Sunday, January 24, 2016

Tuduhan Pelik Dikaitkan Produk McDonald's Malaysia



Perisik temui pelbagai kisah-kisah tahyul yang telah berlegar berulang kali di dalam media sosial, blogger dan forum-forum di Malaysia. Ramai pula yang terpedaya mainan nakal netizen dan para pemboikot yang ingin menjejaskan perniagaan McDonald's. Tapi elok juga dikongsikan sedikit pengalaman ni.

Antaranya ada yang berulang kali memainkan video ayam yang masih mempunyai bulu dikisar bagi mendapatkan daging hancur. Digambarkan bulu ayam menjadi sebahagian dari resepi penyediaan produk sajian McDonald's. Masalahnya ramai terus percaya dari tajuk video tersebut. Bila dilihat peralatan digunakan hanya kegunaan di rumah. Bukan tahap industri. Latar belakang video terbabit juga seperti di dalam studio. 


Saturday, January 23, 2016

Skim Insurans Bas Sekolah Dilanjutkan


Anak-anak yang menaiki bas sekolah terus mendapat perlindungan insurans sewajarnya. Skim yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri, DS Najib pada tahun 2013 akan dilanjutkan ke tahun 2016. Pengenalan insurans ini telah meringankan beban keluarga yang anak mereka terlibat dalam kemalangan sepanjang 2013 hingga penghujung 2015.

Sebelum pengenalan skim ini, jika berlaku kemalangan, kos perubatan atau kos hilang upaya terpaksa ditanggung oleh keluarga. Bantuan diterima mungkin tidak sebesar mana, sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban.

Friday, January 22, 2016

Belian Tiket Lebih Mudah Dengan KTM Mob


Pengenalan aplikasi android dan iOS yakni KTM Mob Tiket ini memberi nilai tambah kepada perkhidmatan rel keretapi di tanah air. Belian tiket kini menjadi lebih mudah dengan adanya aplikasi ini. Tidak perlu lagi berkunjung ke kaunter atau beratur panjang untuk mendapatkan tiket.

Aplikasi yang dilancarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar akan digunapakai bagi pembelian tiket perkhidmatan KTM antara bandar dan ETS. Mungkin konsep yang sama ini boleh dikembangkan kepada perkhidmatan rel lain seperti LRT STAR, PUTRA, Monorel dan akan datang MRT.

Wee Ka Siong Leraikan Kekeliruan Tentang Biasiswa JPA



Belum reda satu fitnah, ditambah dengan fitnah lain. Kali ini portal pro pembangkang, MalaysiaKini sewenang-wenangnya mengeluarkan laporan mengelirukan tentang biasiswa JPA. Berita bertajuk "Putrajaya suspends JPA scholarship amid falling revenue" telah meracuni pemikiran rakyat untuk membeci dan marahkan kerajaan.

Laporan yang dibuat ikut sedap, tanpa kajian atau siasatan terperinci bukan ciri-ciri kewartawanan beretika. Datuk Seri Wee Ka Siong dijadikan sasaran portal pembangkang tersebut setelah memutar belit kenyataan yang dibuat beliau kepada akhbar Sin Chew Daily.

Wednesday, January 20, 2016

Stadium Tun Abdul Razak Pentas Utama Felda United



Akhirnya impian untuk memiliki stadium sendiri tercapai. Stadium Tun Abdul Razak yang siap dibina dengan perbelanjaan RM92juta ini akan dijadikan sebagai medan latihan dan pertempuran pasukan bola sepak Felda United.

Stadium yang memuatkan 20,000 penonton dalam satu-satu masa ini dilengkapi kemudahan dan menetapi piawaian FIFA. Tidak perlu lagi menumpang di stadium lain selepas ini, tuan rumah Felda United kini gah dengan Stadium Tun Abdul Razak yang bertempat di Jengka.

Tuesday, January 19, 2016

Malaysia Pembekal Utama Produk McDonald's Timur Tengah


Henti-hentikanlah boikot McDonald's tu! Pada yang sudah baca artikel-artikel perisik sebelum ini akan faham. Pada yang belum, bolehlah rajin-rajin membuat carian bagi menilai dari perspektif lain. Letih kena kencing dengan pemboikot, eloklah kita rehat pasal penipuan memboikot McDonald's ini.

Mari kita pelan-pelan mengenali McDonald's Malaysia. Ramai tahu makan, tapi tak pernah ambil peduli macam mana penyediaannya. Dari mana datang burger, nugget, ubi kentang serta sayurn lain, telur, kopi dan lain-lain. Adakah semua itu Halal dan selamat di makan? 

Monday, January 18, 2016

Bengkel TPPA Medan Sebaran Fakta Perjanjian Kepada Rakyat


Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah dijadikan alat puak pembangkang dalam menyerang kerajaan. Perisik tidak begitu terkejut dengan usaha pembangkang memainkan isu ini. Kerana TPPA ini masih terlalu asing bagi rakyat Malaysia. 

