Tuesday, January 1, 2019

SAMPAH MALAYSIA!! Himpunan Tahun Baru 2019 VS Himpunan Bantah ICERD 812


Ketibaan 2019 dicemari timbunan sampah sarap yang ditinggalkan warga tempatan dan pelancong yang hadir untuk memeriahkan sambutan tahun baru.

Gambar atas adalah salah satu lokasi di Kuala Lumpur yang sering dijadikan tempat berkumpul warga dalam dan luar negara di malam ambang tahun baru.

Tonton video berikut untuk gambaran lebih jelas timbunan sampah sarap di sebahagian kecil lokasi sambutan. 



Difahamkan sepanjang laluan terbabit dipenuhi sampai sarap, laluan perjalan kaki lima dan lorong-lorong berhampiran turut tidak terkecuali dari limpahan sampah sarap begini.

Ini baru tinggalan sampah sarap satu lokasi himpunan ambang tahun baru yang dianggarkan dalam 40-50ribu pengunjung sahaja. Belum kita ambil kira keadaan sambutan di lokasi lain.

Jauh sekali situasinya jika dibandingkan dengan himpunan Bantah ICERD yang berlangsung pada 8 Disember lepas.

Himpunan dihadiri lebih 700ribu peserta yang memenuhi lebih 3-5km laluan sepanjang dataran merdeka hingga ke Tunku Abdul Rahman, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

Pihak wartawan sendiri melaporkan tiada sampah kelihatan dari lensa jurugambar selepas sahaja himpunan Bantah ICERD 812 selesai. 





Namun tiada pula komen DBKL dalam situasi tahun baru ini. Berapa puluh ribu Ringgit terpaksa dibelanjakan bagi kerja-kerja membersih dan melupuskan sampah?

#Fikirfikir

No comments:

Post a Comment