Para media pun turut menerima berita tersebut bergegas ke tempat dinyatakan. Namun batang hidung pemimpin PAS itu langsung tak kunjung tiba. Maka kuciwalah para media pada hari tersebut.
Tiba-tiba pemimpin PAS telah membuat kejutan dengan melakukan sumpah di Putrajaya. Sumpah beliau seperti berikut:
"Wallahi Wabillahi Watallahi… 1sen pun duit luar yang x berhak saya terima selain elaun & gaji saya x pernah saya makan"Hek..eleh. Yang dinanti sumpah si Stopa Ali, yang muncul si Husam Hitler. Di mana Husam melakukan sumpah ni? Jawapannya bukan di masjid bukan juga di surau, tapi di Padang Permainan Presint 9, Putrajaya.
Sumpah Husam ini adalah berikutan buku seperti gambar di atas yang telah tersebar luas di beberapa kawasan Selangor dan Kelantan. Perisik difahamkan buku ini telah mendedahkan penyelewengan beberapa projek melibatkan Husam.
Buku ini telah menggusarkan Husam sehingga beliau dengan terburu-buru melakukan sumpah ikut Islam ala PAS dihadapan kanak-kanak yang datang semata-mata makan aiskrim, kek dan coklat PERCUMA! Hahaha..ntah budak-budak ni faham ke tidak apa yang Husam Hitler ni cakap apa. Ya lah lebih ramai budak dari orang dewasa.
Kalau kita lihat Najib pada Ogos 2008 telah bersumpah menafikan penglibatan atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu yang dituduh puak-puak pakatan haram. Beliau telah melakukan sumpah tersebut di hadapan jemaah-jemaah dalam Masjid Guar Perahu, Pulau Pinang selepas menyempurnakan solat Isyak.
Jadi Husam jangan berfikir dirinya telah terlepas dari kaitan penyelewengan projek juta-juta di Kelantan. Mana mau lari!!!
Dengar buku ni dibuat oleh orang PAS sendiri yang ingin mengkuburkan karier politik Husam. Ya lah DUN Salor yang cuba dipertahankan beliau pun tengah bergolak dengan pelbagai isu.
Kalau kita selidik, lihat sahaja berapa kali Husam lompat dari satu DUN ke satu DUN. Bila ada masalah je, beliau akan lari cari tempat lain. Adakah DUN Salor dan Putrajaya memerlukan pemimpin tangkap muat seperti Husam? Jangan sia-siakan nasib anak cucu di tangan si kaki fitnah ini.
Betul ka dia tak pernah terambil 1 sen yang bukan haknya selama dia hidup ? ...Saya juga berhati-hati dalam perkara ini tapi tak berani untuk bersumpah seperti ini (1 sen). Kalau dia kata "sepanjang pengetahuan saya, saya tak pernah ambil walaupun 1 sen..." boleh tahan juga ... Ini dengan yakin mengatakan " tak pernah makan duit haram walaupun 1 sen..." ...Boleh ka dia tahu dalam sepanjang hidup dia, dia tak pernah termakan, terambil yang bukan hak kita .... Tunggu saja keputusan Allah....
ReplyDeletememang le duit tu dia tak makan.. dia guna pakai je.. :D.
ReplyDeletepadan muka ko lah husam, menang kat kelantan pun tak layah jadi exco. Tu lah akibatnya menganiaya orang! Bersara sahaja lah Husam!
ReplyDelete