Friday, October 25, 2013

Orang Luar Bikin Kecoh Di Terminal Amanjaya


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mempersoalkan motif disebalik kenyataan dan protes sumbang oleh individu yang dipercayai orang luar dalam isu penempatan semula syarikat pengusaha bas ke Terminal Amanjaya, Ipoh, Perak.

Menurut sumber, protes terbabit diketuai oleh pengacau  orang luar, dikenali Faizal Mustafa yang mengaku sebagai pengendali bas. 

Namun dari semakan data, SPAD mendapati nama pengacau ini tiada kaitan dengan mana-mana syarikat! Bukan pemegang saham mahupun pengarah syarikat pengusaha bas.

Jadi siapa sebenarnya pengacau ini? Adakah upahan bagi membuat kecoh dengan niat jahat memburuk-burukkan imej Kerajaan Perak dan juga SPAD?  

Ini tidak mustahil memandangkan beberapa usaha transformasi yang dibawa Kerajaan sering terganggu oleh suara-suara sumbang seperti ini. Bila disiasat yang membuat bising majoritinya terdiri dari orang luar yang mencemburui kejayaan transformasi dibawa kerajaan khususnya SPAD.

Selain daripada itu, SPAD juga sedang giat melakukan siasatan tahap ketulenan surat-surat yang kononnya dari Majlis Bandaraya Ipoh kepada Ketua Pegawai Eksekutif.

Surat-surat terbabit dikesan menggunakan kepala surat rasmi itu, telah diimbas dan dihantar kepada salah seorang kakitangan SPAD dengan menggunakan akaun email yang tidak dikenali. 

Ternyata surat ini dihasilkan atas kepentingan peribadi dan bukan bertujuan untuk dihantar secara rasmi kepada pihak SPAD. 

Buat masa ini, SPAD akan menjalin kerjasama bersama Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh bagi mencari penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan.

Isu bukan sahaja tertumpu pada penyiasatan surat tadi. Malah pihaknya juga akan meneliti setiap aduan khususnya berkaitan jaringan laluan bas dari beberapa lokasi bandaraya Ipoh ke Terminal Amanjaya. 

Pihak SPAD ambil maklum akan keluhan pengguna mengenai kadar kereta sewa dari terminal untuk ke destinasi sekitar pusat bandar yang mana tambangnya terlalu mahal, lebih mahal dari tambang bas Ipoh-KL.

No comments:

Post a Comment