Wednesday, October 30, 2013

SPAD: Kadar Tambang Teksi Perlu Disemak Semula!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mula melakukan semakan semula tambang perkhidmatan teksi bagi memastikan kepentingan pengusaha dan pengguna terpelihara.

Ini penting bagi memastikan pengusaha teksi tidak terbeban dengan kadar yang tidak sebanding dengan kos operasi masa kini. Manakala pengguna juga tidak terbeban dengan kadar yang terlalu tinggi.

Maka pemerhatian terperinci perlu dilakukan supaya mekanisme penetapan kadar teksi yang tepat dapat dilaksanakan bagi mengimbangi keperluan dua pihak utama yang disebutkan tadi. Kerana kedua-dua pihak pengusaha teksi dan pengguna adalah rakyat yang perlu dijaga.

Semakan kadar tambang teksi kali terakhir dibuat pada 2009 oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Sebelum itu, kadar tambang telah dikaji semula pada tahun 2005.

Hasil penyelidikan kajian dengan bengkel-bengkel teksi menunjukkan bahawa kos mengendalikan teksi telah meningkat sejak 2009. Jika dikira berdasarkan kadar purata inflasi yang berada pada 2.5% setahun di Malaysia. Memang agak sukar bagi pemandu teksi untuk menyara hidup. Pada 2009, pendapatan pemandu teksi adalah sekitar RM1,500 hingga RM2,200 sebulan. 

Ianya berada pada aras lebih rendah berbanding perbelanjaan isi rumah purata kebangaan yang sebanyak RM2,190. Maka disini sudah tiba masanya para pemandu teksi ini mendapat pembelaan bagi mencari kadar tambang yang sewajarnya.

Jika kita perhatikan, semakan semula kadar tambang yang dilakukan di Malaysia adalah setiap empat tahun sekali dimana agak tidak berimbang dengan kadar inflasi tahunan 2.5%. 

Di bandar-bandar utama di dunia, tambang teksi dikaji semula dengna lebih kerap, Sperti di London, United Kingdom dan Sydney,Australia, kajian tambang teksi dibuat setiap tahun sementara tambang teksi di Dublin, Ireland pula setiap dua tahun sekali.

Oleh itu, adalah tepat pada masanya SPAD mengkaji semula tambang teksi untuk semua kelas teksi supaya tambang tidak kekal rendah kerana ia boleh memberi kesan kepada daya saing industri teksi.

Mungkin pihak kerajaan harus menimbangkan kajian kadar tambang yang lebih kerap secara berkala bukan sahaja mengikut purata tahunan inflasi negara malah faktor lain seperti kos bahan api dan alat ganti. 

Sebagai pengguna, apa yang diharapkan adalah supaya pengusaha teksi syarikat atau individu menjaga mutu perkhidmatan mereka. Pastikanlah kebersihan, keselesaan, berdisiplin dan nilai tambah yang lain seperti menyediakan medium pembayaran menggunakan kad kredit. Barulah pengguna merasakan berbaloi membayar tambang yang dikenakan. 

No comments:

Post a Comment