Wednesday, October 30, 2013

Bajet 2014: Pengangkutan Awam Terus Diperkukuh


Seperti sebelum ini, pengukuhan jaringan pengangkutan awam tidak pernah terlepas  dari menjadi sebahagian bajet tahunan Malaysia. Ini kerana kerja-kerja meningkatkan infrastruktur dan penambahbaikan pengangkutan awam merupakan satu usaha yang berterusan demi kesejahteraan rakyat.

Di dalam Bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh YAB PM, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas, telah mengumumkan enam peruntukan berkaitan pengangkutan awam yang berjumlah lebih RM3.086 billion. 

Berikut adalah intipati bajet berkaitan pengangkutan awam:

  • 2.9 bilion - Membina landasan berkembang Ipoh-Padang Besar dan kemudiannya ke Johor Bahru serta menaik taraf rel dan landasan di seluruh negara
  • 62 juta - Menyediakan kemudahan park and ride di stesen LRT, stesen KTM komuter serta stesen ERL.
  • 15.2 juta - Memperkenalkan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat bagi membolehkan pengagihan teksi kepada penumpang dengan lebih cekap.
  • 28 juta - Membina hentian akhir bandar dan menaik taraf perhentian bas serta kemudahan drop & ride
  • 28 juta - Membaik pulih tren Electric Multiple Unit (EMU) bagi memastikan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan.
  • 52.9 juta - Meneruskan subsidi perkhidmatan keretapi di laluan Wilayah Timur, yakni di Pahang dan Kelantan.


Intipati bajet ini disambut baik oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

"Peruntukan sebanyak RM2.9 bilion yang diumumkan Perdana Menteri akan dapat melancarkan proses penambahbaikan dan pengukuhan jaringan pengangkutan awam di samping memberi keselesaan kepada rakyat" kata Syed Hamid.


Ini jelas terbukti dalam projek-projek infrasrtuktur pengangkutan awam yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini seperti LRT, Monorel, Komuter dan juga hentian bersepadu untuk teksi serta bas di bandar-bandar utama. 

Di mana projek ini semua telah memudahkan berjuta-juta pengguna setiap hari untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.

Jadi kehadiran bajet seperti ini sememangnya dinanti supaya mutu perkhidmatan awam di negara kita terus relevan dan menepati standad yang selari ke arah negara berpendapatan tinggi.

No comments:

Post a Comment