Jangan salah faham, TPPA ini bukan baru kali ini atau beberapa bulan lepas dibangkitkan oleh kerajaan pusat. Tetapi telah disebut-sebut sejak 5 tahun lalu lagi. Kerana beberapa kajian terperinci perlu dijalankan bagi menilai risiko kemudaratan kecil atau besar disebalik manfaat yang bakal diterima Malaysia melalui perjanjian ini.

Sunday, January 17, 2016

HuaZong Bersama Kerajaan Majukan Negara - MCA


Perasmian Wisma HuaZong pada 16 Januari, iaitu persatuan peniaga-peniaga cina terbesar di Malaysia ini merupakan satu aspirasi penting dalam menyatukan seluruh bangsa Cina di negara ini. Perkara ini diperakui oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan berharap HuaZong menjadi hub penting dalam membantu kerajaan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

DS Liow merangkap jutaan terima kasih kepada PM, Datuk Seri Najib Razak yang turut sama memberi sumbangan dalam menrealisasikan pembinaan wisma ini di Serdang, Selangor. Sumbangan RM5juta yang diberikan pada 2011 telah ditingkatkan dengan penambahan sebanyak RM3juta bagi membantu mencukupkan kekurangan tabung dana.

Penerapan Budaya Intergriti Dalam MOT


Kementerian Pengangkutan mengisytiharkan tahun 2016 sebagai tahun integriti. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan sendiri, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi memantapkan keberkesanan mutu perkhidmatan yang disediakan buat rakyat. 

Usaha ini merupakan satu lagi komitmen kerajaan dalam memupuk budaya intergriti dikalangan warga kementeriannya. Ia bertepatan bagi memastikan perkhidmatan di semua peringkat kementerian dan agensi dibawahnya melalui satu anjakan dalam pemantapan nilai-nilai murni, etika dan intergriti. Beberapa program dan inisiatif juga telah dirangka bagi mencapat sasaran perkhidmatan yang lebih berintegriti.

Saturday, January 16, 2016

LBS Tampung Penambahan Penumpang Cuti Tahun Baru Cina



Sempena tahun baru cina yang bakal tiba ini, kita sudah dapat menjangkakan ramai warga kota yang akan pulang ke kampung halaman kerana cuti panjang. Rata-rata pengangkutan bas menjadi medium utama pada musim cuti. 

Adakah bas ia mencukupi? Kalau boleh kita tidak mahu lihat tiket bas habis tiap kali cuti. Jadi pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan proaktif telah mengeluarkan Lesen Bas Sementara (LBS) bagi memenuhi permintaan tinggi di musim perayaan. 

Friday, January 15, 2016

Program Inkubator Bantu Usahawan Wanita dan Ibu Tunggal


Peruntukan sebanyak 900 ribu telah disediakan bagi merintis program inkubator ini. Untuk makluman, terdapat dua jenis program direncanakan yakni, Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-Kit) dan Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KueNita).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berharap program inkubator ini dapat memberi kemahiran dan latihan sewajarnya dengan pemantauan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Kursus Khidmat Pelanggan Buat Pemandu Teksi


Ada saja yang tak kena bagi pemandu teksi. Terbaru isu khidmat kereta sapu Uber, GrabCar dan BlackCab yang menggunakan kenderaan mewah persendirian. Tidak semena-mena kerajaan dan SPAD dituduh beri kebenaran khidmat kereta sapu atas talian ini beroperasi. Ada yang kata permit sementara diberikan oleh SPAD.

Entah dari mana mereka dapat maklumat ini. Perlu ditegaskan pihak SPAD yang di Pengerusi oleh, Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar telah nyatakan dengan jelas bahawa khidmat kereta sapu atas talian ini menyalahi undang-undang. Ekoran daripada itu beratus-ratus kenderaan mewah pelbagai jenis telah disita oleh SPAD dalam siri operasi khas.

Wednesday, January 13, 2016

MCA Suntik Elemen Perangi Rasuah Kepada Masyarakat



Dari kaji selidik yang dijalankan oleh parti Malaysia Chinese Association (MCA) terhadap para pengundi serta masyarakat di seluruh negara. Rata-rata menyuarakan dua kebimbangan utama iaitu isu kos sara hidup dan persepsi rasuah.

Oleh yang demikian, pihak MCA telah merintis usaha dalam menjalinkan kerjasama bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggerakkan kursus anti rasuah secara berkala setiap 3-4 bulan.

Tuesday, January 12, 2016

Siapa Dalang Disebalik Boikot McDonald's?


Ramai warga Malaysia terutamanya yang terlibat dalam usaha songsang memboikot McDonald's merasakan perjuangan mereka berbaloi. Mereka berpuas hati dapat merencatkan perniagaan yang 85-90% kakitangannya terdiri daripada melayu Islam. Tapi mereka tidak tahu negara majoriti Islam yang giat dalam usaha boikot ini hanya kerap berlaku di Malaysia?!

Bagaimana dengan negara-negara Islam lain? Adakah mereka tidak sensitif dengan konflik di Palestine? Lebih pelik apabila tiada sekatan atau boikot dilakukan terhadap McDonald's yang beroperasi di Timur Tengah?! Malahan jemaah haji dan umrah turut berpeluang menikmati hidangan McDonald's di Arab Saudi.

