak cucu Putrajaya kepada calon PAS yang terbukti gagal menepati dan menunaikan janji-janjinya sepanjang menjadi DUN Salor di Kelantan.

1 comment:

  1. ntah nye... bengong btul PAS tu. nak bg calon pon bglah org kat pjaya ni kenal. kami dah sekian lama pe2 hal pon g bincang ngan ku nan. x sombong, ajak g majlis2 penduduk kat cni kalo dia x dpt dtg di antar wakil. sy ni berani ckp coz sy dah 5 thn lebih duk kat cni. infact husbnd pon citer ku nan dtg solat subuh kat surau2 sekitar pjaya nih. husam?? x pernah lg. kami pon terpukul jg ble ku nan tegur penduduk esp kat kuarters ni x ramai yg dtg solat kat surau nak nye time subuh... haha... tu sy kt kat husband haa.. bguslah tu. kan dah kena tegur. kalo pemimpin pon ble g smbyg subuh kat surau pe tah lg le yg mmg sah2 duk x jauh benor ngan surau.... al kisahnya... lg pon pe2 hal mmg byk diskas ngan ku nan n BPH je. x pernah plak rujuk jat org lain.rasanya xde isu yg sgt besar kat sini sampai nak bg kuasa kat si husam pas tu... maaflah ye en husam... next time dekat dulu ngan kami ni br ble citer nak lead kami.... ini kali mau tukar sorilah... lain kali lah ye.... itu pon kalo ader...

    ReplyDelete