Tumpuan utama diberikan kepada persaingan dalam jawatan MT dan Naib Presiden. Keputusan MT rata-rata diterima dengan baik oleh orang ramai. Namun terdengar suara terkucil segelintir yang tidak menyambut baik keputusan jawatan Naib Presiden.
Perisik tidak mahu mengulas panjang akan pertikaian yang wujud. Kerana rasanya ramai dikalangan pembaca lebih mengetahui dari perisik akan hal yang sebenar. Apa yang dikeluhkan oleh perwakilan? Adakah pertikaian kerana calon yang tak seharusnya MENANG? atau Kerana calon yang tidak seharusnya KALAH? :)
Walaubagaimanapun keputusan sudah pun keluar dan mandat kuasa yang ada pada perwakilan telah pun diguna sebaik mungkin dalam pemilihan kali ini. Tahniah kepada yang terpilih!
Diharap barisan kepimpinan kali ini melaksanakan amanah yang diberi oleh ahli akar umbi dengan bertanggungjawab dan bijaksana. Jangan dipanjangkan sengketa dan segeralah bersatu rapatkan saf perjuangan bagi memartabatkan parti supaya terus diterima baik oleh rakyat.
Contohi calon Naib Presiden yang juga Menteri Besar Kedah. YAB Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak melatah dan menerima keputusan kali ini dengan hati terbuka. Beliau konsisten dalam perjuangan kerana apa yang diutamakan bukan jawatan kepentingan peribadi. Tetapi demi kekuatan parti supaya terus relevan menjadi tonggak Alif Ba Ta.
No comments:
Post a Comment