Mungkin perisik patut nyatakan bahawa boikot di Timur Tengah hanya berlaku di Israel, melalui kempen "Not Lovin' It" seperti dalam gambar di atas! Israel boikot McDonald's?? Apa ke PELIK?

Peneroka Tergadai Tanah Kejarkan Keuntungan Bauksit!


Kadang-kadang hati-hati bila berbicara. Sebab kata-kata kita boleh jadi doa yang tak tahu bila akan makbulnya. Masih ingat dengan fitnah terhadap FGV yang dikatakan gadai tanah peneroka lebih 360,00 hektar. Pemimpin pakatan yang berkata, kita fahamlah sewel mereka. Tapi bila ada peneroka tumpang sekaki fitnah sendirilah cari bala.

Terletus sahaja isu bauksit di Pahang, telah membuka pekung peneroka Felda Bukit Goh yang gelap mata. Dalam lapar nak terkam janji nilai berjuta. Akhirnya melopong kena kencing dengan pelombong haram bauksit. Sawit tak ada, tanah ditarah duit yang dapat pula paling tinggi setakat RM50,000. Hasil keuntungan bauksit hilang entah kemana.

Sunday, January 10, 2016

Diskaun Sehingga 50% Pengangkutan Awam


Ramai yang mengeluh apabila tambang pengangkutan awam dinaikkan. Disalahkan pula kerajaan tidak mengawal kenaikan ini. Dituduh zalim dan menyusahkan rakyat. Cakap lepas memang senang, tapi berapa ramai yang mengkaji.

Tiada apa yang ganjil tentang kenaikan ini. Dari dulu lagi kita boleh lihat peningkatan tambang pengangkutan awam. Belum pernah lagi kita melihat tambang turun. Begitu juga dengan harga barangan. Kenaikan ada sebabnya, bukan sesuka hati. Tapi tidak dinafikan ada sebilangan yang dimanipulasi. 

Thursday, January 7, 2016

Halal McDonald's Bukan Tangkap Muat


Satu demi satu pertikaian telah perisik lampirkan dalam siri artikel mengenai serangan boikot terhadap McDonald's Malaysia (MY). Satu persatu tohmahan dan tuduhan terbabit telah pun disanggah berfakta bagi menjelaskan gambaran sebenar berbanding kecelaruan yang dimainkan oleh para pemboikot.

Segala tuduhan liar seperti royalti dan derma ke Israel ternyata tiada asasnya. Fitnah McDonald's sebagai milikan yahudi juga jauh tersasar. Ternyata banyak point yang dimainkan para pemboikot lebih kepada persepsi dan andaian yang seronok dijadikan bualan kosong kedai kopi. 

WiFi Percuma Dijajahan Kota Tinggi!



Jaringan internet sudah menjadi keperluan. Banyak perkara menjadi mudah dengan peningkatan kesalinghubungan jaringan internet ini. Golongan pelajar dan belia antara yang mndapat manfaat besar dalam jaringan ini.

Melihat kepada trend ini, Kerajaan Negeri Johor melalui Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin telah melancarkan projek "Johor Free WiFi". Perasmian projek ini telah bermula pada Ogos 2015 di beberapa buah daerah dan kini memasuki Kota Tinggi.

Felda Sasar Raih Keuntungan 100billion Menjelang 2020


Ada yang memperlekehkan sasaran Felda ini. Masakan tidak, bila tiap hari disaji dengan berita fitnah yang memburukkan imej Felda di mata dunia. Serangan fitnah ini sedikit sebanyak merencatkan keyakinan para pelabur sekaligus menjejaskan usaha Felda untuk memaksimumkan keuntungan.

Namun semua itu adalah asam garam dunia korporat bagi Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Venturs (FGV), Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah. Segala serangan fitnah selama ini tidak membantutkan usaha Felda dalam mengembangkan portfolio perniagaannya. 

Tuesday, January 5, 2016

Anak Felda Tawan Tujuh Puncak Tertinggi Dunia



Kemampuan anak Felda tidak boleh lagi diperkecilkan, walaupun sejarah keturunan sebagai warga peneroka. Sudah terbukti banyak anak Felda mula menceburi profesion profesional seperti juruterbang, arkitek, doktor, jurutera dan banyak lagi.

Usaha penat lelah mak ayah sebagai perintis peneroka menjadi pembakar semangat buat anak-anak mereka ini untuk lebih berjaya. Kekurangan masa lalu bukan penghalang bagi anak-anak Felda ini menempa nama sehingga ke persada dunia. 

Saturday, January 2, 2016

Elakkan Persengketaan Antara Kaum - Tiong Lai


Sempena tahun baru 2016, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan media telah membangkitkan beberapa perkara kritikal yang harus ditangani oleh semua pihak di negara ini. Tahun 2015 sememangnya tahun mencabar dengan kelembaban ekonomi dunia.

Akan tetapi ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang beriya-iya ingin melihat berlakunya pergeseran antara kaum di negara ini. Pelbagai perkara-perkara sensitif kaum dan agama sengaja dimainkan. Tidak kurang juga kemasukan pengaruh ekstrimis seperti IS yang dilihat sudah merebak di negara ini.