Monday, December 22, 2014

UBER Tidak Terkecuali Dari Undang-undang


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah berkompromi dengan mana-mana organisasi atau individu yang didapati melanggar undang-undang pengangkutan awam darat. Ini berikutan tohmahan segelintir pengendali dan pemandu teksi yang mendakwa perkhidmatan UBER seolah-olah kebal dari sebarang tindakan dari SPAD.

Empunya badan yang menuduh tu pun main tibai tanpa usul periksa macam dia 24jam mengikuti perkembangan operasi penguatkuasaan SPAD. Bila ikutkan nafsu marah inilah jadinya, yang bersuara nak lagak hebat pejuang industri teksi. Hakikatnya gagal membentangkan fakta sahih yang menimbulkan fitnah terhadap SPAD.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar sudah banyak kali menegaskan bahawa UBER boleh beroperasi. TETAPI perlu selari dengan piawaian dan peruntukan undang-undang pengangkutan awam darat yang ada. Bermakna, UBER tidak terkecuali dari dikenakan hukuman jika didapati bersalah melanggar akta tersebut.

"SPAD dan JPJ membuat tindakan berterusan di bawah kesalahan perkhidmatan tanpa permit di bawah Seksyen 23 dan 64 Akta Pengangkutan Jalan, 1987 dan Seksyen 16, 36, 41 dan 80 dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010" Jelas Syed Hamid berkaitan isu UBER.

"Sungguhpun aplikasi UBER itu tidak menyalahi undang-undang secara kasarnya, penggunaan kenderaan berlesen yang sesuai diperlukan dan syarat-syarat pengendali perlu dipatuhi.

“SPAD tidak akan berkompromi apabila melakukan tindakan ke atas kenderaan yang menggunakan UBER yang tidak mematuhi undang-undang dan syarat-syarat dan terma pelesenan pengendali,” kata Syed Hamid lagi

Pada September tahun ini, sebanyak lapan buah syarikat dikenalpasti menggunakan aplikasi UBER dengan melibatkan 50 buah kenderaan, di mana 20 daripadanya tidak menepati piawaian. Usaha menggempur UBER ini telah dilakukan dan sehingga kini sebanyak 13 kesalahan membabitkan UBER telah diambil tindakan.

Antara kesalahannya melibatkan enam kes gagal kemukakan Lesen Pengendali, enam kes beroperasi tidak mengikut kelas lesen dan satu perkhidmatan tanpa permit. 

Jelas tidak timbul soal SPAD double standard atau pilih kasih dalam menjalankan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang ingkar. Jadi sebelum Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERSIM) menuduh dan memfitnah yang bukan-bukan adalah lebih elok bertanya atau bertemu semuka dengan pihak SPAD bagi mendapatkan kepastian. 

Pelbagai maklumat yang difikirkan perlu akan dikongsikan kepada pihak pengendali dan pemandu. Termasuklah maklumat senarai kesalahan para pemandu teksi yang keras kepala terus melanggar undang-undang dengan tidak mempunyai lesen, tidak mengambil penumpang, tiada meter, samseng, gangguan seksual dan lain-lain. 


No comments:

Post a Comment