Tuesday, October 9, 2012

Ahli-ahli PAS Desak KELUAR PAKATAN?



Gabungan PAS, PKR dan DAP sejak dari tahun 2008 sehingga kini hanya menampakkan sebagai sebuah pakatan bercelaru, lintang pukang dan TIDAK bersatu. 

Tak perlu kita renung jauh kebelakang untuk membuktikannya, kerana apa yang berlaku sekarang, cukup untuk menggambarkan secara keseluruhan bahawa perjuangan dan gerakan ketiga-tiga parti ini adalah mengikut haluan terasing dengan bertopengkan nama Pakatan.


Apa gunanya mereka membentuk pakatan jika mereka sudah tahu tidak akan wujud keserasian menifesto dan halatuju bersama? Rakyat mulai faham yang niat kesatuan mereka HANYA bersifat sementara bagi memastikan kemenangan pada PRU-12.  

Dalam lena dibuai tampuk pemerintahan peringkat negeri, ketiga-tiga parti mula menunjukkan belang nak jadi hero dengan mengetengahkan agenda masing-masing. Malangnya timbul banyak percanggahan antara satu sama lain

Antaranya, manifesto negara Islam dan Hudud yang menjadi dasar perjuangan PAS sejak awal lagi. Tapi terus menerus dihentam dan dikencam secara terbuka oleh DAP tanpa memikirkan perasaan rakan dalam pakatan sendiri. PKR pula.. langsung tidak bersuara.

Ketegangan tersebut memaksa pakatan bermesyuarat secara tertutup dengan diketuai oleh Anwar bagi mengengkang keaiban perbalahan terbuka sesama rakan komponen diperlihat kepada rakyat. 

Selepas mesyuarat tertutup itu, suara PAS berubah sama sekali apabila Presidennya, Datuk Hj Hadi Awang dengan terburu-buru mengumumkan manifesto negara Islam digantikan kepada negara berkebajikan.  

Ramai kalangan ahli PAS terkejut dan kecewa dengan pengumuman ini, kerana mereka tahu ia BUKAN suara majoriti ahli-ahli PAS tetapi merupakan suara asing  PUAK Erdogan ANWARINAS yang menguasai barisan kepimpinan tertinggi PAS bagi mendesak Hadi Awang di dalam mesyuarat tertutup sebelum ini! 



Tiada pungutan suara dijalankan diperingkat akar umbi sebelum perubahan dasar/manifesto parti dilakukan. Perubahan ini jelas membelakangkan suara keramat jutaan ahli mereka. 

Bagi mengunci perubahan ini, wayang buku Jinggay dikeluarkan kononnya ia merupakan dasar bersama rakan dalam pakatan. Wayang yang dimainkan bagi mengunci suara-suara sumbang dalam pakatan sendiri

Apa yang kita lihat, dasar ini gagal segala segi dan hanya mampu dibentang di atas kertas dan pentas sahaja tanpa perlaksanaan jitu. Dari saat ini, kesetiaan ahli-ahli PAS yang terdiri dari para ulama-ulama untuk kekal dalam pakatan mulai GOYAH.

Tidak lama selepas itu, kesetiaan jutaan ahli-ahli PAS teruji lagi. Sekali lagi dengan kebiadapan DAP dalam beberapa isu lain seperti :

Penggunaan Kalimah Allah - Banyak kitab Injil Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah dirampas di Sabah dan Sarawak. Tetapi pantas dikutuk DAP. Penjelasan mengenai isu ini lebih baik KLIK SINI & SINI.
Gerakan Murtad - Dr Hassan Ali yang cuba mengengkang gerakan murtad ini pula dikencam sehingga dipecat dari PAS dan didesak meletak jawatan Exco negeri. KLIK SINI
Hudud - Ditentang habis-habisan DAP. KLIK SINI & SINI & SINI
Filem Hina Nabi -  Anwar sendiri cakap "Umat Islam lemah jiwa". KLIK SINI



Yang peliknya PKR banyak mengambil keputusan membisu dalam semua isu yang disebutkan tadi.



Terbaru, tindakan Anwar Ibrahim yang sanggup bersekongkol dengan Mobashar Jawed Akhbar seorang yang berfahaman liberal mengejutkan semua pihak terutamanya PAS sendiri.

Anwar dilaporkan telah hadir bagi melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India itu bagi mendapatkan sokongan politik. Pada majlis itu juga, Akbar telah mengeluarkan kenyataan yang MEREMEHKAN peranan Islam.

syaitan berkata-kata
Haron Din juga melahirkan rasa kekesalan beliau kerana individu seperti Akbar yang mengakui sebagai seorang Islam tetapi mengatakan umat Islam "tidak semestinya sembahyang lima kali sehari" telah diberikan peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia oleh Anwar.
Ekoran dari itu Harun Din meminta agar rakyat Malaysia tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

 "Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," tegas Harun Din.

Sudah beberapa kali kepercayaan dan kesetiaan ahli-ahli PAS dipermainkan oleh rakan dalam pakatan sendiri. Membuatkan ramai ahli-ahli PAS sudah bersuara lama bagi mendesak PAS keluar dari PAKATAN SYAITAN ini. Tapi dilenyapkan oleh puak Erdogan ANWARINAS.



Mereka tidak mahu kepimpinan ulama PAS dilihat mengikut telunjuk DAP-PKR dalam banyak isu berbangkit serta mereka mahu membersihkan semua pengaruh ANWARINAS dari PAS. 

No comments:

Post a Comment