Monday, April 29, 2013

Nurul Izzah Diserang 4,637 Hantu Lembah Pantai !!


Tahap Mahaguru pun boleh terpelanting kalau satu hantu! Inikan pula Nurul Izzah yang diserang 4,637 Hantu! Sudah tentu naib presiden parti anak beranak ni punyai ilmu serta keimanan tahap gaban mengalahkan Nik Ajis. Woww!

Mungkin gangguan yang maha dahsyat ini sudah takdir buat dirinya. Atau ia pilihan Nurul Izzah sendiri yang begitu berani mencabar hantu-hantu ini.

Tapi di sini, hanya Pakatan Haram melalui Nurul Izzah sahaja yang nampak 4,637 ini sebagai Hantu! Mungkin dia tengok celah kangkang kot!


Mana Hantu-hantu tu semua
Namun lain pula bagi jutaan rakyat Malaysia bersama-sama Barisan Nasional terutamanya calon parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik Zainal Abidin. Mereka semua dapat melihat dengan jelas bahawa 4,637 ini adalah rakyat tercinta iaitu pengundi yang sah di situ. 

Bukan hantu seperti di dakwa!! Hantu mana pulak yang dah sampuk Nurul Izzah suruh fitnah rakyat Lembah Pantai!

Dalam berkempen beberapa minggu ini, Nurul Izzah sedar sudah kehilangan sokongan dan modal untuk meraih undi bagi mempertahankan kerusi parlimen P.121. 

Beliau dengan tidak semena-mena main tibai menuduh 4,637 rakyat sebagai pengundi HANTU. Sehingga cuba membuat permohonan mahkamah untuk membatalkan nama-nama pengundi yang didakwa hantu olehnya.



Ekoran dari itu, semua 4,637 rakyat yang dituduh hantu itu bersatu mempertahankan hak mereka untuk mengundi. Mereka telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan beliau yang cuba menafikan hak mereka sebagai pengundi.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Sekretariat Gerakan Mencari Pengundi Asal Lembah Pantai (GEMPUR), Mohd Yahya Yusop kepada calon BN, Raja Nong Chik.


"Game Over Nurul Izzah"
"Tidak cukup dengan percubaan untuk membatalkan pendaftaran kami, beliau (Izzah) melalui peguamnya Edmund Bon turut mendesak agar kami dikenakan hukuman yang berat. Ini termasuklah penjara tidak melebihi tiga tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 di atas kesalahan tidak menukar alamat yang kami anggap sebagai satu penganiayaan dan zalim," jelas Yahya.

Perisik: Memang hantu betul nurul izzah ni! Bagi mencapai matlamat tergamak menyaman dan penjarakan 4,637 rakyat! Macam inikah sikap pemimpin pakatan haram seperti nurul izzah dalam mendekatkan diri bersama rakyat !! 


5 Mei Ini Rakyat Lembah Pantai Akan Tamatkan Riwayat Politik Nurul Izzah 

No comments:

Post a Comment