Saturday, February 24, 2018

Makanan Bijirin Pun Jadi Modal Fitnah Pakatan


Tergelak melihat telatah pembangkang yang semakin hari semakin ketandusan idea dalam mencari peluru untuk memburukkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mana mungkin rakyat lupa akan fitnah pembangkang dalam isu Felda bakal bankrap, Tabung Haji bakal bankrap, 1MDB bakal bankrap dan lebih dramatik Malaysia pula difitnah bakal bankrap. Kesudahannya yang jelas bankrap hanyalah pembangkang yang tiada lagi modal fitnah untuk dimainkan. Apa yang berlaku dikitar semula segala fitnah yang telah dijawab berulang kali.

Tuesday, February 20, 2018

Pakatan Perjudi Jawatan Perdana Menteri!



Umum tahu kekeliruan dikalangan pakatan pembangkang dalam menentukan siapa perdana menteri jika mereka menang. Di kalangan kepimpinan pakatan harapan masih istiqomah menjulang pesalah peliwat sebagai perdana menteri ke-7. Manakala kedengaran pula suara dari parti setahun jagung Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang inginkan Tun Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi.

Akhirnya dalam pertemuan kalangan kepimpinan pembangkang, mereka bersetuju untuk Tun menjadi perdana menteri. TETAPII...untuk satu tempoh tertentu sahaja dan dakwa mereka Mahathir akan menyerahkan kerusi PM itu kepada Anwar Ibrahim bila bebas kelak.