Friday, July 25, 2014

Sheikh Awab Tak Goyang Duduk Kerusi Panas MSM


Dari jauh melihat orangnya tampak brutal, bila bersua terpancar keceriaan dan tak lokek melemparkan senyuman semanis gula MSM. Beliaulah Dato Dr Sheikh Awab, Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Sugar Manufacturing (MSM) yang dimiliki Felda Global Ventures Holding (FGVH) iaitu sebuah anak syarikat FELDA.

Kisah MSM ini menjadi perhatian setelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan maklumat tiga suku di parlimen penggal lalu. Cubaan fitnah ini membuatkan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin yang juga salah seorang pengarah MSM bangun mencelah melanyak Anwar dengan membentangkan fakta sebenar tentang gula.

Ekoran dari itu, barulah kita dapat lihat bahawa ada di kalangan ahli parlimen itu sendiri tidak tahu menahu tentang profil MSM ini. Sehingga ada menyangkakan yang MSM ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. 

Yang pandai sikit akan cakap MSM ini milik Tan Sri Robert Kuok. Memang sebelum ini MSM dipegang jutawan terbabit. Namun telah berpindah milik kepada FGVH dengan transaksi urus niaga bernilai RM1.2 bilion. Sayangnya terlalu ramai yang tidak peka akan perkara ini. 

Melihat kepada perkembangan begini, tanggungjawab memberikan kesedaran awam dipikul MSM bagi menjelaskan fakta dan situasi sebenar kepada rakyat. Sudah tentu tugas penting ini turut akan digalas oleh CEO MSM Sheikh Awab. Mampukah beliau lakukan? Apakah kelayakan beliau?

HaAaA..Jangan pandang sebelah mata. Sheikh Awab bukan kecik anak orangnya. Beliau merupakan pemegang PhD dalam bidang ekonomi dan antara nama besar dalam industri perbankan dengan 25 tahun pengalaman.

Untuk lebih terperinci, beliau pernah menjadi Pemangku CEO Malaysian International Merchant Bank (2003-2004) dan dilantik sebagai Presiden dan CEO Affin Investment Bank (2005-2007). Latar belakang beliau tidak terhenti disitu apabila turut memegang beberapa jawatan penting di organisasi besar selaku Pengerusi PECD Berhad (2007-2010).

Dengan barisan pencapaian ini tidak hairanlah mengapa bekas Sarjana Unversiti Oklahoma State, Amerika Syarikat ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MSM berkuatkuasa pada 1 Januari 2014 setelah memangku tugas tersebut sejak 1 Disember 2013. 

Dalam kesibukan menguruskan MSM beliau juga masih mampu komited sebagai Pengarah serta Pengerusi jawatankuasa kewangan dan pelaburan Percetakan Nasional Malaysia Bhd dan juga sebagai Pengerusi Axis Consultancy & Advisory Services. Selain itu, beliau juga memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat dalam Kumpulan FGVH.



Bila diamati segala pencapaian dan pengalaman beliau ini, sudah cukup membuatkan puak pembangkang fikir dua kali sebelum memulakan serangan terhadap MSM. Maklumlah, puak pembangkang macam tak pernah kenyang memburuk-burukan Felda termasuklah entiti kaitan dengannya.

Sebab itu MSM dikatakan KERUSI PANAS. Namun semua itu tidak cukup membuatkan beliau goyang nak lari tinggalkan MSM. Tidak sama sekali. Kerana segala luar dalam tentang MSM ada dalam gengaman beliau. Siapa sahaja yang tak tahu atau nak tahu tentang MSM akan diperjelaskan sebaik mungkin. 

“Dalam industri perbankan, kita bersandar kepada fakta dan angka. Samalah juga bila saya menguruskan MSM. Fakta dan angka tak akan berbohong. Apapun orang kata, sekiranya saya boleh bentangkan fakta dan angka, tak ada sesiapa mahupun pembangkang boleh klentong hakikatnya,” kata Sheikh Awab.

Jelaslah FGVH membuat pilihan tepat melantik Sheikh Awab mengetuai MSM. Kerana keyakinan rakyat dan pelabur yang terdiri daripada para peneroka terhadap Felda berkait rapat dengan kemampuan nakhodanya. Silap nakhoda, boleh terumbang-ambing dan tenggelam dibuatnya. Felda sudah tentu tidak akan memperjudikan nasib peneroka dan rakyat di tangan yang salah. 

1 comment: