Sunday, October 6, 2013

Agamawan Pemangkin Kestabilan Umno


Setelah lebih 67 tahun! Umno telah terbukti mampu membariskan pemimpin ulung dengan kebolehan serta pelbagai latar belakang hebat individunya dalam memacu pergerakan parti. 

Kepelbagaian profil dan kebolehan individu dalam barisan kepimpinan organisasi memang perlu wujud bagi memastikan keseimbangan roh dan jiwa sebuah parti seperti Umno tu sendiri. Ia bertindak sebagai check & balance antara satu sama lain dalam menentukan hala tuju parti.

Perisik sering mendengar kalangan pemimpin tertinggi parti dengan latar belakang pakar perundangan, ekonomi, perubatan dan jurutera. Tidak kira di peringkat Puteri, Pemuda dan Wanita memang kepakaran itu yang paling banyak perisik temui memegang tampuk tertinggi pemerintahan parti. 

Tidak dinafikan semua kepakaran yang disebutkan tadi mampu memberi sumbangan kepada parti. Tetapi masih tampak goyah kerana penekanan kepimpinan dilihat berat kepada hal ehwal penzahiran tanpa diseimbangkan dengan kerohanian. Seperti kita berbuat sesuatu tanpa mengambil kira sudut agama.

Oleh yang demikian, sudah tiba Umno menaikkan lebih ramai golongan agamawan di setiap pergerakannya bagi mencapai keseimbangan ini. Umno sebenarnya mempunyai beberapa calon Agamawan yang boleh diangkat sebagai pemimpin. Lihat sahaja dalam pergerakan Wanita itu sendiri yang mempunyai Agamawan tersohor tanah air iaitu Dato Dr Mashitah Ibrahim. 



Mungkin ramai yang mengenali Mashitah ini sebagai penceramah dan pendakwah yang sering muncul di kaca TV bagi berkongsikan buah fikiran bersama umum berkaitan agama. Tetapi apabila diperincikan latar belakang beliau memang mengagumkan dan pelik mengapa tokoh ini tidak diangkat dalam saf kepimpinan pergerakan parti.



Mashitah yang juga Senator Dewan Negara memiliki latar pendidikan yang hebat dengan Sarjana pengkhususan dalam tafsir & hadis dari Universiti Al-Azhar DAN Ijazah Sarjana Islam Revealed Knowledge & Heritage SERTA Kedoktoran (Phd) di dalam bidang Syariah Islamiah, Darul Ulum, Universiti Kaherah Mesir. 

Kepakaran beliau ini telah menjadi rujukan ribuan pelajar dalam dan luar negara selama 16 tahun berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). 

Nama Mashitah tidak asing di dalam arena politik negara apabila pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Baling pada 2004 dan aktif dalam pergerakan Wanita di setiap peringkat bahagian, cawangan dan negeri. Ini terbukti apabila dilantik sebagai Pengerusi Biro Agama Wanita Umno, Negeri Kedah serta diangkat sebagai Ketua Wanita Umno bahagian Baling dan cawagan Charuk Nau.



Sumbangan dan kepakaran beliau terus ditagih oleh institusi-institusi dan organisasi penting seluruh negara sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pahang dan Ahli Majlis Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain itu, beliau masih terlibat sebagai Ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan dan Pendidikan Agama Islam, yang merupakan Lantikan Majlis Raja-raja.

Kebolehan beliau ini sekaligus mendapat perhatian dan kepercayaan kerajaan BN untuk dilantik sebagai Setiausa Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seterusnya sebagai Timbalan Menteri di JPM pada 2008 hingga 2013.

Jadi tidak hairanlah mengapa nama Mashitah Ibrahim mampu terpahat sebagai antara 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre iaitu sebuah pusat penyelidikan bebas di Amman Jordan.

Dengan pegiktirafan tertinggi dalam dan luar negara yang telah beliau terima, Agamawan Mashitah Ibrahim sepatutnya layak diangkat menjadi sebahagian barisan kepemimpinan sayap Wanita. Segala pengalaman dan pencapaian beliau bersama negara dan parti dilihat relevan bagi memacu pergerakan Wanita ke tahap yang lebih tinggi.



Seperti perisik nyatakan awal-awal tadi, keseimbangan atau check & balance perlu ada di dalam parti. Jadi penglibatan golongan Agamawan adalah amat penting bagi menjadi pemangkin kelangsungan dan kestabilan parti untuk terus diterima rakyat.  

No comments:

Post a Comment