Relaks tak payah dok kalut! Lima peratus jer beb!! Itu dia angka sebenar rakyat Malaysia yang terlibat dalam gejala rasuah. Ingatkan lima juta. Ya lah sebab pembangkang riuh macam dunia nak terbalik pasal rasuah kat Malaysia ni teruk.
Sedangkan hanya lima peratus sahaja rakyat yang terlibat! Dah memang perangai pembangkang. Janji benda boleh dipolitikkan tak kira angkanya kecil ke atau minoriti. Main sembur memperbodohkan rakyat.
Janji serangan memburukkan kerajaan, mereka dapat mulakan dulu. Bila ini semua berlaku, persepsi rakyat akan melihat kononnya pembangkang hero dedahkan keburukan kerajaan.
Apa yang rakyat tidak tahu adalah angka sebenar yang telah dikeluarkan oleh Transperancy International Malaysia itu tadi. LIMA PERATUS!
Si lahabau pembangkang pun leh buat bodoh konon tak tahu pasal lima peratus ni. Iaitu angka yang terlalu kecil untuk kita gambarkan bahawa rasuah teruk berlaku di negara ini. Walhal mereka juga menerima laporan ini. Citt!
Namun begitu kerajaan tidak pernah ambil mudah dengan angka lima peratus ini. Kerana pihak kerajaan ingin terus komited membanteras dan mencapai rasuah sifar di negara ini.
Buktinya, sejak pengenalan NKRA, gejala rasuah yang direkodkan semakin menurun dan usaha penguatkuasaan tanpa mengambil mengira warna kulit, fahaman agama, pegangan hidup, mahupun parti politik.
Rakyat Malaysia mampu menilai sendiri dalam beberapa siri siasatan dan tangkapan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan pemimpin politik dan individu ternama.
Jadi rakyat Malaysia janganlah terikut-ikut akan dakyah pembangkang yang gemar mencari kesalahan SPRM. Teliti dan fahami dulu maklumat seperti laporan yang sudah dibentangkan.
Anda akan dapati bahawa isu rasuah ini sengaja dijadikan mainan politik pembangkang. Sepatutnya SPRM diberikan sokongan yang tinggi berbanding kritikan dan tohmahan yang tidak berasas atas usaha mereka membanteras rasuah.
Daripada kita melemparkan tuduhan dan kritikan, lebih baik sama-sama kita mengembleng tenaga bagi memastikan gejala rasuah dikekang dari terus menular di negara kita.
No comments:
Post a Comment