Memang sudah dijangka! Seperti kebiasaan dalam kempen-kempen PRK dan PRU lepas, puak pembangkang tidak pernah lekang menggunakan taktik kotor di setiap kempennya. Mereka tidak peduli apa jua cara sekali pun asalkan dapat menang pilihanraya.
Terbaru puak pembangkang menggunakan taktik perang saraf paling hina iaitu dengan menggantungkan replika kaki yang dikesan beberapa lokasi di sekitar Dun Sg Limau. Pada salah satu replika terbabit jelas kelihatan ayat yang tertulis "Kaki Ustaz".
Pihak BN telah membuat laporan polis berhubung provokasi melampau ini dan replika tersebut sengaja diletakkan berhampiran dengan bilik gerakan jenteran Barisan Nasional.
Ternyata Pas semakin kebimbangan dan ketandusan idea dalam menghadapi pilihanraya yang berbaki kurang dua hari. Dari statistik peluang kedua-dua parti dinilai seimbang namun usaha berterusan BN telah meresahkan Pas.
Maka bagi merosakkan kredebiliti BN, taktik hina ini sengaja diwujudkan bagi menimbulkan persepsi masyarakat setempat yang kononnya BN menghina arwah bekas MB tersebut dan ia sekaligus menjadi usaha buat pembangkang untuk meraih undi simpati.
Untuk makluman strategi ini telah dipratikkan oleh mereka melalui kempen-kempen diperingkat Universiti bagi memastikan kemenangan pro-M. Kebiasaannya cara ini akan muncul di saat akhir sehari sebelum mengundi. Namun usaha mereka telah berjaya dihidu dan telah didedahkan kepada rakyat.
BN yang berada di kedudukan selesa ketika ini, tidak akan memperjudikan nasib dengan menggunakan taktik sebegini. Malahan YAB TPM, Muhyiddin Yasin turut sudah menyatakan maaf secara terbuka kepada keluarga arwah jika tersinggung dengan ucapan minggu sudah.
Jadi jelaslah usaha terdesak begini hanya akan dilakukan oleh pihak yang tergugat setelah setiap kempen yang dijalankan sering saja dirundum kontroversi seperti penipuan pertalian kekeluargaan dengan arwah Azizan. Penipuan gambar yang di super-impose. Kempen turun bendang yang menghina petani serta membawa ketua pembangkang yang rosak akhlak berucap dan memberi tazkirah di masjid.
Adakah Pas akan memohon maaf diatas perbuatan jelik mereka ini?
admin bodoh!
ReplyDeletebodoh apa komen nk kne approve dlu... nmpak sgt admin ni bodoh nk tapis2 dlu komen...
ReplyDeleteKui kui kui..macai PAS sudah kepanasan!
ReplyDeleteTeruskan mengOMEN..jgn pulak berOMEN di Danok tu..kih kih kih
ReplyDeleteKalau pemimpin depa dah buat benda terkutuk macam tu. Apa nak pelik dengan perangai pengikut depa. Kepimpinan melalui teladan.
ReplyDelete