Wednesday, October 30, 2013

Infografik Menarik MRT Malaysia!


Rasanya ramai rakyat tak sabar menantikan siapnya projek MRT ni. Walaupun masih dalam pembinaan sudah bermacam-macam limpahan ekonomi bercambah di kawasan yang dirancang berada dalam jajaran Transit Aliran Massa (MRT) ini. 

Kerana kewujudan projek MRT ini turut memberi tempias kepada kemajuan dan pembangunan infrastruktur lain di sekitarnya. Walaupun projek ini dijangka siap pada Disember 2016, pembangunan di sepanjang laluannya amat drastik sekali.

Cuba perhatikan pembangunan di sekitar Kajang, Kota Damansara dan Sungai Buloh. Lokasi yang bakal memiliki stesen MRT ini telah membangun pesat dengan projek perumahan dan pusat perniagaan. 

Tempias kepada kemasukan projek ini turut memberi faedah kepada rumah-rumah sedia ada di sekitarnya, di mana pelaburan hartanah yang dibuat ternyata menguntungkan dan berbaloi kerana nilai yang melonjak tinggi.

Laluan MRT bila siap sepenuhnya, mempunyai laluan sepanjang 60km yang terdiri daripada 35 buah stesen. Ia mampu memudahkan 1.2 juta penduduk sekitar Lembah Kelang yang mana seramai 442,000 pengguna sehari akan menggunakan kemudahan ini.

Segala perlaksanaan projek ini berjaya direalisasikan dengan adanya agensi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang di Pengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar bagi membentuk dasar dan membuat kajian terperinci serta mencadangkan laluan yang bersesuaian untuk jajaran MRT ini. 

No comments:

Post a Comment